Adakah Bengkung Moden Menekan Luka Cesarean?

by fazidah on July 24, 2013

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan satu email pertanyaan dari bakal pelanggan bengkung moden yang bernama Puan Hamidah. Soalan beliau seperti berikut :

Terimakasih kerana berkongsi pengalaman dan memberi tips yang berguna untuk saya. Saya adalah ibu kepada 4 orang anak dan ini anak yang ke 5. Anak yang lain saya lahirkan secara normal. Kandungan saya sekarang ni 7 bulan 3 minggu. Saya request DR Pakar utk operate kerana banyak mslh ketika mengandung sekarang ni.Darah tinggi,Low HB dan kadar gula yang turun naik.Saya risau jika menghadapi masalah ketika bersalin pada Sept ni.

Saya pernah melihat adik ipar saya yg melahirkan secara operate ni. Saya nampak dia mengikat perutnya menggunakan tuala. Menurutnya dia lebih selesa bangun dan bergerak apabila mengikat perutnya dengan tuala tersebut. Saya terfikir tentang bengkung dan dapat maklumat bengkung moden ni melalui internet. Pertanyaan saya tidakkah bengkung akan mengakibatkan rasa sakit pada bahagian luka kerana bengkung akan memberi tekanan pada perut dan luka?

bengkung-moden-bersalin-terbaik

Jawapan :

Sama2 puan,

Terima kasih kerana puan sudi berkongsi pengalaman puan dengan kami di bengkungmoden.com .

Jawapan kepada soalan – tidak, kerana perut masih besar menyebabkan kain bengkung tidak begitu dapat menekan di bahagian luka yang melintang di bahagian ari-ari. Jika pun bengkung menekan, ia tidak menyebabkan kesakitan kerana bahagian dalam bengkung adalah lembut.Malahan antara pelanggan kami adalah mereka yang bersalin pembedahan secara menegak directly di bahagian atas perut dan mereka memakai bengkung moden dan rasa lebih selesa kerana perut disokong oleh bengkung sewaktu berdiri dan berjalan.

Harap kami menjawab soalan puan ye.

Kak Faz

ps : Untuk info lengkap tentang bengkung moden, sila klik pada banner di bawah

bengkung moden

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

  • Klik Pada Tag Untuk Carian Anda

  • Meta