BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

Archives for October 2013

October 28, 2013 by fazidah

Feedback Dari Pelanggan Bengkung Moden Tentang Keloid Di Parut Pembedahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada minggu lepas saya ada berkongsi info tentang keloid. Hari ni saya nak kongsikan salah satu dari feedback yang kami terima dari pelanggan kami tentang keloid yang telah beliau lalui.

Feedback ini kami terima dari Puan Shuhada Azlina :

keloid di parut pembedahan Assalamualaikum.  Saya tertarik dengan topik kali ini kerana saya juga menghadapi masalah yang sama tentang keloid. Saya bersalin menerusi pembedahan sebanyak tiga kali. Selepas pembedahan kali ketiga, doktor telah menasihatkan agar saya tidak mengambil sebarang bahan yang mengandungi gamat atau ikan haruan. Ini disebabkan doktor telah membaiki bekas jahitan saya yang dahulunya agak tebal. Sehingga kini saya tidak mengamalkan sebarang pengambilan gamat atau ikan haruan, nampaknya bekas luka pembedahan saya itu masih nampak cantik dan tidak ditumbuhi keloid seperti mana yang lepas-lepas.

Terima kasih kepada Puan Shuhada kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Harapan kami agar perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang turut melalui masalah keloid di bahagian parut luka pembedahan.

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin termurah

Filed Under: Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean , Tips dan Petua Kecantikan Tagged With: bersalin operation , c-section , cesarean , cser , keloid , parut luka pembedahan , pembedahan

October 22, 2013 by fazidah

Apa Itu Keloid…?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ni nak berkongsi sikit tentang keloid sebab beberapa hari lepas ada pelanggan yang menghubungi saya dan bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh beliau. Menurut pelanggan saya ni beliau sering rasa pedih dan gatal dibahagian parut luka cesarean terutama apabila badan berpeluh.  Kerisauan beliau sebenarnya lebih kepada kemungkinan jika luka masih tak sembuh sepenuhnya walaupun dah 6 bulan lepas bersalin pembedahan.

Selepas bertanya dengan lebih lanjut, saya mencadangkan supaya cuba google perkataan ‘photo of keloid’. Kebetulan pula diwaktu yang sama pelanggan saya ni sedap mengadap PC, laju je lah meng-google. Terjawablah pertanyaan pelanggan saya ni lepas dia tengok gambar keloid tu. Sama sebiji macam dalam gambar kat internet katanya.. :)

Jadi… mari kita mulakan.

keloid

Apa itu Keloid…?

Keloid adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka, biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. Keloid boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih apabila dipegang dan juga sewaktu badan berpeluh. Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika keloid ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan diwaktu yang sama badan berpeluh).

Kebiasaanya keloid adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semula jadi. Namun begitu, keloid ni tak hanya terhad untuk muncul di luka cesarean saja. Ianya juga boleh terjadi dibahagian telinga yang ditebuk lubang untuk bertindik, di bahagian dada, lengan, leher, bahu dan mana-mana bahagian badan.

Bagaimana keloid boleh terjadi…?

Keloid biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan sewaktu didalam proses penyembuhan luka. Penyebab terjadinya keloid ini masih belum diketahui secara pasti.  Berdasarkan kajian antara faktor yang menyebabkan terjadinya keloid ialah faktor genetik dimana mereka yang berkulit gelap (contohnya warga Afrika) mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mendapat keloid berbanding yang berkulit putih.

Tapi ini tidaklah bermakna mereka yang berkulit putih tidak akan terkena keloid, cuma risikonya adalah lebih rendah. Selain dari itu, bahagian luka yang terkena jangkitan dan tidak sembuh sepenuhnya juga terdedah kepada keloid yang mana bahagian tersebut pada mulanya adalah lembut tetapi akhirnya mengeras dan terbonjol.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat keloid…?

Berikut adalah antara mereka yang berisiko untuk mendapat keloid :

1. Ibu-ibu yang bersalin pembedahan dimana keloid terjadi di bahagian parut luka cesarean dan juga mereka yang menjalani pembedahan di mana-mana bahagian badan.

keloid pada parut pembedahan

Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan sebagai antara ejen untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru kerana kandungan kolagen yang tinggi yang terdapat dalam dua jenis haiwan ini.  Ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin pembedahan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.

2. Mereka yang mengalami kemalangan – keloid boleh muncul di bahagian parut dari luka kemalangan.

keloid dari kemalangan

Huh, pertama kali tengok gambar ni, saya pun terkejut…! 😮

3. Keloid boleh terjadi kepada mereka yang membuat tatoo di badan .

keloid tatoo

Ye.. mereka ini juga terdedah kepada keloid kesan dari torehan di bahagian kulit sewaktu proses membentuk lukisan tatoo di badan. Keloid juga boleh terjadi selepas proses membuang tatoo seperti gambar di atas.

4. Keloid juga boleh terjadi kepada mereka yang bertindik dibahagian telinga, hidung, lidah dan mana-mana bahagian badan.

leloid di telinga dan lidah

Sewaktu proses pemulihan dari kesan tebukan untuk bertindik, keloid boleh terbentuk. Cuba tengok yang tumbuh keloid kat atas lidah tu. Rasanya mesti tak selesa nak makan kan..? Terasa ada bintil kat lidah.

5. Keloid kesan dari jangkitan di bahagian belakang tengkuk – yang ini agak jarang berlaku.

keloid jerawat

Keloid jenis ini biasanya mudah terjadi kepada lelaki Afrika. Patut la beberapa tahun lepas masa balik kerja saya berjalan dibelakang satu kumpulan Mat Afrika. Pelik pula tengok kat bahagian belakang tengkuk salah seorang dari mereka ada biji-biji gelap timbul. Mati-mati saya ingatkan mamat tu ada penyakit kulit. Rupa-rupanya keloid..! He…he…he…  Anda boleh baca selanjutnya tentang keloid jenis ini di sini >> Keloid di belakang tengkuk <<

Bagaimanakah cara untuk membuang keloid…?

Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang keloid ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan rawatan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahan pula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh buang keloid tersebut sewaktu pembedahan cesarean yang berikutnya.

Jika perlukan info lebih lanjut tentang keloid, anda boleh rujuk di link berikut termasuk jenis rawatan yang boleh dilakukan >> Apa itu keloid dan cara membuang keloid <<

Ok, itu saja untuk kali ni. Harap info di atas membantu anda ye :)

Wasalam

Kak Faz

bengkung modern

Filed Under: Petua Kesihatan , Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean , Tips dan Penjagaan Bersalin Tagged With: apa itu keloid , apakah keloid , bersalin pembedahan , gatal di parut pembedahan , isi lebih di bahagian luka , keloid , kenapa parut luka rasa gatal , kenapa parut pembedahan rasa gatal , luka cesarean , luka pembedahan , parut pembedahan gatal , parut pembedahan rasa gatal

October 11, 2013 by fazidah

Lagi Review Dari Pelanggan Bengkung Moden

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi satu lagi feedback dari pelanggan Bengkung Moden.

Puan Hafizah Omar mengambil keputusan untuk mendapatkan Bengkung Moden selepas di rekomen oleh kakak beliau yang telah pun menggunakan Bengkung Moden sebelum ini.

review bengkung modern Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Hafizah Omar.

Biar pelanggan kami yang bercerita tentang keselesaan bengkung moden.

Untuk info lengkap tentang bengkung moden, sila klik sini >> bengkung moden untuk kempiskan perut buncit <<

Kak Faz

Filed Under: Testimoni Tagged With: bengkung , bengkung moden , bengkung modern , cara kempiskan perut buncit , perut buncit , petua kempiskan perut , senaman kempiskan perut

October 8, 2013 by fazidah

Testimoni Dari Pelanggan Bengkung Moden Melalui SMS

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsikan satu lagi feedback dari pelanggan bengkung moden.

Feedback ni adalah dari Puan Nur Aiza Fazrina dari Ledang, Johor. Puan Aiza mengambil keputusan untuk mencuba Bengkung Moden selepas direkomen oleh sahabat beliau Puan Siti Aminah Zain. Oh, ironinya, saya sendiri pun tak perasan Puan Siti Aminah adalah penerbit salah satu rancangan masakan yang saya suka tonton di TV3 iaitu 5 Rencah 5 Rasa :)

review bengkung modern

Apa-apa pun, kami di bengkungmoden.com mengucapkan terima kasih kepada Puan Aiza dan Puan Siti Aminah bukan saja atas feedback yang diberikan, tapi juga kerana sudi rekomen bengkung moden kepada kawan-kawan.

Kami doakan puan berdua berjaya kempiskan perut selepas bersalin dan melalui tempoh berpantang yang mudah dan mengembirakan.

Kak Faz

bengkung moden

Filed Under: Testimoni Tagged With: bengkung , bengkung moden , bengkung modern , cara kempiskan perut , perut buncit , petua kempiskan perut , senaman kempiskan perut

October 7, 2013 by fazidah

Testimoni dan Review Terkini Dari Pelanggan Bengkung Moden

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi feeddback terkini dari pelanggan bengkung moden. Testimoni ini kami terima dari Puan Nur Nabilah yang kini menetap di Selising, Kelantan. Menurut Puan Nur Nabilah ni rupa-rupanya telah membeli bengkung moden selepas di rekomen oleh 2 orang kakak beliau.

bengkung modern

Terima kasih Puan Nur Nabilah kerana sudi memberi maklum balas kepada kami. “Biar pelanggan kami yang bercerita tentang keselesaan Bengkung Moden “.

Ingin dikongsikan juga, bengkung moden tidak terhad untuk dipakai sewaktu dalam pantang saja, tetapi ia juga boleh dipakai bagi tujuan untuk kempiskan perut yang buncit .

Untuk tempahan Bengkung Moden, anda boleh klik di sini >> Tempahan Bengkung Moden <<

Filed Under: Testimoni Tagged With: bengkung , bengkung moden , bengkung modern , cara kempiskan perut , perut buncit , petua kempiskan perut , senaman kempiskan perut

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin
  • Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda
  • Bengkung Moden..Selesa Sangat Walaupun Pakai Seharian
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Diurut
  • 5 Sebab Kenapa Gigi Susu Perlu Dicabut

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org