Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bau badan adalah sesuatu yang agak sensitif. Orang mungkin tak nak berkawan atau dekat dengan kita kerana masalah ini. Mereka merasa tidak selesa nak berlama-lama dengan seseorang yang mempunyai bau badan kerana merasa tidak selesa dengan bau yang dikeluarkan dari badan kita. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar yang kita ada masalah ini kerana kita sudah ‘kebal’ dengan bau badan sendiri.
6 Cara Mengatasi Bau Badan
1. Mandi lebih kerap
Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas. Jadi, mandilah lebih kerap sekitar 3 ke 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan dan mengambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.
2. Gunakan sabun antiseptik
Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh kuman dan bakteria juga mengatasi bau badan berbanding sabun wangi yang biasa.
3. Pemilihan pakaian
Pilih pakaian yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.
4. Bercukur
Cukur bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria lalu menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.
5. Guna deodorant atau pewangi
Terdapat banyak pilihan deadorant dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak sentiasa kering serta mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.
6. Kurangkan makanan berempah
Banyakkan makan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh
Wassalam.