3 Akibat Dan 3 Cara Mengatasi Anak Menghisap Jari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tabiat menghisap jari pada bayi adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Bayi menghisap jari mereka sejak dalam kandungan. Tempoh penyusuan susu ibu atau susu formula yang terlalu singkat menyebabkan bayi menukarnya dengan ibu jari untuk dihisap.

Kawalan motorik anak kurang menyebabkan anak mengungkapkan perasaannya dengan cara menghisap jari dan menjadikannya satu kebiasaan. Ketegangan emosi juga mendorong anak untuk menghisap jarinya. Anak yang berasa takut dan tertekan sering menunjukkan perilaku sebegini.

hisap ibu jari kaki

3 Akibat Dan 3 Cara Mengatasi Anak Menghisap Jari

Akibat Anak Menghisap Jari

8408_cara_menghentikan_kebiasaan_anak_mengisap_jari 1. Emosi anak terganggu dan ini menyebabkan dia kurang respon terhadap persekitarannya kerana rasa lebih selesa dengan menghisap jari.
2. Anak sering melamun sambil menikmati kebiasaannya dan menyebabkan anak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan rakan sebaya.
3. Menghisap jari akan mempengaruhi bentuk gigi dan wajah, malah boleh menyebabkan kesukaran sewaktu mengunyah makanan.

Cara Mengatasi Anak Menghisap Jari

appropriate-finger-food-for-babies-and-what-to-eat 1. Berikan masa yang cukup untuk anak menyusu pada usia bayinya sebelum anda membuat keputusan untuk bercerai susu.
2. Berikan permainan sebagai aktiviti tangan untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas untuk mengalihkan perhatiannya daripada menghisap jari. Contohnya bermain puzzle atau lego.
3. Wujudkan suasana selesa dan selamat dalam diri anak dengan cara sentuhan dan belaian penuh kasih sayang.

Wassalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .