Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Morning sickness memang satu ujian besar buat ibu-ibu masa di awal kehamilan.
Ada yang teruk dan ada yang biasa-biasa je, fenomena morning sickness atau rasa mual dan muntah biasanya terjadi pada awal 3 bulan kehamilan (trimester pertama kehamilan) lepas tu akan beransur okay.
Tapi apa yang menyebabkan morning sickness ni berlaku, jom kita kupas isu ini(hehehe..macam pengulas berita pulak ye..)
Okay..antara sebab berlakunya morning sickness ni adalah kerana:
1.
Kehadiran hormon hcG
(Human chorionic gonadotropin)
Hormon ini akan meningkat dengan cepatnya pada awal kehamilan. Jadi bila hormon ni dah meningkat tu yang buat kita rasa pening dan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung.
2. Peningkatan hormon Estrogen pada awal kehamilan.
3. Semasa hamil, deria rasa dan bau ibu jadi lebih sensitif . Mungkin dengan sebab itu bau-bau yang biasanya ok sebelum ni menjadi satu bau yang tidak boleh diterima oleh ibu tersebut.(hehe..kadang-kadang bau suami sendiri pun tak boleh nak hidu)
4. Perut yang sensitif dengan perubahan semasa kehamilan . Pada waktu ini, perut ibu akan lebih peka dengan perubahan hormon dan itu menyebabkan ibu rasa mual dan muntah.
5. Tekanan . Ibu yang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai stress atau tekanan maka akan memburukkan lagi keadaan morning sickness ini. Tapi morning sickness ni pun dah boleh buat rasa stress.
Okay dah tau penyebab nye kan. meh nak share pula beberapa tips untuk bantu anda mengatasi “morning sickness” ni
- Kalau boleh elakkan lah makan makanan yang berminyak dan pedas.
- Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus . Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi boleh diambil secara kerap.
- Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.
- Bawa bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
- Digalakkan untuk ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B
- Dapatkan rehat yang cukup
- Jumpalah doktor anda jika ia berlarutan atau semakin teruk
Percayalah Morning sickness atau mual muntah pada kehamilan awal ini akan segera berlalu tanpa anda sedari dan ini akan menjadi salah satu pengalaman menarik selama kehamilan anda.
Cuba bayangkan tentang si kecil yang sedang membesar di rahim anda dan selepas dia lahir dia akan membawa sejuta kebahagian yang tak dapat diungkapkan.:)
Sampai kita berjumpa lagi
Wasalam.
5 Sebab Morning Sickness Dan 7 Tips Cara Atasinya. Bakal Ibu Wajar Tahu! by Fina Affaidi