Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pengambilan ikan sepanjang tempoh hamil sangat digalakkan oleh banyak pakar kesihatan.
Ikan memang bagus untuk kesihatan terutama sekali untuk ibu yang hamil.
Tapi ada kandungan merkuri pada beberapa jenis ikan laut yang berbahaya untuk ibu hamil dan janin dalam kandungan.
Merkuri yang tinggi pada ikan boleh membuat pertumbuhan janin mengalami masalah, menyebabkan alahan, kecacatan semasa lahir, gangguan saraf dan masalah perkembangan otak. Jadi kali ini saya nak share beberapa jenis ikan yang boleh di makan oleh ibu hamil, antaranya :
1. Ikan Salmon
Mengandung lemak Omega 3, DHA, dan EPA. Ketiganya adalah zat yang dapat mengoptimakan pertumbuhan minda, saraf dan penglihatan pada janin. Susu ibu juga akan jadi lebih banyak.
2. Ikan Keli
Ikan keli merupakan salah satu ikan yang terbaik diambil sepanjang kehamilan. Ia mengandungi lemak baik dan protein yang tinggi yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan maksima pada janin. Selain itu, daging ikan keli juga kaya akan fosforus dan kalium.
Fosforus merupakan mineral penting yang diperlukan untuk pembentukan tulang janin dan kalium membantu jantung dan pembuluh darah untuk lebih sihat.
3. Ikan Bilis
Walaupun ukurannya kecil, ikan bilis rupanya memiliki keistimewaan yang luar biasa dibandingkan jenis ikan lain. Ikan ini sangat kaya kalsium, zat yang penting untuk menunjang pertumbuhan tulang dan gigi janin.
Selain itu, ia juga kaya akan protein, fosfor, zat besi, beberapa vitamin, serta mineral . Dan yang paling penting, ikan ini sangat rendah merkuri. Sangat elok di amalkan sepanjang kehamilan.
4. Ikan Kod
Ikan yang baik untuk ibu hamil seterusnya adalah ikan kod. Ikan kod ni lain sikit sebab dagingnya berminyak.
Ikan kod memang rendah kandungan merkuri, jadi selamat dimakan semasa mengandung.
5. Ikan Kembung
Asam lemak yang terkandung dalam ikan kembung dapat mengawal serta mencegah gula dalam darah atau diabetes. Bukan sahaja baik untuk ibu hamil malah baik juga untuk kandungan anda.
Sebab ikan kembung kaya akan omega 3 iaitu DHA dan EPA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan janin serta organ penting seperti sel-sel otaknya.
Sekarang ni kita dah tahu 5 jenis ikan yang bagus untuk dimakan semasa mengandung.
Dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi, janin pasti sihat dan pertumbuhannya juga dalam keadaan baik. Amalkan juga makanan tambahan dari sumber makanan-makanan Sunnah .
Wasalam.