Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Keputihan berlaku pada vagina wanita iaitu di mana ia merupakan kawasan saluran untuk laluan bahagian luar ke organ pembiakan wanita. Keadaan di vagina ataupun faraj adalah bersifat berasid untuk memastikan tiada apa-apa jangkitan berlaku.
Ia boleh menjadi berbahaya kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada vagina dan boleh menyebabkan jangkitan kulat. Mungkin boleh menyebabkan ruam-ruam naik di sekitar faraj.
4 Petua Merawat Keputihan Secara Tradisional
1) Dengan menggunakan yogurt iaitu disapukan pada vagina. Yogurt mampu untuk bunuh kuman ataupun kulat yang ada pada vagina.
2) Biji halba yang ditumis dan digunakan dalam masakan kita mempunyai khasiat. Untuk merawat keputihan tau. Iaitu dengan merebus halba dan minum air rebusan tersebut.
3) Bawang putih yang bersifat anti bakteria mampu untuk membunuh bakteria dan kulat pada vaginal. Dengan menempek bawang putih pada waktu masuk tidur dan dibuang pada keesokkan paginya.
4) Paling penting pastikan vagina sentiasa kering dan kerap kan untuk menukar seluar dalam.
Semakin lama akan semakin banyak keputihan keluar dan semakin berbau busuk. Ada juga hingga ke tahap yang teruk kegatalan boleh menyebabkan pedih bila membuang air kencing.
Wassalam.