BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

November 21, 2015 by Wanie Farid

4 Cara Selesaikan Masalah Penyusuan Ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan mudah hendak menyusukan anak dengan susu ibu tanpa melalui sebarang cabaran dan rintangan. Proses menyusukan anak bukan sekadar menyumbat puting payu dara ibu ke dalam mulut anak sahaja. Terdapat 1001 macam masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh ibu menyusu.

Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Kaunselor Laktasi Lunatots, Hazarina Ishak membantu ibu solusi setiap masalah biasa yang dihadapi oleh ibu menyusu.

Menangani_bengkak_susu_field_image_slider.var_1442362314

4 Cara Selesaikan Masalah Penyusuan Ibu

1. Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

bengkak-susu – Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
– Pam susu setiap dua jam sekali atau boleh gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet).
– Pastikan tangan bersih sebelum mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam. Mula buat urutan menggunakan jari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola.
– Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.
– Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

2. Masalah bengkak susu

Sakit-Bengkak-Payudara – Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam.
– Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
– Teruskan menyusu bayi setiap dua jam sekali.
– Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu terus atau bayi sedang tidur).

3. Bayi menyusu sebelah sahaja

image (1)

– Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.
– Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk bayi akan mudah memberi kerjasama.
– Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemari bayi. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong barulah beralih ke payudara yang digemarinya.
– Menyusukan bayi di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi dan tenang.
– Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.
– Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu akan lebih lancar.

4. Masalah susu berkurang

image

– Susu berkait rapat dengan demand dan suppy (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan.
– Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
– Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

Wassalam.

470-x-60-bengkung

4 Cara Selesaikan Masalah Penyusuan Ibu by Wanie Farid

Related posts:

  1. 10 Cara Hentikan Penyusuan Susu Ibu Mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk menghentikan penyusuan susu ibu....
  2. 10 Mitos Dan Fakta Tentang Penyusuan Ibu Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Setelah melahirkan anak, pasti anda akan...
  3. 11 Cara Hasilkan Susu Ibu Yang Banyak. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan 11...
  4. 5 Fakta Penyusuan Semasa Hamil Yang Ibu Hamil Belum Tahu Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apa kabar ibu-ibu semua? Hari ini...
  5. 5 Tips Rangsang Banyak Susu Ibu Tanpa Apa-Apa Suplemen Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apa kabar ibu-bu semua?? Hari ini...

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Breastfeeding / Menyusukan Bayi Tagged With: 4 Cara Selesaikan Masalah Penyusuan Ibu , bayi nak susu sebelah sahaja , bengkak susu , susu kurang , susu tersumbat

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 8 Tips Ibu Berpantang Yang Masih Relevan Lagi
  • 5 Perkataan Ini Dapat Membentuk Peribadi Mulia Pada Anak Anda
  • 2 Komen Pengguna Bengkung Moden Dari Instagram Buat Kami Teruja
  • Bengkung Moden..Baru Guna 5 Hari Dah Kurang 5 Inci
  • Bengkung Moden Boleh Di Pakai 24 Jam

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org