BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

April 1, 2016 by Fina Affaidi

5 Perkataan Ini Dapat Membentuk Peribadi Mulia Pada Anak Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai ibu bapa kita harus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak kita. Salah satunya adalah dari segi pertuturannya.

Ada beberapa perkataan yang boleh kita ajarkan pada anak-anak kita dan biasakan mereka untuk bercakap menggunakan perkataan ini untuk membentuk peribadi yang mulia.

1.Tolong

Bukan susah pun nak ajar anak sebut perkataan ini, langkah pertama bermula dari kita..Biasakan diri menyebut perkataan ‘tolong’ bila nak minta anak kita buat sesuatu.Dengan perkara sebegitu akan melatih anak untuk berlaku sopan ketika meminta sesuatu. Anak-anak yang dibiasakan mengucapkan perkataan ‘tolong’ akan menjadikannya rendah hati dan tidak mudah untuk mengarah orang lain melakukan sesuatu.

tolong

2.Terima Kasih

Kita yang dah berusia ni pun kalau dengar orang sebut ‘terima kasih’ mesti rasa dihargai kan. Selalulah ucapkan kepada anak-anak anda supaya mereka rasa lebih dihargai. Ajarkan dia bagaimana rasanya bila orang menghargai walau sekecil usaha kita, pasti indah perasaannya bukan? Anak-anak pasti merasa sangat bangga saat ibubapa mengucapkan kalimah itu kepada mereka saat mereka selesai melakukan permintaan ibubapa biarpun hasilnya tak seberapa. Lihatlah hasilnya selepas itu, anak-anak akan berusaha melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi !

terima kasih

3.Maaf

Maaf tak semestinya kita melakukan kesalahan. Anda perlu tekankan kepada anak-anak anda orang yang berani meminta maaf, jujur mengakui kesalahan adalah orang yang berjiwa besar dan hebat. Pada usia sekecil ini mungkin anak-anak masih belum memahami apa erti sebuah kemaafan pada manusia, tetapi dia akan terus belajar seiring dengan usianya yang semakin matang. Dan didikan ini akan membentuk suatu peribadi mulia didalam jiwa anak.

anak minta maaf

4. Salam

Yang ni sangat penting untuk kita ajarkan pada anak-anak kita, Islam mengajar umatnya memberi salam, dan sunnah Nabi juga adalah menyebarkan salam. Biasakan anak kecil mengucapkan salam setiap kali bertemu saudaranya, setiap kali bangun tidur dan setiap kali ingin masuk ke rumah. Selain itu, salam juga merupakan sapaan untuk menghormati orang lain, terutama yang lebih tua.

salam dengan org tua

5.Minta Izin

Mengajarkan anak untuk selalu meminta izin orang lain adalah perkara yang cukup asas untuk melatihnya menghargai orang lain serta menjaganya agar tidak berbuat sesuka hati. Minta izin sekiranya mahu menggunakan barang orang lain, minta izin sekiranya hendak beransur dari rumah orang dan sebagainya.

anak minta izin

Senang kan? Caranya mudah sahaja. Yang penting kita kena tunjukkan contoh yang baik supaya anak-anak kita akan ikut langkah kita…hehehe.

Wasalam

470-x-60-bengkung

5 Perkataan Ini Dapat Membentuk Peribadi Mulia Pada Anak Anda by Fina Affaidi

Related posts:

  1. Elak Sebut 6 Perkara Ini Dengan Anak Anda Assalamualaikum dan salam sejahtera, Memanglah anda tak akan cakap sesuatu...
  2. Kenapa Tengok TV Terlalu Lama Tidak Elok Untuk Anak Anda Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pernah tak anda alami, anak anda...
  3. 11 Sikap Ibu bapa Mempengaruhi Sikap Anak Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Benarlah orang kata yang bayi tu...
  4. 2 Cara Didik Anak-Anak Mengikut Tokoh Ilmuwan Islam. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Hari ini saya nak kongsikan dengan...
  5. 10 Kesilapan Ibu Bapa Selalu Lakukan Bila Dapat Baby Baru Assalamualaikum dan salam sejahtera, Lama saya tak kongsi artikel kan..hehehe.....

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Intro , Tips dan Petua Anak Cemerlang Tagged With: anak berkualiti , asuh anak , asuh anak bercakap baik , didik anak , nilai murni

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 8 Tips Ibu Berpantang Yang Masih Relevan Lagi
  • 5 Perkataan Ini Dapat Membentuk Peribadi Mulia Pada Anak Anda
  • 2 Komen Pengguna Bengkung Moden Dari Instagram Buat Kami Teruja
  • Bengkung Moden..Baru Guna 5 Hari Dah Kurang 5 Inci
  • Bengkung Moden Boleh Di Pakai 24 Jam

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org