Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips melegakan jahitan episiotomi – part 3

Salam sejahtera,

Ini adalah bahagian ke 3 untuk tips bagi melegakan jahitan episiotomi.

Pada mulanya saya ingatkan nak letak semua dalam posting semalam, tapi rasa macam panjang sangat pulak.

Tanpa buang masa lagi, kita sambung saja lah ye. Berikut adalah 6 lagi tips untuk melegakan dan juga untuk membantu mempercepatkan luka episiotomi sembuh :

7. Letakkan tuala wanita (pad) yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas kedalam peti ais. Tuala wanita yang sejuk boleh membantu mengurangkan rasa rasa sakit di bahgian luka

8. Lap luka opisiotomi dengan tuala yang bersih dan lembut sehingga kering setiap kali selepas ke bilik air. Luka yang lembap dan tidak kering boleh menyebabkan masalah jangkitan dibahagian luka

9. Anda juga boleh gunakan anti septik seperti dettol untuk membasuh bahagian luka sewaktu mandi. Caranya ialah larutkan 1 penutup penuh dettol kedalam 1 tupperware air suam. Gunakan campuran ini untuk membasuh bahagian luka episiotomi.

10. Gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan. Selain dari itu, ice pack (gel dingin) juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak.

11. Amalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel). Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan darah dibahagian luka. Senaman kegel juga boleh membantu mempercepatkan luka sembuh

12. Berjalan dengan lebih kerap adalah digalakkan untuk menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan di bahagian luka.

Diharap tips-tips yang diberikan diatas dapat membantu anda untuk melalui tempoh berpantang dengan lebih mudah dan selesa.

Tambahan pula sebenarnya luka episiotomi ini bukan hanya perlu dilalui oleh mereka yang bersalin normal saja. Mereka yang bersalin cesarean juga ada yang perlu menjaga luka episiotomi dan luka cesarean secara serentak. Biasanya situasi ini dialami apabila proses bersalin secara normal tidak dapat diteruskan kerana masalah dan komplikasi sewaktu bersalin yang menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan secara kecemasan walaupun episiotomi telahpun dijalankan.

Okey, itu saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi nanti dengan tips yang lain pula.

Kak Faz

Related posts:

  1. Tips melegakan jahitan episiotomi – part 2 Assalamualaikum, Hari ni kita sambung lagi dengan bahagian ke 2...
  2. Tips melegakan jahitan episiotomi – part 1 Assalamualaikum, Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

RSS 2.0 | Trackback | Comment

2 Responses to “Tips melegakan jahitan episiotomi – part 3”

  1. linda

    Salam kak Faz,
    Saya baru melahirkan anak pertama secara emergency ceasar 5 hari yang lepas. Tak sangka yang akan beranak ceasar, saya lansung tak bersedia utk berpantang di KL sbb semua persediaan pantang mak buat kat kampung. End up sekarang ni, cuma berpantang makan(tu pun mcm tak tentu hala jgk). Saya banyak sangat bergerak ngan berjalan sebab menguruskan baby. So far sekarang ni, luka stitches dah hampir kering, cuma masih basah sebelah kiri ngan kanan. Saya nak tanya utk org ceasarian, ape pantang yang kena buat. Saya dengar tak leh minum air banyak, tapi mcm mana nak banyak susu kalo minum air sikit…boleh dah ke mule bertungku ngan berurut. .dr segi makan pulak, ape yang boleh dimakan and ape yang tak….

  2. zulina

    cuma nak share satu petua…rebuskan air bersama kunyit yg telah dipotong bersama asam gelugor(asam keping) yg telah dicuci dan gunakan air rebusan tersebut utk cuci kemaluan dan luka setiap kali selepas membuang air kecil…pastikan air tersebut suam… :smile:

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>