Tag Archives: tungku moden

5 Rahsia Berpantang Selepas Bersalin. Boleh Kurus Balik!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kebanyakan wanita yang baharu melahirkan anak akan berasa tertekan untuk mendapatkan semula bentuk badan ramping.Ia merupakan cabaran paling sukar selepas melalui kesukaran dan kesakitan bersalin.

Sebenarnya tidaklah sesusah mana jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan azam yang kuat untuk kembali langsing. Yang pasti, anda perlu patuh kepada lapan rahsia ini untuk mencapai impian tersebut.

8-Langkah-Kembali-Langsing-Pasca-Melahirkan-590x278

5 Rahsia Berpantang Selepas Bersalin.

Continue reading 5 Rahsia Berpantang Selepas Bersalin. Boleh Kurus Balik!

Jintan Hitam Bantu Legakan Kembung Perut Si Manja Anda

#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+

Jintan Hitam Bantu Legakan Kembung Perut Si Manja Anda.

jintan hitam

Masalah kembung perut di kalangan bayi yang baru lahir adalah satu perkara normal. Biasanya yang akan mengalami masalah ini adalah bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan . Dan berkemungkinan sakit perut kembung boleh berterusan sampai la bayi berumur 2 tahun.

Continue reading Jintan Hitam Bantu Legakan Kembung Perut Si Manja Anda

Testimoni dari Pelanggan Bengkung Moden dan Tungku Moden

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap semuanya okey saja.  Bagi saya disini agak sibuk juga, apatah lagi kebelakangan berbagai perkara yang agak memeningkan kepala timbul.

Selain dari masalah di laman web saya yang telah diserang virus, diikuti dengan komputer meletup (mungkin sebab saya buka komputer lama sangat – dari awal jam 2 pagi hingga ke 3 petang) hingga lah perkara berkaitan dengan hal persekolahan anak-anak saya menyebabkan masa saya agak terbatas.

Untuk hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru yang saya terima melalui email dari pelanggan saya Puan Yusnida Ahmad Yusof yang telah menggunakan bengkung moden seawal 5 jam selepas bersalin cesarean . Kita ikuti email berikut…


Assalamualaikum,

Saya Yusnida, one of customer yang beli your bengkung moden. Tak sure you ingat atau tidak, saya datang rumah you di Padang Jawa untuk membeli coz rumah saya hanya di Shah Alam.

Dah lama cadang nak hantar email feedback pada you but sekarang baru ada masa.

Saya selamat melahirkan my third baby girl pada 02 Mac 2010 secara c-sec. Saya jalani pembedahan dan selesai semuanya lebih kurang 12 tengahari. And for your info, saya mula pakai bengkung pada jam 5 petang hari yang sama dan start duduk tak berapa lama kemudian. Saya tak buat ketat2 but just nice untuk support perut. Apabila doctor sudah keluarkan tiub urine pada jam 6 petang, saya sudah boleh berjalan ke bilik air sendiri. Tak terbongkok-bongkok, badan boleh lurus, tak takut laa kalau nak bersin atau tetiba terbatuk dan yang penting tak terasa peritnya macam pengalaman selepas 2nd c-sec.

My husband pun pelik coz masa lepas 2nd c-sec pada 4 tahun lepas, saya hanya duduk pada hari kedua selepas tiub urine dikeluarkan dan duduk kali pertama tuh memang saya menangis laa peritnya tuhan je yang tahu. Nak bangun dan baring satu perkara menyeksakan lah kiranya. Kalau ikutkan kali ni pun doctor patut suruh keluarkan tiub urine tuh pada keesokan hari, tapi saya minta juga keluarkan segera kerana terasa amat tidak selesa. Tambahan pula dihospital kerajaan, kita kena handle sendiri, tak der mak atau husband boleh stay dengan kita (setakat waktu melawat sahaja) lainlah macam hospital swasta.

Kiranya malam hari pertama pembedahan, saya dah berjalan ke bilik air sendiri, drip pun nurse dah cabut lepas habis antibiotic. Drip air tak payah dah coz saya tak der masalah nak ambil air untuk minum. Esok masa nurse kemas katil ada yang tanya saya bila kena bedah, saya cakap semalam, nurse kata tak macam orang kena bedah semalam. Sebab ada ibu yang juga bedah semalam sama dengan saya, masih belum cabut tiub urine dan terbaring atas katil. Sedangkan saya dah boleh pergi tandas bersihkan diri.

Masa mula pakai ada juga nurse yang tegur kata ‘tak boleh pakai girdle, nanti takut beri kesan pada tempat bedah’. Saya cakap saya tak pakai girdle, nie just nak support perut, dan saya pakai tak ketat pun. Alhamdullilah sampai sekarang, tak der masalah kat luka bedah saya.

Sepanjang pantang kali nie amat mudah untuk saya kerana saya juga beli tungku moden yang saya beli juga dari you. Guna letrik, caj tak sampai 5 minit, tungku dah panas, tak payah nak bakar batu kat dapur lagi.

Bengkung moden nie turut menyenangkan pergerakan saya kerana perut telah disokong kemas, jadi senang nak handle baby dan 2 anak perempuan saya. Malahan saya selalu berulang-alik ke hospital untuk ujian darah baby kerana jaundice. Dengan bengkung ni tak der masalah nak berjalan kesana kemari walaupun baru seminggu pembedahan.

Bengkung moden memang mudah nak pakai, walaupun sekarang sudah mula bekerja, saya ambil masa tak sampai 5 minit untuk sapu gel dan pakai bengkung. Walaupun badan berpeluh coz pakai lebih kurang 10 hingga 12 jam sehari tapi tak rasa gatal. Masih tetap rasa selesa. Nak basuh bengkung nie pun senang.

Saya memang promote bengkung nie to my frenz kerana saya dah cuba dan rasa sendiri pengalaman memakainya.

Terima kasih kerana menjual produk yang bermutu seperti ini.

Wasalam

Yusnida

(email : yuszbee [@] yahoo.com)

Terima kasih kepada Puan Yusnida kerana sudi berkongsi pengalaman disepanjang beliau menggunakan bengkung moden dan tungku moden. Gambar diatas adalah gambar bayi Puan Yusnida yang diberikan nama Nurliyana Damia yang dilahir kan pada 2 March 2010.

Jika ada yang masih ragu-ragu untuk menggunakan bengkung moden, testimoni diatas telah membuktikan bahawa bengkung moden sememangnya selamat digunakan selepas bersalin cesarean.

Hingga berjumpa lagi nanti.

Kak Faz

Koleksi terbaru tungku moden

Assalamualaikum,

Beberapa hari lepas ada pelanggan saya yang pernah datang ke rumah bertanya kenapa di laman web tak banyak dipaparkan gambar untuk design tungku moden macam yang ada kat rumah saya tu?

Sebenarnya bukan tak nak letak design terbaru dilaman web, tapi selalu saja tak sempat nak edit gambar tungku tu. Ditambah pula setiap kali stok tungku sampai, mesti design tak sama dengan stok yang lepas.

Tapi tak apa lah, mulai hari ni saya akan cuba update gambar terbaru tungku moden berdasarkan stok terbaru yang ada. Kali ni ada lebih banyak pilihan design dan corak tungku yang boleh anda pilih. Bagi yang tak suka corak bunga-bunga pula, saya baru saja dapat satu design terkini yang lebih kepada corak abstrak dan tak ada bunga.

Berikut ada lah stok design terbaru tungku moden ye :

1. Tungku moden – dengan corak bunga ros peach & merah

2. Tungku moden – corak bunga kuning

3. Tungku moden – dengan corak bunga matahari

4. Tungku moden – corak bunga mawar merah & biru

5. Tungku moden – corak abstrak

6. Tungku moden – corak bunga tulip

7. Tungku moden – corak bunga oren

8. Tungku moden – corak bunga campur abstrak (merah)

Haa… banyak pilihan yang ada bukan? Tapi ada antara design tungku ni yang belum saya masukkan dalam laman web saya di www.mamamodern.com . Insya allah sehari dua lagi sempatlah saya masukkan kesemua design yang ada.

Bagi pelanggan yang datang ke rumah saya, selalunya saya keluarkan semua corak yang ada dan biarkan mereka pilih sendiri corak mana yang berkenan dihati. Yang kelakar tu bila dua-dua (suami dan isteri) dok berebut nak pilih corak lain-lain. Kena lah undi atau buat one two some. Tapi kalau ikut saya senang aje, ambik je semua corak yang masing-masing dok berkenan tu…he..he…

Lagi pun tungku moden ni memang mudah digunakan dan sangat membantu ibu-ibu untuk bertungku dengan lebih mudah dan selamat sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin. Pendek kata, kalau setakat nak bertungku tu tak payah ke dapur pun tak apa. Caj je tungku moden kat dalam bilik. Tunggu dalam 6 ke 8 minit, lepas tu dah boleh guna.

Bagi saya sendiri, bila badan rasa macam sejuk-sejuk saya akan bertungku sekejap untuk panaskan badan terutama dimusim hujan macam sekarang ni. Kadang-kadang tu anak lelaki saya tolong cajkan tungku untuk saya.

Bagitu juga dengan anda, jika anda ada anak yang dah berumur 6 tahun keatas dan dah boleh disuruh buat kerja-kerja yang mudah, anda boleh minta anak untuk tolong panaskan tungku sewaktu didalam tempoh anda berpantang. Lagipun secara psikologi anak-anak akan rasa diri mereka lebih dihargai bila kita minta tolong buatkan sesuatu kerja, terutama disaat mereka ‘terasa macam tersisih’ sebab mama dan papa nya dok sebuk melayan baby baru saja.  Tapi semestinya untuk kali pertama dan kedua tu anda ajar anak anda cara caj tungku dengan betul dan selamat ye…

Okey lah, itu saja untuk kali ini. Insya allah kita jumpa lagi di posting yang akan datang. Ada beberapa produk terbaru yang akan saya umumkan tak lama lagi. Buat masa ni saya perlukan masa sikit untuk tangkap dan edit gambar-gambar produk tersebut supaya anda boleh lihat dengan jelas di skrin komputer anda 😉

Wasalam

Kak Faz