Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Hari ini saya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua tentang khasiat pakai param.
Tidak hairanlah ibu berpantang sangat disarankan memakai pakaian yang menutup seluruh badan serta bersarung kaki sepanjang masa. Semuanya untuk mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan.
Wanita yang baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk:
1. Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dalam badan.
2. Mengurangkan aliran air ke dalam badan.
3. Melegakan otot-otot yang keletihan.
4. Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.
5. Membuang angin yang berlebihan.
6. Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.
Angin boleh masuk menerusi liang roma badan ibu dengan mudah jika tidak dilindungi dengan sapuan herba yang hangat. Ibu perlu mengelakkan daripada terlalu lama terdedah dalam bilik yang sentiasa dipasang pendingin hawa atau kipas angin.
Sumber dari majalah Pa&Ma September 2012.
Kenapa Mesti Pakai Param Selepas Bersalin? by Fina Affaidi