BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

June 10, 2015 by Fina Affaidi

7 Perubahan Yang Anda Tak Sangka Akan Berubah Selamanya Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kehamilan sudah semestinya akan mengubah anda secara emosional , tapi mengandung dalam masa sembilan bulan itu juga akan mengubah bentuk fizikal anda.

Selalu yang kita dengar orang akan bagitau tentang apa yang terjadi masa hamil (contohnya perut akan membesar dan macam-macam lagi), tapi ada juga perubahan lain yang orang tak pernah beritahu anda.
Walau apapun yang terjadi kita takkan pernah sama selepas melahirkan anak. Menjadi ibu akan mengubah cara hidup anda, tapi perjalanan menjadi seorang ibu itu juga akan mengubah anda, bukan sedikit tapi banyak — cuma dengan cara yang berlainan.

Jom saya nak share antara perkara yang orang tak pernah beritahu pada anda sebelum ini:

1. Saiz kasut akan berubah..selamanya

Mungkin ini bukan khabar yang baik. Kaki kita memang akan mengembang sikit masa hamil dan yang kita tak perasan sebenarnya perubahan ini adalah untuk selama- lamanya.

Perubahan ini adalah disebabkan pertambahan berat badan dan juga hormon kehamilan menyebabkan struktur ligamen kaki akan lebih mudah terbentuk. Antara 60 hingga 70 peratus wanita akan mengalami perubahan kekal ini.

2. Anda mungkin akan mengalami sindrom carpal tunnel sepanjang hidup anda.

CTS (Carpal Tunnel Syndrome) adalah sindrom yang terjadi akibat daripada tekanan terhadap saraf medianus (saraf tengah) didalam terowongan karpal pada pergelangan tangan sehingga menyebabkan kebas dan kelemahan otot di tangan.
Ia bukanlah perkara yang luar biasa yang terjadi kepada ibu yang sedang hamil.

Dan sekali lagi ia bengkak di sebabkan oleh hormon yang menyebabkan urat anda mengembang. Tapi apa yang mereka tak beritahu anda ialah, separuh daripada wanita ini akan mengalami sindrom ini walaupun selepas bersalin. Malah ada juga wanita yang mengalami sindrom ini lebih teruk dari masa ke semasa.


3. Anda mungkin tak dapat nak tahan rasa terkencing walaupun selepas bersalin

Memandangkan kedudukan pundi kencing dekat dengan rahim, ia tidak menghairankan bahawa pundi kencing akan mengalami kerosakan selepas melahirkan anak. Terdapat dua komplikasi yang sering berlaku kepada ibu hamil ini.
Pertama : mereka tak dapat menahan rasa nak kencing
Kedua : Tak sedar sudah masanya nak kencing

Sukar nak tahan kencing ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk ibu yang
mengandung– anda akan mula biasa sepanjang kehamilan. Tapi bagi kebanyakkan
wanita , mereka masih mengalami masalah yang sama untuk beberapa hari selepas
bersalin dan ia boleh berubah untuk jangka panjang jika kita tak menangani masalah ini secepat mungkin.

4. Darah nifas.

Ini satu lagi yang terpaksa ibu-ibu yang bersalin lalui, iaitu darah nifas. Ye lah bila dah 9 bulan tak period masa ni lah darah-darah ni akan keluar.

Biasanya darah ini akan keluar selama 60 hari. Tapi jangan risau ia akan kembali
normal selepas itu — melainkan jika anda menyusukan anak, yang mana ia boleh
menjadi masa yang lebih lama .

5. Anda mungkin masih akan mengalami masalah sembelit

Sembelit bukan sesuatu yang menyenangkan apabila anda sedang hamil , dan ia tidak akan menjadi menyenangkan selepas itu juga.. Malangnya, selepas bersalin sembelit adalah perkara biasa untuk ibu baru yang baru lepas bersalin.

Cara terbaik untuk menanganinya ialah dengan  pengambilan serat dan minum air yang banyak.

6. Anda akan lebih banyak berpeluh

Selepas anda melahirkan anak, biasanya anda akan mengalami berpeluh lebih dari biasa. Proses ini akan membantu tubuh anda untuk merembeskan semua bendasing dalam sistem anda.

kadang-kadang kita akan lebih kuat berpeluh pada waktu malam. Minum air putih lebih banyak pada masa ini supaya tubuh akan akan merembes semua bendasing dalam tubuh anda.

7. Otak anda akan berhubung kait dengan sel-sel otak bayi anda

Percaya atau pun tak sebenarnya sel-sel otak bayi anda akan berhubung kait dengan anda walaupun selepas anda melahirkan anak. Pertukaran ini biasanya telah berlaku masa anda mengandung lagi. Tapi saintis mengatakan yang akan lebih banyak sel akan berpindah kepada si anak apabila anak-anak ini menyusu dengan ibu mereka.

Tetapi jangan bimbang, tidak siapa yang dicederakan semasa proses ini. Sebenarnya ia bagus untuk si ibu juga, dan ada kajian yang mengatakan sistem imun ibu akan masuk ke tubuh bayi melalui proses ini.

Nanti saya akan sharekan lagi artikel-artikel yang lain ye.

Sumber asal : 8 Things That Happen to Your Body After You Give Birth

Wasalam

7 Perubahan Yang Anda Tak Sangka Akan Berubah Selamanya Selepas Bersalin by Fina Affaidi

No related posts.

Filed Under: Intro Tagged With: berpeluh , Ibu bersalin , perubahan ibu bersalin , saiz kasut , sembelit , tak tahan nak terkencing , tangan kebas

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda
  • 10 Tanda anda Mungkin Hamil Anak Lelaki!
  • 5 Jenis Makanan Ini Kuatkan Tulang Bayi Anda
  • 4 Tips Berpantang Semasa Raya
  • 5 Tips Bercerai Lampin Yang Berkesan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • Hani on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • mengurut bersalin /berpantang on 5 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap. Ibubapa Wajib Baca.
  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org