Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Berpantang masa raya memang mengugat perasaan, mana tak nya anda kena menahan godaan dari juadah-juadah yang lazat.
Bukan sesuatu yang mudah, tapi ibu-ibu kena kuat semangat untuk menempuh dugaan ini.
Ianya untuk pastikan yang puan berpantang dengan betul.
Antara tips yang puan-puan boleh buat ialah seperti berikut:
1. Jika anda kena melahirkan anak pada penghujung ramadhan atau awal syawal, buatlah persediaan dengn makan makan raya masa buka puasa. Jadi kalau anda kena start berpantang masa awal hari raya tu tak lah puan-puan terkilan sebab tak dapat makan.
2. Jika anda terlalu teringin untuk makan sesuatu masa tempoh berpantang. Cubalah rasa sedikit je, tapi kena pastikan yang makanan anda ambil tu tak menganggu tubuh anda dan juga bayi yang disusukan. Ingat jangan makan makanan yang berangin dan juga gatal.
3. Jika ada tetamu yang datang ke rumah dan sedang menikmati juadah raya, anda boleh sibukkan diri dan berada jauh dari tempat mereka makan.
4. Bersabar dan juga kena tabah. Kena tanamkan sikap positif bahawa anda juga akan dapat menikmati juadah yang sama selepas tempoh berpantang anda tamat.
Jadi kami harap beberapa tips ini akan dapat membantu puan-puan berpantang dengan jayanya walaupun dugaan tu memang sukar nak elak, tapi puan-puan kena kuat juga.
Sampai sini dulu ye.
Wasalam.
4 Tips Berpantang Semasa Raya by Fina Affaidi