BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

July 12, 2016 by Fina Affaidi

6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bukan mudah untuk mengekalkan hubungan antara ahli keluarga jika kita tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Tambah lagi dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat menyebabkan hubungan akrab antara ibubapa dan anak-anak terbatas.

Jadi hari ini saya nak share 6 tips penting yang boleh anda amalkan untuk eratkan kembali hubungan keluarga dengan komunikasi.

1. Eratkan hubungan
Biasakan diri untuk luangkan masa sekurang-kurangnya dalam 10 minit untuk bertanyakan mengenai hari anak atau pasangan anda. Pupuk kasih sayang, kepercayaan dan juga sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Cubalah ajak semua ahli dalam keluarga anda untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

dengar bila anak anda bercerita

2. Jadi pendengar
Anda boleh mulakan dengan anak-anak anda, ajarkan mereka untuk menjadi lebih responsif apabila mendengar masalah atau isu orang lain. Mendengar juga alat komunikasi yang berkesan. Anda juga harus bersedia menjadi pendengar yang baik jika anak atau pasangan anda ingin meluahkan sesuatu pada anda.

bentuk anak jadi pendengar yang baik

3. Lebih positif
Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, elakkan dari menjadi negatif atau menyindir ketika berbicara dengan ahli keluarga anda. Perbuatan ini hanya akan menghancurkan keakraban keluarga anda. Belajar untuk menjadi lebih positif agar ia tidak menyakiti perasaan ahli keluarga yang lain. Negatif secara automatik memaksa seseorang individu untuk sengaja menarik diri daripada mana-mana perbualan.

jangan menyindir

4. Komitmen
Kepercayaan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Anda boleh memberi inspirasi kepada kepercayaan di kalangan ahli keluarga yang lain dengan memenuhi janji dan komitmen anda. Dengan cara ini, anda akan meningkatkan keyakinan setiap ahli keluarga anda dan menggalakkan kepercayaan dan keyakinan antara masing-masing. Menerusi kepercayaan, ahli keluarga anda akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan anda dan lebih percayakan anda berbanding rakan-rakannya.

komitmen keluarga

5. Perhatikan bahasa tubuh
Bahasa tubuh anda menyampaikan lebih banyak maksud daripada apa yang anda fikirkan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk memantau ekspresi wajah anda, nada suara, gerakan tangan dan pelbagai gerakan lain. Ingat, kebanyakan mesej semasa berkomunikasi dilihat melalui bahasa tubuh anda.

perhati bahasa tubuh

6. Luangkan masa keluarga yang berkualiti
Jadikan ia sebagai sebahagian daripada rutin harian anda; sekurang-kurangnya sarapan atau makan malam bersama-sama walaupun hanya pada hujung minggu. Makan bersama-sama membantu anda untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dengan itu mengukuhkan ikatan keluarga anda agar ia lebih akrab lagi.

makan bersama keluarga

Sampai sini dulu perkongsian saya hari ini ye.

Wasalam

470-x-60-bengkung

6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda by Fina Affaidi

No related posts.

Filed Under: Tips , Tips & Petua Rumah Tangga Tagged With: bentuk keluarga bahagia , ciri-ciri keluarga bahagia , ibubapa memahami anak mereka , kasih sayang dalam kelaurga , kekeluargaan dalam islam , keluarga bahagia , petua kekalkan hubungan kekeluargaan , tips kelaurga bahagia

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda
  • 10 Tanda anda Mungkin Hamil Anak Lelaki!
  • 5 Jenis Makanan Ini Kuatkan Tulang Bayi Anda
  • 4 Tips Berpantang Semasa Raya
  • 5 Tips Bercerai Lampin Yang Berkesan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • Hani on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • mengurut bersalin /berpantang on 5 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap. Ibubapa Wajib Baca.
  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org