Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni nak kongsi tips dan petua untuk tidur lena masa masih hamil lah. Sebab nya tadi ada seorang bakal pelanggan saya mengadu dia ada masalah nak tidur masa hamil. Dan ada ketikanya bila dah tidur, senang saja terjaga. Lepas tu dah susah nak lena balik. Itu belum dikira bila tiba-tiba saja terjaga sebab kejang kaki . Memang azab juga lah bila kekejangan kaki menyerang…
Sebenarnya masalah ni dihadapi oleh ramai ibu yang sedang hamil. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan . Juga, susah nak lena tidur masa hamil tu sebenarnya adalah latihan sebab bila dah bersalin nanti mesti kena bangun di tengah malam untuk tukar lampin dan susukan anak.
Apa-apa pun di harap tips berikut dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena semasa hamil :
1. Pastikan anda mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.
2. Baring secara mengiring ke sebelah kiri kerana posisi ini membantu pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik ke plasenta.
3. Elakkan dari minum air yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh terutama diwaktu malam.
4. Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang . Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.
5. Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah dengan mengiring dan separuh lutut di bengkokkan. Posisi ini membantu jantung anda bekerja dengan lebih baik dan berat janin tidak menekan pembuluh utama darah.
Itu saja tip kali ini. Insya Allah nanti akak share tips lain pula
Wasalam
Kak Faz
Tips Untuk Tidur Lena Semasa Hamil by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta