BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

February 8, 2014 by fazidah

Apa itu Lotus Birth?

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hari ini saya ingin kongsikan artikel tentang Lotus Birth, pasti ramai yang belum pernah mendengar tentangnya…ini ada sedikit info yang dapat saya sediakan tentang kaedah kelahiran ini

Apa itu Lotus Birth ? Lotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana  tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth , tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.

Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan , kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.

lotus-birth-bengkung moden

Kaedah Lotus Birth :

  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.

lotus-birth-bengkung-modern

Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha , mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.

Di dalam Islam , uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda penghormatan terhadapnya.

Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawa Lotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.

Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam  budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.

Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth ?

1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat

2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembu, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.

3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.

4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.

5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.

6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.

7.Alasan rohani atau emosional.

8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.

9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.

10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)

11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)

Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.

Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..

Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth

Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.

Untuk cara>>  pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut << Pengurusan uri mengikut ajaran islam

saya harap artikel saya kali ini akan dapat memberi sedikit info kepada semua, sehingga kita berjumpa lagi di artikel yang seterusnya..:)

Wasalam

Kak Faz

bengkung bersalin selepas pembedahan

Apa itu Lotus Birth? by fazidah

No related posts.

Filed Under: Intro Tagged With: apa itu lotus birth , bali , bersalin , buddha , kaedah bersalin , Lotus birth , plasenta , talipusat , teratai , uri , uri masih melekat pada bayi

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 6 Tips Penting Eratkan Kembali Hubungan Keluarga Anda
  • 10 Tanda anda Mungkin Hamil Anak Lelaki!
  • 5 Jenis Makanan Ini Kuatkan Tulang Bayi Anda
  • 4 Tips Berpantang Semasa Raya
  • 5 Tips Bercerai Lampin Yang Berkesan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • Hani on Soalan tentang luka cesarean yang bernanah (terkena jangkitan)
  • mengurut bersalin /berpantang on 5 Petua Untuk Anak Cepat Bercakap. Ibubapa Wajib Baca.
  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org