BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

May 4, 2015 by Suha Jalil

9 Tips Dapatkan Anak Kembar.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Teringin tak nak anak kembar? Pasti ibu-ibu di luar sana nak tahu caranya jika mahu dapatkan anak kembar.

Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran April 2014 – 9 Panduan Dapatkan Anak Kembar.

Intan Jastina Jamaluddin mencari caranya untuk ibu-ibu di luar sana.

1. Genetik – Jika dalam salasilah keluarga anda dan suami terdapat pasangan kembar, berkemungkinan besar anda juga mampu memperoleh anak kembar. Sekiranya semasa persenyawaan berlaku penghasilan dua ovum secara serentak dalam satumasa, maka anda bakal memperoleh kembar yang diidamkan.

2. Umur – Wanita berumur 35-40 tahun mempunyai potensi lebih tinggi dapat anak kembar. Pada tahap usia ini kebanyakkan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan bagi membuka peluang diri memperoleh anak.

3. Bilangan anak – Fakta menarik ialah lebih ramai bilangan anak yang pernah anda lahirkan, maka lebih tinggi peluang melahirkan anak kembar di kehamilan seterusnya.

4. Berat badan dan ketinggian – Dikhabarkan, wanita yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai potensi lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet protein – Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen tinggi diyakini mampu meningkatkan peluang anda mendapat anak kembar.

6. Minum susu – Ada yang menyatakan, sekiranya anda minum susu secara teratur sejak dari zaman kanak-kanak, kebarangkali untuk mendapatkan anak kembar adalah sangat tinggi. Berdasarkan laporan yang dimuatkan dalam Journal of Reproductive Medicine , wanita yang rajin minum susu cenderung memiliki bayi kembar 5 kali ganda!

7. Pengambilan ubat kesuburan – Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan peluang anda untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung, membolehkan anda mendapat anak kembar.

8. Doa anak kembar – Terdapat doa khas yang boleh anda usahakan jika berkeinginan memiliki anak kembar. Surah As-Saaffaat, ayat 120 dan surah As-Syura, ayat 50. Apa yang penting anda istiqamah dalam mengamalkan ayat ini agar dimakbulkan permintaan itu oleh Allah SWT.

9. Prosedur IVF – Kandungan kembar terjadi apabila pasangan mendapat rawatan persenyawaan bayi tabung uji ataupun Persenyawaan Luar Rahim yang dikenali sebagai IVF. Dalam satu kitar haid, hanya satu telur dalam ovary menjadi matang dalam setiap kitaran. Jika tiada persenyawaan dengan sperma terjadi, maka telur akan musnah dan pendarahan haid akan berlaku dan seterusnya kitaran haid akan berulang setiap bulan.

Wasalam.

9 Tips Dapatkan Anak Kembar. by Suha Jalil

Related posts:

  1. 8 Ciri-ciri Anak Stress. Ibu Bapa Wajib Tahu! Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Kemungkinan kanak-kanak yang terlalu kuat meragam...
  2. 3 Tips Untuk Bantu Masalah Anak Kencing Malam. Tips #3 Paling Best Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Anak kecil anda selalu kencing malam....
  3. Si Kecil Anda Berbohong? 4 Tips Ibu Bapa Perlu Tahu. Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Ada orang cakap budak kecil tak...
  4. Tips Luar Biasa Untuk Komunikasi Bersama Anak. Ibu Bapa Wajar Baca Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pernah tak anda mengalami situasi berikut,...
  5. Tips Dapatkan Tubuh Cergas Di Waktu Pagi Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Waktu pagi mesti malas nak bangun...

YARPP powered by AdBistro
Powered by

Filed Under: Artikel dari Akhbar dan Majalah , Tips Percuma Untuk Ibu Tagged With: anak kembar , cara mendapatkan anak kembar , petua mendapat anak kembar , petua untuk dapat anak kembar , tips mendapatkan bayi kembar

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • Bengkung Moden..Bantu Pergerakan Dan Sokong Tulang Belakang Saya
  • 5 Langkah Kurangkan Anak Terlebih Manja Dan Kuat Melawan
  • Bengkung Moden Selesa, Tak Perlu Bongkok-bongkok
  • 7 Aktiviti Untuk Bantu Perkembangan Bayi Anda
  • Bengkung Moden..Tak Belipat Dan Mudah Digunakan

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Fina Affaidi on Sup ketam untuk tambah susu ibu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org