5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pernah tak terlintas dalam fikiran puan-puan yang berpantang ni tidak penting dan ketinggalan zaman?

Hah! Please jangan fikir macam tu! Sebenarnya banyak kesan buruk jika tidak berpantang lepas bersalin. Memang leceh nak pakai param, pilis, jamu dan sebagainya. Tapi semua itu untuk kebaikan diri kita juga untuk masa akan datang.

Okay hari ini saya nak share sikit kesan buruk sekiranya kita tidak berpantang selepas bersalin.

tungku

5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin

1. Rahim Jatuh

1404609719671

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.

2. Gangguan Kencing

tahan-kencing-3

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:

– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

3. Gangguan Hubungan Kelamin

Disfungsi-Seksual-pada-Pria

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas & tak menyeronokkan. Ramai wanita seta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

4. Sakit Pingang & Tidak Selesa Dibahagian Sulit Wanita

image

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5. Gangguan Kesihatan

167693_stres

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

Jadi, biarpun berpantang ni leceh dan merimaskan, puan-puan kena juga berpantang demi kebaikan diri. Rajin-rajinlah berpantang lepas bersalin ya 🙂

Wassalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .