Bengkung Moden Berkongsi Tips Penjagaan Selepas Cesarean di Majalah Pa&Ma

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Berikut ialah keratan Artikel perkongsian Bengkung Moden di Majalah Pa&Ma keluaran Julai 2013 – tentang penjagaan selepas bersalin pembedahan .

Selamat membaca 🙂

Oh ya.. klik pada gambar untuk imej yang lebih besar dan lebih mudah dibaca.

bengkung moden murah online

Kak Faz

bengkung bersalin online

Panduan dan Tips Menguruskan Uri Bayi

Assalamualaikum,

Rasanya ramai juga yang tak pernah lihat bagaimana rupa uri bayi . Sebenarnya walaupun saya dah 3 kali bersalin, tapi sekali pun saya tak berpeluang lihat uri anak-anak saya. Bagaimana dengan anda…? Jika ada yang sempat lihat uri anak, kira anda beruntung lah. Sebab selalunya lepas bersalin, pihak hospital bungkus uri dan serahkan pada suami atau ahli keluarag terdekat untuk di uruskan.

Disebabkan oleh rasa ketidak adilan ini pada diri sendiri, saya telah merayau mencari gambar uri bayi di internet. Bukan apa pun, cuma sekadar nak tahu je.. hehe.. 🙂

Jadi inilah dia uri bayi..

uri bayi

cara bersihkan uri bayi cara tanam uri

Sekarang ni kalau tak tau uruskan dan bersihkan uri tak apa lagi, sebab anak-anak masih kecil. Tapi esok-esok bila dah ada cucu, macam mana pula ye..?

Jadi, untuk rujukan anda dan diri sendiri, saya sertakan tips dan cara membersih dan menguruskan uri bayi dalam bentuk video.

Selamat menonton 🙂

Cara mengurus dan menanam uri

Wasalam

Kak Faz

Video Testimoni Dan Review Dari Pelanggan Bengkung Moden

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share video beberapa testimoni dan review dari pelanggan bengkung moden yang baru saja saya selesai buat beberapa minit yang lalu. Masih panas dari oven walau pun pada mulanya pening-pening lalat juga nak download ke laptop, kemudian upload ke youtube sebab ni video pertama.

Tapi saya suka sebab dah boleh buat video..hehe.. Nanti boleh la buat video lagi 🙂

Selamat menonton video ala pening lalat dari saya.

Kami sangat mengalu-alukan feedback dan review dari pelanggan kami. Jika anda adalah pengguna bengkung moden, sudi-sudikan bagi testimoni ye 🙂

Kak Faz

Sebab-Sebab Bersalin Pembedahan Dicadangkan Kepada Ibu Hamil – Part 1

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi faktor-faktor yang menyebabkan seorang ibu harus memilih untuk bersalin secara pembedahan (walaupun kerana terpaksa…)

1. Bayi di kedudukan songsang

Jika bayi dalam kandungan anda dalam kedudukan kepala di atas atau di kedudukan melintang, kemungkinan doktor menyarankan anda untuk bersalin secara caeserean bagi mengelak sebarang komplikasi sewaktu proses bersalin. Namun begitu, peluang untuk bersalin normal masih ada jika kedudukan bayi adalah kepala ke atas berbanding di kedudukan melintang.

Teringat pula di zaman mak-mak kita dulu, jika ada masalah bayi melintang, ada bidan yang boleh tolong betulkan bayi. Tapi rasanya di zaman moden ni agak sukar nak dapatkan bidan yang mempunyai kepakaran sebegini.

faktor bersalin pembedahan

2. Fetal distress sewaktu proses kelahiran

Biasanya kontraksi telah berlaku dan ibu sedang melalui proses kesakitan. Tapi bacaan jantung bayi menunjukkan penurunan. Bila keadaan ini berlaku kebiasaanya bersalin pembedahan adalah cara terbaik untuk menyelamatkan nyawa bayi dan ibu.

3. Placenta Previa

Placenta Previa adalah keadaan di mana uri berada di laluan keluar bayi. Bila keadaan ini berlaku, (ayat mudahnya) bayi tidak dapat meloloskan diri untuk keluar kerana placenta telah menutup jalan keluar bayi. Jadi tak ada pilihan lain kecuali pembedahan.

4. Masalah Slip Disc (Sakit Tulang Belakang) yang dialami oleh si ibu.

Banyak fakor yang menyebabkan sakit tulang belakang berlaku semasa hamil. Jika anda pernah terjatuh di ikuti rasa sakit belakang tapi tidak melakukan pemeriksaan, kemungkinan sakit tulang belakang anda menjadi bertambah teruk apabila anda hamil. Disebabkan masalah ini, kemungkinan besar anda terpaksa bersalin secara pembedahan (cesarean).

Faktor lain adalah postur tubuh yang tidak betul sewaktu duduk. Baca tips mengurangkan sakit belakang semasa hamil >> di sini <<

Okay, itu saja dulu untuk kali ni.

Part 2 kita sambung lagi 2 hari ye 🙂

Wasalam

Kak Faz

ps : Lupa pula… Victoria Beckham pun kena slip disc masa hamil, sampaikan bila dah bersalin susah nak dukung baby dia. Tapi dia punya kes special sikit, gara-gara nak bergaya masa hamil – pakai kasut tumit tinggi… anda boleh baca di link ni >> kesan pakai kasut tumit tinggi masa hamil  >> KLIK SINI <<

bengkung bersalin online

Tips Untuk Tidur Lena Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak kongsi tips dan petua untuk tidur lena masa masih hamil lah. Sebab nya tadi ada seorang bakal pelanggan saya mengadu dia ada masalah nak tidur masa hamil. Dan ada ketikanya bila dah tidur, senang saja terjaga. Lepas tu dah susah nak lena balik. Itu belum dikira bila tiba-tiba saja terjaga sebab kejang kaki . Memang azab juga lah bila kekejangan kaki menyerang…

Sebenarnya masalah ni  dihadapi oleh ramai ibu yang sedang hamil. Antara faktor penyebabnya adalah perubahan hormon di sepanjang tempoh kehamilan . Juga, susah nak lena tidur masa hamil tu sebenarnya adalah latihan sebab bila dah bersalin nanti mesti kena bangun di tengah malam untuk  tukar lampin dan susukan anak.

Apa-apa pun di harap tips berikut dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena semasa hamil :

tip tidur lena semasa hamil, posisi tidur semasa mengandung, masalah tidur lena, sakit belakang semasa hamil

1. Pastikan anda mengambil supplemen yang mengandungi kalsium bagi mengelakkan dari kaki kejang. Sebaiknya dapatkan supplemen yang disarankan oleh doktor kerana tidak semua supplemen sesuai diambil oleh ibu yang sedang mengandung.

2. Baring secara mengiring ke sebelah kiri kerana posisi ini membantu pengaliran darah dan oksigen yang lebih baik ke plasenta.

3. Elakkan dari minum air yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh terutama diwaktu malam.

4. Letakkan bantal di bahagian belakang badan terutama di bahagian belakang pinggang. Ini dapat membantu mengurangkan sakit pinggang . Juga, letakkan bantal di celah kedua-dua kaki (biasanya di bahagian lutut) bagi memberikan lebih keselesaan.

5. Posisi tidur terbaik semasa hamil adalah dengan mengiring dan separuh lutut di bengkokkan. Posisi ini membantu jantung anda bekerja dengan lebih baik dan berat janin tidak menekan pembuluh utama darah.

Itu saja tip kali ini. Insya Allah nanti akak share tips lain pula 🙂

Wasalam

Kak Faz

kempiskan perut selepas bersalin