BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

November 21, 2009 by fazidah

Tips tidur dengan lena

Assalamualaikum,

Semalam, sewaktu dalam perjalanan nak ambil anak disekolah saya terdengar tips yang diberikan oleh Dr Fadhilah Kamsah di radio tentang tips untuk tidur dengan lena.

Antara yang saya masih ingat :

  1. Minum susu panas atau suam sebelum tidur. Malahan ini merupakan amalan Rasulullah s.a.w
  2. Tidur ikut waktu. Contohnya jika waktu tidur anda ialah jam 10 malam, sebaiknya ia diamalkan setiap hari.
  3. Padamkan lampu bilik dan tidur dalam gelap. Teringat saya waktu kecil dulu, saya tak boleh tidur dalam gelap. Paling tidak pun sekurang-kurangnya ada sikit cahaya pun tak apa. Kalau tidak, boleh sesak nafas jadinya. Maklumlah, di kampung saya dulu, kalau padam lampu memang gelap gelita sampai satu apa pun tak nampak. Tapi sekarang ni dah okey kalau tidur dalam gelap 🙂
  4. Kosongkan fikiran terutama dari perkara yang boleh mengganggu perasaan – yang ni selalunya susah sikit nak buat terutama jika kita sedang dilanda masalah. Tapi kena cuba lah…
  5. Basuh kaki dan ambil wudhu sebelum tidur
  6. Maafkan semua orang

Tapi bagi mereka yang baru saja menimang cahaya mata dan yang masih mempunyai anak kecil, memang susah untuk dapat tidur yang lena tanpa terjaga ditengah malam. Almaklumlah, kejap baby bangun nak susu, kejap lagi nak kena tukar lampin bila baby buang air besar. Bagi mereka yang mempunyai anak (terutama yang masih dalam pantang) asik berjaga malam dan tidur di waktu siangpula, boleh pening kepala juga bila tak cukup tidur.

Jika anda berada dalam situasi diatas, cuba lakukan perkara berikut :

  1. Apabila bayi anda tidur, anda juga patut  tidur sekali.
  2. Minta pembantu, suami atau mereka yang menjaga anda sewaktu didalam tempoh berpantang untuk menjaga bayi agar anda dapat tidur sebentar
  3. Semburkan pewangi didalam bilik setiap kali sebelum tidur. Wangian yang harum akan turut menenangkan bayi anda
  4. Tutup lampu bilik – ini boleh membantu bayi anda untuk kenal dan membezakan waktu siang dan malam dengan lebih cepat
  5. Tutup TV, radio dan peralatan yang mengeluarkan bunyi bising
  6. Bedung bayi anda dengan kain bedung agar bayi rasa lebih selamat dan tenang

Diharap tips diatas membantu ye.

Kak Faz

Tips tidur dengan lena by fazidah

No related posts.

Filed Under: Tips dan Petua Kecantikan Tagged With: bayi , berpantang , kain bedung bayi , tidur lena

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 16 Tips Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu
  • 6 Petua Menarik Hentikan Anak Hisap Jari
  • 5 Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Set Berpantang
  • 5 Petua Kembali Menawan Selepas Bersalin
  • Bengkung Moden..Senang, Mudah Dipakai Dan Basuh

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • Fina Affaidi on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • Lala on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu
  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org