Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Setelah melahirkan anak, pasti anda akan dengar macam-macam pendapat dan juga nasihat tentang penyusuan susu ibu ini kan.
Walau apapun pendapat mereka, jangan terima bulat-bulat. kaji dulu samada ia benar atau pun mitos semata-mata..:)
Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.