Tag Archives: susu formula

Susu Ibu VS Susu Formula

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin ibu-ibu diluar sana  tertanya-tanya kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. Melalui hasil pembacaan hari ini , terdetik di hati ini nak berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan susu ibu ini berbanding susu formula. Harap-harap dapatlah bermanfaat untuk semua ye…J

Kebaikan Susu Ibu

baby menyusu

Nak tahu tak yang susu  ibu itu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi dan ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, dan tiada pencemaran.

Continue reading Susu Ibu VS Susu Formula

Betul ke kandungan gula memang berlebihan dalam susu formula?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Malam ni saya agak free sikit.  Tergerak nak merayap dan merayau sekejap di internet sambil mencari info terbaru. Dan secara tak sengaja saya terjumpa satu blog ni yang mengupas tentang iklan yang agak kerap bersiaran di TV kebelakangan ni tentang kandungan gula berlebihan dalam susu formula bayi.

Waktu pertama kali menonton iklan tu dulu, ada juga terfikir dalam hati… “ye ke, boleh caya ke ni..?”  Tapi disebabkan kesuntukan waktu, saya tinggalkan dulu persoalan tu.

Nasib baik malam ni terjumpa entry di blog ShaKiddo yang mengupas tentang isu ini. Sekurang-kurangnya sebahagian dari persoalan saya dah pun terjawab di blog ni. Untuk bacaan lanjut, anda boleh ke blog ShaKiddo di link berikut ye >> Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi – klik di sini .. . <<

Apa-apa pun, susu ibu tetap yang terbaik untuk anak-anak kita.  Cuma bila anak dah berumur 3 atau 4 tahun ke atas, nak tak nak kita kena juga bagi susu formula untuk mereka.  Tak gitu…?

Kak Faz

ps : Terima kasih pada Shakiddo, at least tak de lah rasa bersalah sangat bagi anak minum “13 sudu teh gula sehari” (bak kata iklan tu… hu…hu…)

Susu rendah lemak – sesuaikah untuk kanak-kanak?

Assalamualaikum 🙂

Beberapa hari ni saya agak kurang menulis di blog ini. Selsema dan batuk saya masih belum berkurangan. Jadi macam biasalah… saya tidur dan minum air banyak-banyak. Sambil tu saya makan epal hijau dan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C.

Okey, untuk hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang pernah saya baca dulu (tapi saya lupa kat mana…) tentang sama ada sesuai atau tidak untuk memberikan susu rendah lemak kepada kanak-kanak?

Biasanya, bagi mereka yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu akan mula mengajar anak untuk minum susu formula apabila usia anak mula menghampiri umur 2 tahun. Bagi saya sendiri sebenarnya saya mula ajar anak minum susu segar sejak dari umurnya setahun 2 bulan. Lagipun susu segar atau fresh milk ni nampak sedap je terutama yang berperisa buah-buahan. Tapi fresh milk ni saya bagi sesekali saja terutama bila dia tengok abang dan kakaknya minum. Kalau tak dibagi nanti, menjerit pulak anak saya tu…

Okey berbalik kepada topik kita hari ini, mengikut garis panduan terbaru dari American Pediatric Academy (AAP) – bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang obesiti, tinggi kolesterol, ada masalah kardiovaskular atau jika anak berat anak anda tergolong dalam golongan obesiti, maka lebih baik jika anak tersebut diberikan susu rendah lemak dan ia boleh dimulakan seawal usia anak dari 1 ke 2 tahun.

Tapi ingat ye, panduan diatas hanya jika anda atau ahli keluarga ada masalah obesiti. Jika sebaliknya, anda boleh berikan anak anda susu penuh krim seperti biasa. Almaklumlah, anak-anak zaman sekarang ni banyak ragamnya. Ada yang tak suka makan banyak dan lebih suka minum susu. Jadi untuk anak yang cerewet soal makan, lebih baik anda kekalkan dengan susu penuh krim dahulu dan tukar perlahan-lahan kepada susu rendah lemak sering dengan pertambahan usia anak.

Bukan itu saja… gaya hidup masa kini yang mana anak-anak lebih berminat kepada playstation dan computer game berbanding aktiviti diluar rumah serta trend makanan segera yang tinggi kolesterol dan kalori juga menyebabkan ibu-bapa perlu bertukar kepada susu rendah lemak sebaik saja anak mula bercerai susu ibu.

Untuk rujukan lanjut, anda boleh refer di link ini >> low fat milk vs whole milk <<

Kak Faz

p/s : gambar diatas tak membawa apa-apa maksud. Cuma dok terpikir, tak takut kena penyepak ke minah ni… hu..hu..