Tag Archives: rawatan

Urut sendiri bahagian badan lepas bersalin…?

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk cara urut badan sendiri badan anda selepas bersalin.

Mesti ada yang bertanya – Boleh ke…? Sebab tukang urut pun tak boleh urut badan sendiri…hehehe…

Jawapannye – YE BOLEH 🙂

Tapi bukan lah urut secara terus di bahagian badan anda sendiri.

urutan lepas bersalin

Sebaliknya, caranya adalah dengan mengenal point-point di tapak tangan anda dan lakukan urutan di point tersebut seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas. Kemudian picit-picit dan gosok-gosok di point tersebut.

Lagi baik jika sambil memicit-micit atau gosok-gosok tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah Qul (bagi yang dah habis pantang dan dah pun bersih dari hadas besar).

Bagi yang masih dalam tempoh berpantang lepas bersalin pula, anda boleh juga membaca salawat dan istighfar.

Ini antara cara mudah untuk amalkan tidka kira sama ada anda bersalin normal atau bersalin pembedahan terutama untuk membantu menghilangkan kebas-kebas di bahagian sendi dan juga sebagai rawatan bersalin terutama di bahagian peranakan anda.

Mudah-mudahan bermanfaat ye.

Wasalam

Kak Fazidah

ps : Untuk ke website bengkung moden ( bengkung khas untuk bersalin pembedahan , >> klik di sini <<

bengkung moden

Bolehkah bertungku dan berurut selepas bersalin cesarean – part 2

Salam ceria 🙂

Hari ini saya ingin teruskan dengan part 2 untuk tips bertungku dan mengurut terutama selepas bersalin cesarean.

Rawatan mengurut selepas bersalin :

Seperti mana bertungku, mendapatkan rawatan mengurut juga penting walaupun selepas bersalin cesarean. Bagi rawatan mengurut, seelok-eloknya dapatkan rawatan dari bidan dan mereka yang berpengalaman dalam memberikan rawatan mengurut selepas bersalin. Almaklumlah, sekarang ni ada berbagai jenis tukang urut. Ada yang pandai urut untuk orang terseliuh kaki, urutan refleksologi, urut di spa dan dan dirumah urut.

Bagi mereka yang bersalin cesarean selalunya dirawat dihospital selama 3 ke 4 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah kecuali bagi kes-kes tertentu yang memerlukan rawatan lanjut dari doktor. Sebaiknya anda mula mendapatkan rawatan mengurut pada hari ke 2 selepas kembali kerumah. Tujuan urut selepas bersalin ialah :

  • untuk mengembalikan kesegaran badan
  • membuang angin
  • membetulkan urat yang tegang (part yang ni urut memang penting sebab selepas bersalin cesarean, urat-urat menjadi tegang kesan dari ubat bius yang diberikan sewaktu pembedahan)
  • melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas

Jika anda tidak mendapatkan rawatan mengurut dengan segera, pasti badan akan sakit-sakit dan terasa berat serta susah untuk memusingkan badan sewaktu berbaring dan untuk bangun dari katil.

Seelok-eloknya, rawatan mengurut dilakukan diwaktu pagi sebelum mandi, dilakukan selama 3 ke 5 hari berturut-turut. Urutan bagi ibu bersalin sebenarnya adalah urutan yang lembut. Bahagian yang diurut pula adalah diseluruh badan, kaki, tangan dan kepala KECUALI bahagian perut bagi yang bersalin cesarean. Sememangnya perut tidak boleh diurut selepas bersalin cesarean bagi mengelak sebarang masalah kepada luka jahitan.

Biasanya urutan dilakukan dengan menggunakan minyak. Bagi sesetengah bidan, mereka membawa kelengkapan mengurut termasuk minyak dan bahan-bahan lain bersama mereka. Tetapi ada juga yang meminta agar anda menyediakan bahan-bahan untuk mereka. Jadi sebaiknya anda tanya bidan / tukang urut terlebih dahulu sebelum mereka datang agar segalanya berjalan lancar.

Oh ya, saya juga telah memasukkan satu lagi link untuk video bersalin cesarean untuk tontonan anda di bahagian rujukan berkaitan cesarean delivery. Tapi kalau tak jumpa, boleh klik kat link ni >> video bersalin cesarean 2 <<. Selamat Menonton 🙂

Kak Faz