Tag Archives: pengaruh muzik pada kandungan anda

Rangsangan Muzik Pada Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan tentang satu artikel yang saya rasa agak menarik untuk kita amalkan.

Sebenarnya banyak artikel yang kita baca bayi dalam kandungan biasanya akan mula bertindak balas apabila berlaku sebarang rangsangan padanya.

Contohnya seperti apabila dia mendengar suara ibu, bapa, atau apa sahaja yang berada di sekeliling ibunya. Mungkin anda pernah tengok video bagaimana rangsangan yang berlaku kepada bayi apabila dia mendengar bacaan Al-quran.

Ada juga ibu-ibu yang hamil ni yang suka mendengar muzik-muzik klasik. Mendengar muzik klasik tidak hanya baik bagi ibu hamil, tetapi juga bagi janin yang di kandungnya.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa janin di dalam kandungan sudah dapat berinteraksi terhadap rangsangan-rangsangan dari lingkungannya.

Muzik juga dapat membuat ibu hamil lebih relaks. Keadaan emosi ibu juga mempengaruhi keadaan bayi yang dikandungnya. jadi bila si ibu relaks anak dalam kandungan anda pun akan lebih relaks.

ibu hamil dengar lagu-2

Pilihan lagu ni terserah pada puan-puan. Apa yang boleh buatkan anda berasa tenang.

Sejak usia 24 minggu, janin sudah mula menggunakan indera pendengarannya. Cairan ketuban dijadikan medium penghantar gelombang suara bagi janin. Sehingga rangsangan suara dari sekeliling maupun dari luar rahim dapat di dengarnya.

ibu hamil dengar muzik

Ibu-ibu yang hamil perlu memberikan perhatian khusus terhadap kesihatan dirinya dan pertumbuhan janin yang dikandung. Baik dalam hal menjaga gizi dengan sebaik-baiknya, mahupun dalam menjaga keadaan psikologi anak dalam kandungan anda.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh klik link ini ye–>> Kenapa mendengarkan muzik pada bayi bisa berpengaruh baik

Harap berjumpa di artikel yang seterusnya.

Wasalam.

470-x-60-bengkung