Tag Archives: pegaga

Resipi diet lepas bersalin

Salam ceria 🙂

Hari ini saya ingin berkongsi satu resipi yang saya temui didalam satu majalah – resipi kerabu pegaga. Senang disediakan, berkhasiat serta bagus untuk diambil sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana pegaga juga boleh membantu membanyakkan susu ibu .

Resipi Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

  • Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • i inci halia muda
  • 2 biji bawang merah
  • 50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga – tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara membuat :

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
  • Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat
  • Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong
  • Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan 🙂

Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!

Kak Faz

Khasiat ulam-ulaman untuk ibu selepas bersalin

Salam dan hello 🙂

Beberapa hari lalu sewaktu membelek akhbar lama saya terbaca senarai ulam-ulaman yang berkhasiat dan sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.

Saya kongsikan disini untuk tatapan anda juga :

Cekur – pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong

daun cekur

Pucuk Pegaga – selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awet muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit. Pegaga juga sebenarnya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi kanak-kanak. Hhmm… maknanya lepas ni kita kenalah galakkan anak-anak kita makan pegaga supaya otak mereka bertambah cerdas. Harga pegaga pun murah saja . Bagi mereka yang tinggal dikampung, boleh tanam sendiri kat tepi rumah 🙂

pegaga

Pucuk mengkudu – membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut

pucuk mengkudu

Pucuk putat – membantu membersihkan darah, menguncupkan rahim serta mencegah pening dan darah tinggi. Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana rupanya pucuk putat. Sehinggalah saya terjumpa gambar ni sewaktu google…

khasiat-pucuk-putat

Ohh… ini rupanya pucuk putat (daun yang warna merah tu…). Kalau balik kampung di Terengganu selalu juga mak saya carikan pucuk ni untuk dibuat ulam dan dicecah bersama budu. Memang sedap rasa pucuk putat ni. Rasanya masam-masam sikit. Tapi rasanya pucuk putat ni memang susah nak dapat dikawasan bandar dan lebih terkenal dikawasan sebelah utara seperti di Kedah, Perlis dan Perak. Alamat.. tiba-tiba kecur pula air liur saya 🙂

Ulam raja – membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah

ulam raja 3

Jadi, bagi mereka yang masih didalam pantang selepas bersalin, anda boleh cuba mengambil ulam-ulaman diatas sebagai salah satu menu anda. Bukan sahaja berkhasiat, harganya juga murah.

Kak Faz