Tag Archives: Ibu bersalin

7 Perubahan Yang Anda Tak Sangka Akan Berubah Selamanya Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kehamilan sudah semestinya akan mengubah anda secara emosional , tapi mengandung dalam masa sembilan bulan itu juga akan mengubah bentuk fizikal anda.

Selalu yang kita dengar orang akan bagitau tentang apa yang terjadi masa hamil (contohnya perut akan membesar dan macam-macam lagi), tapi ada juga perubahan lain yang orang tak pernah beritahu anda.
Walau apapun yang terjadi kita takkan pernah sama selepas melahirkan anak. Menjadi ibu akan mengubah cara hidup anda, tapi perjalanan menjadi seorang ibu itu juga akan mengubah anda, bukan sedikit tapi banyak — cuma dengan cara yang berlainan.

Continue reading 7 Perubahan Yang Anda Tak Sangka Akan Berubah Selamanya Selepas Bersalin

Puan Siti Salwa Bercerita Tentang Keselesaan Bengkung Moden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maklumbalas kali ini daripada Puan Siti Salwa, ini adalah pembelian kali kedua.

Mula-mula ingatkan dia nak belikan untuk orang lain rupa-rupanya dia nak beli untuk diri sendiri sebab nak basuh bengkung sebelum ini.

Saya pun mintalah komen beliau tentang pemakaian bengkung moden, ini jawapannye….

“Saya bersalin ceaser hari itu..alhamdulillah..pakai bengkung ni rasa kurang sakit .. best sangat sebab material dia frenly dengan skin”

Testimoni pengguna bengkung moden

Alhamdulillah, Puan Salwa selesa dengan Bengkung Moden kami. Terima kasih pada Puan atas feedback puan, nanti boleh kongsikan lagi feedback dengan kami ye..

‘Biar Pelanggan Kami yang Bercerita Tentang Keselesaan Bengkung Moden’

Wasalam

Kak Faz

Bengkung Moden untuk ceaserean

Tahukah Anda Penyusuan Ekslusif Membantu Si Ibu Kembali Langsing?

#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+

Penyusuan Ekslusif membantu ibu-ibu kembali langsing.

kembali langsing

Continue reading Tahukah Anda Penyusuan Ekslusif Membantu Si Ibu Kembali Langsing?

Doa Khusus Untuk Si Ibu Menambah Susu Badan

#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di Facebook , Twitter dan Google+

Doa Khusus Untuk Si Ibu Menambah Susu Badan

Kepada ibu-ibu yang mahu menambahkan susu badan cuba amalkan membaca surah Al-Baqarah ayat 60 . Letakkan tangan di payu dara dan usap sambil membaca ayat tersebut.

surah banyakkan susu ibu

Terjemahan

Continue reading Doa Khusus Untuk Si Ibu Menambah Susu Badan

Rahsia Khasiat Serai Untuk Ibu Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni nak cerita pasal serai lah pulak. Dalam dok surf di google cari info, Allah bagi ilham – terdetik dihati nak cari khasiat pasal serai. Jadi.. jom kita mulakan

Serai ni sebenarnya antara tanaman herba yang popular di Asia Tenggara. Tapi agak jarang diketengahkan untuk kegunaan dalam bentuk minuman atau makanan bagi ibu-ibu selepas bersalin dan yang berpantang . Jenis herba yang selalu digunakan dalam pantang selepas bersalin kebanyakannya lebih kepada halia, lada hitam, kunyit dan lengkuas.

lemon_grass serai

Khasiat serai bagi ibu selepas bersalin dan dalam pantang

Serai sebenarnya dapat membantu ibu-ibu yang bersalin. Antara khasiat serai :

  1. Membantu  pembuangan lemak dan banyak terkumpul semasa hamil, menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan mengawal selulit.
  2. Membantu menyah toksid dari dalam badan dengan membersihkan pancreas, hati, buah pinggang dan saluran darah.
  3. Serai juga membantu memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan sembelit dan melancarkan system pencernaan badan
  4. Mmebantu membuang angin dalam badan
  5. Menghindarkan sakit kepala yang sering dialami oleh mereka yang telah diberikan ubat bius disepanjang proses bersalin sama ada bersalin normal atau bersalin pembedahan.
  6. Selain dari itu, mengikut kajian dari barat serai juga sebenarnya dapat menangkis pertumbuhan kanser.

Alang-alang dah cerita tentang serai untuk orang bersalin, resipi dibawah mungkin boleh membantu anda terutama bila anda tak boleh nak ambil halia atas faktor bayi anda masih kuning dan anda menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Almaklumlah, jaundice kan boleh jadi lagi teruk jika si ibu ambil halia…

tea serai

Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 1) :
Basuh 3 batang serai

Gula batu (boleh ejas sukatan ikut rasa manis yang dimahukan)
Potong  serai kecil-kecil dan direbus dengan api kecil bersama 3 cawan air selama 20 minit
Suamkan dan minum

Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 2) :

5 batang serai direbus bersama 4 cawan air selama 30 minit menggunakan api perlahan. Selepas dah siap rebus, suamkan air rebusan. Bancuh air rebusan bersama madu dan limau nipis atau lemon.

Tips tambahan : Jika anda tak nak rebus banyak kali, buat banyak sikit kemudian simpan dalam peti. Tiap kali nak guna, panaskan air rebusan serai agar suam, kemudian baru bancuh / campurkan dengan madu dan limau nipis.

Itu saja untuk kali ini. Insya Allah  nanti saya kongsikan info lain pula..

Wasalam

Kak Faz