SEMINAR PENJAGAAN SELEPAS CESAREAN

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Degan ini Seminar Penjagaan Selepas Cesarean dilancarkan

seminar-feb-2013

Tarikh : 16 Feb 2013

Masa : 8.30 pagi hingga 12 t/hari

Lokasi : Aritida Beauty, No 20B Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, Shah Alam
(Lokasi ni sebenarnya terletak di belakang Jakel Shah Alam)

Yuran penyertaan : PERCUMA

Terhad untuk 30 penyertaan pertama saja.

Cara mendaftar :
1. Daftar di link berikut >> https://www.facebook.com/events/446987502036944/

2. Atau Melalui sms ke 018-3735079 > taip > SEMINAR > NAMA

Apa yang akan saya kongsikan dalam seminar yang pertama kali saya adakan ini :

1. 5 rahsia kembali langsing selepas bersalin cesarean
2. Tips menghadapi gementar dan trauma selepas bersalin cesaren

Sebenarnya 2 hari lepas saya telah di hubungi oleh seorang pelanggan. Agak lama juga kami berbual sebab tiba-tiba saja saya ditanya soalan yang agak terkeluar dari topik.

Sungguh saya tak sangka. Rupa-rupa Cik Puan yang sorang ni ada isu yang perlu dibantu – trauma cesarean menyebabkan dia tak boleh tidur selama sebulan lepas bersalin.

Mulanya saya macam tak percaya juga. Tak kan lah sampai sebulan tak boleh tidur.. siang malam berjaga aje ke..?

Katanya YE. Tiap-tiap malam mata terkebil-kebil je. Tak boleh lelap langsung. Sudahnya lepas seminggu keluar dari hospital kena masuk wad balik sebab darah naik tinggi. Makan ubat turunkan darah pun dah tak jalan sampai kena minta ubat tidur dengan doktor, tapi sama je.. tak de kesan.

Saya tanya lagi.. puan ada pergi cuba berubat cara alternatif juga tak..?
Katanya “YE, ada cuba termasuk cara perubatan Islam. Tapi sama juga. Dorang kata saya banyak sangat fikir.. ”

Kesimpulannya bagi saya – bagi sesetengah orang cesarean tu ok je, tak de lah sakit sangat. Tapi TIDAK bagi yang lain. Ada yang serik, ada yang dah takut nak bersalin lagi, ada yang rasa ngeri walaupun belum pernah alami.

Orang-orang yang mengalami trauma beginilah yang perlu dibantu dan diberikan sokongan so that they can encounter the FEAR.

Sebab tu lah saya gagahkan diri buat Seminar Penjagaan Selepas Cesarean. Sebab saya ingin bantu mereka yang perlu dibantu.. Dan ia adalah 100% percuma. Sudah tiba masanya saya share apa yang saya tahu…

Saya tidak pasti bila lagi saya akan anjurkan seminar yang sama disebabkan oleh beberapa perancangan yang mesti saya buat dan siapkan sepanjang tahun ni. Jadi jika anda  memerlukan info dan tips terkini dari saya di seminar tersebut, jangan lepaskan peluang ni.

Oh ya, anda juga boleh bawa suami puan sekali ke seminar ni agar suami puan juga tahu apa yang perlu dilakukan bagi membantu isteri selepas bersalin cesarean.

Daftar segera di link yang di berikan atau sms ke 018-3735079  sekarang!

Kak Faz

bengkung moden

This entry was posted in Pengumuman and tagged , , , , , . Bookmark the permalink .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • Adakah berat anda ideal? Semak disini

  • Klik Pada Tag Untuk Carian Anda

  • Meta