Resipi diet lepas bersalin
Salam ceria
Hari ini saya ingin berkongsi satu resipi yang saya temui didalam satu majalah – resipi kerabu pegaga. Senang disediakan, berkhasiat serta bagus untuk diambil sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana pegaga juga boleh membantu membanyakkan susu ibu .
Resipi Kerabu Pegaga
Bahan-bahannya :
- Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu teh lada hitam
- i inci halia muda
- 2 biji bawang merah
- 50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga – tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
- 1 inci kunyit hidup
Cara membuat :
- Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
- Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat
- Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong
-
Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan
Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu!
Kak Faz