Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang Posisi Tidur bagi ibu-ibu hamil.
Ibu-Ibu,jangan ambil mudah tentang kedudukan tidur, apalagi jika anda sedang hamil. Salah posisi tidur boleh menyebabkan tubuh merasa sakit, kekurangan oksigen hingga masalah kesihatan yang lain.
Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari agar tubuh selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit. Apalagi seiring bertambahnya usia kehamilan, beban pada perut perlahan mula terasa. Hal ini akan mempengaruhi keselesaan tidur serta rasa sengal pada pinggul.
Setelah membuat sedikit research..inilah kedudukan tidur yang banyak disyorkan untuk ibu mengandung:
Tidur menyereng ke kiri
Hampir semua ahli perubatan bersetuju bahawa tidur condong ke kiri adalah kedudukan terbaik sepanjang kehamilan. Kedudukan ini dapat membantu melancarkan peredaran darah kepada bayi. Inilah yang menyebabkan si bayi di dalam perut boleh tidur lebih nyenyak kerana mendapat oksigen yang cukup. Jika pada masa itu perut terasa kencang dan tidak selesa, maka baringkan tubuh sejenak dan kembali ke kedudukan condong ke kiri silih ganti.
Tidur telentang
Sekalipun kedudukan ini dianggap kedudukan tidur paling selamat, namun kerap kali kedudukan ini membuat tubuh terasa sakit.Ini disebabkan anda harus menampung beban perut di saat tidur. Tidur sepanjang malam dalam kedudukan ini boleh menyebabkan pada keesokan harinya pinggul akan terasa sengal-sengal dan perut terasa kencang. Untuk itu, pastikan anda menukar kedudukan tidur sehingga badan tidak terasa sakit dan bangun lebih segar keesokan harinya.
untuk itu sahaja info saya hari ini…moga bertemu di artikel yang lain…
Wasalam
Kak Faz
Posisi Tidur bagi Ibu Semasa Hamil by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta