Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini saya nak share kan sedikit info atau tips bagi mengatasi sakit belakang yang biasa di hadapi ibu-ibu yang mengandung,antaranya
- Cuba letakkan bantal kecil di bahagian belakang terutamanya ketika duduk dalam jangkamasa yang panjang, ini adalah untuk menyokong tulang belakang anda semasa bersandar
- Untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang anda, anda juga boleh alaskan belakang badan dengan bantal sewaktu tidur
- Kasut tumit tinggi memang sexy tapi kalau boleh elakkan daripada memakainya kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang
- Buat senaman ringan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki
- Berendam atau mandi dengan air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang.
Sekianlah sahaja info saya kali ini, harap dapat memberikan anda sedikit tips yang berguna.
Wasalam
Kak Faz
5 Info atasi sakit belakang by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta