Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Setelah membuat sedikit ulangkaji tentang petua mudah bersalin, saya nak sharekan antara petua-petua supaya mudah untuk bersalin yang sering di amalkan oleh ibu-ibu mengandung…
Antaranya ialah:
- Amalkan minum AIR KELAPA semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan (orang cakap nanti baby lahir,bersih je kulitnye)
- Boleh gunakan teknik ‘HYPNOBIRTHING’ sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
- Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan
- Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.
- Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. Opps 18SX lah pulak, tapi banyak petua mengatakan kaedah ini dapat membantu ibu untuk mudah bersalin (supaya laluan senang terbuka)
- Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
- AMALKAN membaca ayat-ayat al-quran sama ada semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. Membaca doa NABI YUNUS dan SURAH MARYAM juga harus diamalkan semasa sedang sakit nak bersalin
- Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar
- Ini lah yang paling penting sekali,MINTA MAAF dan dapatkan RESTU daripada Suami, Mertua dan Ibu bapa kita..
saya doakan ibu-ibu yang sedang menanti saat-saat kelahiran permata hati yang sedang membaca artikel saya ini agar mudah melahirkan dan sentiasa dilindungi Allah SWT.. insyallah…
moga kita bertemu lagi di artikel yang seterusnya..
Wasalam
Kak Faz
Petua Mudah Bersalin by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta