Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kebiasaanya masalah kencing kotor banyak dialami oleh mereka yang sedang hamil. Namun hakikatnya masalah kencing kotor juga dialami oleh mereka yang sedang dalam tempoh berpantang atau selepas bersalin.
Mungkin pada mereka yang tak pernah lalui atau alami masalah kencing kotor ini akan merasa pelik sedikit tentang tajuk artikel saya kali ini. Dan kadang-kadang ada juga yang ambil remeh saja tentang perkara ini
Okay..secara umumnya wanita memang lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor ni berbanding dengan kaum adam kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.
Seperti yang diketahui tempoh
berpantang selepas bersalin
merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir. Masalah jangkitan pada saluran kencing selepas bersalin ini boleh merebak dan melibatkan jangkitan kepada paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang. Bukan itu saja, jangkitan yang sama juga boleh merebak ke bahagian luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis atau kaki dan juga jangkitan pada payu dara.
Antara
siptom-siptom
untuk
masalah kencing kotor
ini ialah rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali rasa hendak kencing dan kencing yang tidak lawas. Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang seseorang itu akan sakit di bahagian belakang, demam selepas bersalin, berasa loya dan muntah-muntah
Masalah jangkitan kencing kotor ini sebenarnya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria jenis Escherichia coli. Antara rawatan bagi masalah kencing koto r ini adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing juga boleh diambil. Selain dari itu pesakit hendaklah minum banyak air.
Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor , satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah pada saluran kencing itu sendiri.
Cara mengesan masalah kencing kotor ini adalah dengan menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Dan pemeriksaan ini biasanya tidaklah sampai anda kena duduk di wad atau masuk hospital. Ia juga tidak melibatkan pembedahan dan pemeriksaannya boleh dilakukan dalam tempoh satu hari saja.
Baiklah sekarang kita lihat pulak bagaimana nak mencegah masalah kencing kotor ini
- Yang ini paling utama iaitu pastikan meminum air yang cukup dan elakkan menahan kencing, kalau dah ada rasa nak kencing tu, pergi je lah toilet ye..jangan tahan-tahan…:)
- Untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin tu..pastikan kebersihan bahagian intim (saluran perenium) dijaga dengan sempurna ye..actually semua wanita kena jaga bahagian intim ni tapi ibu-ibu bersalin ni kena lebih lah…
- Jika anda ingin mengelap bahagian intim anda, mulakan dari depan ke belakang ye, ini adalah untuk memastikan bakteria yang ada disana tidak merebak ke bahagian faraj dan uretra
- Untuk yang dah berumah tangga tu, selepas bersama pasangan anda, kosongkan pundi kencing anda dan juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
- Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminine.
Dengan perkongsian kali ini saya harap akan dapat memberi sedikit info dan bermanfaat buat anda yang mengunjungi blog ini. Anda juga boleh membaca artikel berkenaan masalah kencing kotor disini untuk info lanjut>> Masalah Kecing Kotor atau Bahaya Kencing Kotor pada Ibu Hamil
Wasalam,
Kak Faz