Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Wah..wah..wah.. semua orang mesti sibuk dengan persiapan raya sekarang ni kan..? Tak terkecuali saya sekali
Tapi persiapan tahun ni ala kadar aje. Yang penting baju kurung / melayu anak-anak ada sorang sepasang. Untuk T-shirt dan seluar saya pusing sana sikit ejas sini sikit, boleh la dapat ikut harga bajet saya..he..he..
Untuk hari ni saya cuma nak maklumkan hari terakhir untuk saya pos semua tempahan ialah pada hari rabu 15 ogos 2012 jam 12 tengahari. Insya allah order yang di pos pada rabu ni masih sempat sampai sebelum raya seperti yang di umukan oleh Pos Malaysia.
Untuk tempahan selepas 15 Ogos saya akan pos laju selepas raya. Jadi jika anda nak guna bengkung ni beberapa hari selepas raya atau nak dapatkan sebelum raya, cepat-cepat order dalam masa 2 ke 3 hari ni ye.
Wasalam
Kak Faz
Hari terakhir penghantaran order melalui pos laju sebelum Raya by fazidah