Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Hepatitis B dan Kehamilan

Salam semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel soal jawab yang dipetik dari akhbar Berita Harian. Saya merasakan artikel ini merupakan satu informasi yang berguna kerana saya sendiri pernah mengalami satu kejadian berkaitan dengan Hepatitis B sewaktu bersalin anak pertama dahulu dimana seorang ibu telah tidak memaklumkan kepada pihak hospital bahawa beliau adalah pembawa Hepatitis B. Akibat dari itu, bayi beliau telah ditahan dan ditempatkan dibilik rawatan kerana tidak menerima suntikan selepas dilahirkan. Dan bukan itu sahaja… ibu muda ini sebenarnya telah membahayakan nyawa doktor, jururawat bertugas, ibu-ibu dan bayi lain yang juga bersalin diwaktu yang hampir sama kerana antara cara Hepatitis B merebak ialah apabila darah pembawa Hepatitis B terkena pada luka orang lain. Mujurlah saya tak bersalin dihari yang sama dengan ibu muda itu. Kalau tak, pasti saya pun ngeri juga :(

Apakah Hepatitis B?

Hepatitis B ialah keradangan hati yang menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut, kadangkala ia membawa kerosakan hati yang kekal. Pembawa kuman Hepatitis B yang kronik mempunyai risiko 200 kali ganda untuk mendapat kanser hati berbanding mereka yang normal. Sebenarnya, di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 1.3 juta pembawa kuman Hepatitis B.  Mereka ini kelihatan sihat tapi sebenarnya mampu menjadi pembawa kuman virus. Dan tahukah anda, kuman Hetatitis B sebenarnya antara 50 ke 100 kali ganda lebih mudah dijangkiti berbanding HIV.

Bagi bayi yang mana ibu atau bapanya adalah pembawa Hepatitis B pula, jika tidak menerima suntikan akan mula menunjukkan simptom jangkitan yang akut (serius) dalam tempoh sebulan hingga 4 bulan selepas dijangkiti dan selalunya bayi yang diserang Hepatitis B adalah kronik.

Okey, kita lupakan pengalaman saya diatas. Ikuti artikel dibawah…

Soalan:

SUAMI saya pembawa Hepatitis B. Selepas berkahwin saya terlupa mendapatkan suntikan untuk virus itu. Ketika hamil, doktor memberitahu sepatutnya saya mendapatkan suntikan sebelum berkahwin dan memaklumkan saya perlu disuntik selepas bersalin.

Sehingga kini, selepas pantang, baru saya teringat mendapatkan suntikan itu. Bagaimanapun bayi kami sudah disuntik selepas dilahirkan. Adakah saya akan dijangkiti virus itu jika lambat mendapatkan suntikan? Doktor juga menasihatkan suami supaya menggunakan kondom selama-lamanya bagi mengelakkan jangkitan virus itu. Adakah ini bermakna kami tidak boleh mendapatkan anak lagi?

Puan Mariana.

Jawapan:

SALAH satu cara virus hepatitis B berjangkit adalah melalui hubungan seks. Jika suami pembawa virus hepatitis B, sebenarnya ada tiga kemungkinan dari segi status puan sendiri.

  • Mungkin masih belum dijangkiti virus walaupun terdedah dengannya.
  • Sudah dijangkiti virus tetapi tubuh berjaya menghapuskan virus.
  • Sudah dijangkiti virus, jangkitan sudah kronik dan puan sendiri menjadi pembawa virus.Cara menentukan keadaan puan adalah dengan menjalani ujian darah. Jika ujian menunjukkan masih tidak dijangkiti, puan sepatutnya menerima suntikan imunisasi secepat mungkin. Selepas suntikan sepatutnya ujian darah dilakukan semula untuk memastikan badan puan sudah menerima vaksin dengan sempurna. Sehingga keadaan itu diketahui, suami sepatutnya menggunakan kondom. Jika ujian darah menunjukkan kemungkinan kedua iaitu puan sudah dijangkiti tetapi badan puan dengan sendirinya telah menghapuskan virus, puan tidak perlu mengambil sebarang tindakan lain.Jika ujian darah menunjukkan puan sudah menjadi pembawa virus, hubungan dengan suami tidak menjadi isu lagi tetapi puan dan suami mesti menjalani ujian darah dari semasa ke semasa untuk menentukan status virus dan keadaan hepar (hati).

    Pada satu ketika, puan dan suami mungkin memerlukan rawatan untuk jangkitan hepatitis B kronik. Dari segi mendapatkan anak pada masa depan, tidak terdapat sebarang halangan terhadap perkara itu asalkan bayi menerima suntikan vaksin hepatitis B mengikut jadual.

  • Jawapan disediakan oleh: Dr S Mahendra Raj, Pakar Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar Kuala Lumpur.

    Itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel yang akan datang :)

    Kak Faz

    Related posts:

    1. Wanita Hamil Berisiko Tinggi Dijangkiti H1N1 / Selsema babi Assalamualaikum, Wabak H1N1 atau dikenali selsema babi kini semakin...

    Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

    RSS 2.0 | Trackback | Comment

    7 Responses to “Hepatitis B dan Kehamilan”


    1. Terima kasih maklumat disini sangat membantu saya.

    2. Faz

      Salam Onnie,

      sama-sama :mrgreen:
      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog bengkung moden

    3. masznih

      apakah kaedah diagnostik bagi penyakit hepatitis b??

    4. Faz

      Salam masnizah

      Virus hepatitis B dapat diketahui dengan cara diagnosis dan penggunaan alat bernama Rapid Test. Untuk keterangan lanjut, sila refer disin >>i http://www.pharmaceutical-int.com/companies/inverness-medical-innovations.asp <<

      TQ

    5. akma

      saya merupakan pesakit hepatitis b & baru sje tau pasl penyakit ni slepas menderma drh.
      saya rase sgt sdey.
      :cry:

    6. Faz

      salam Akma,

      Jangan sedey. Sekurang-kurangnya akma dapat tahu juga yg akma ada hepatitis B. Ada yang langsung tak tahu yang dia adalah pembawa..

    7. emy

      Askm,,saye berusia 25thn,,sdh 1thn lbih kwin,,bru mendpt tahu hamil,,mslhnye,sye ade lah pembawa hep B ttp tidak kronik,hujung thn lps 2009, saye sdh dapatkan pelalian hep B bersama suami,,apekah rawatan seterusnya bagi saye yg sedang hamil mungkin baru 2 minggu kehamilan tanpa sebarangg gangguan pada janin

    Leave a Reply

    XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>