Assalamualaikum 🙂
Anda ada facebook ? Kalau ada, apa kata anda masukkan saya sebagai rakan anda. Just cari Fazidah Abdul Latif, mesti terjumpa saya di facebook 😉
Tapi hari ini bukan ini sahaja yang ingin saya kongsikan dengan anda, pembaca blog bengkung moden. Sesekali apa salahnya lari dari topik berkaitan dengan bersalin, nak kempiskan perut, perihal baby… boleh kan?
Sebabnya saya perhatikan memang ramai golongan ibu (termasuklah saya… he… he…) yang menyertai laman web sosial seperti myspace, facebook, tagged, dan macam-macam lagi laman web sosial. Memang seronok bila join laman web sosial macam ni. Bukan saja boleh tambah kenalan, tapi dapat juga cari balik kawan-kawan lama. Dah tu, boleh letak gambar anak lah… gambar family, gambar zaman remaja dulu lah… nak luahkan isi hati atau nak tunjuk bakat terendam pun boleh. Free pulak tu.
Cuma semalam, sewaktu membelek akhbar Utusan Malaysia, saya tertarik dengan pendapat yang dikemukakan oleh seorang pembaca akhbar tersebut yang saya rasakan patut dikongsikan dengan anda juga (terutama bagi mereka yang tak berpeluang membaca akhbar ini semalam).
Antara komen beliau seperti berikut…
Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna internet didunia ini mengenai facebook (dan juga laman web sosial yang lain). Ini adalah teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.
Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.
Sedarkah kita siapa sebenarnya dibelakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah disimpan oleh pihak perisikan antaranbangsa?
Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100% informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.
Ya.. benar sekali pak. Memang selalunya kita akan lengkapkan borang yang disediakan. Semua soalan yang ditanya sewaktu pendaftaran sebagai ahli dijawab. Almaklumlah… nak cari kawan lama yang dah lost contact lah katakan.. hu..hu..
Dan komen beliau yang berikut sememangnya terkena kat batang hidung saya sendiri. Saya pasti ramai juga anda diluar sana yang seperti saya, asal nak register je, terus klik kat agree with the terms & conditions tanpa membaca terlebih dahulu.
Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar atau polisi yang facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri.
Tetapi, yang paling menarik ialah apabila penulis ini menyatakan, golongan yang paling dicari dan berisiko tinggi ialah yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, professor, saintis dan lain-lain. Apatah lagi jika golongan ini memasukkan data mengenai aktiviti harian, kejayan peribadi, alamat, nombor telefon, kelab yang disertai, rekod pendidikan, minat, maklumat keluarga dan lain-lain info peribadi kerana data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan dan boleh digunakan dimasa hadapan.
Hmm… Beberapa hari lepas saya terfikir nak masukkan gambar terbaru dibahagian my album kat facebook. Rasanya kena pikir balik lah nak masukkan ke tak. Walaupun saya bukan golongan professional, tapi lebih baik berhati-hati. Isskkk… tiba-tiba teringat CSI, 24, X files …
Apa pendapat anda tentang ini ye? Any comment please 🙂
Kak Faz