5 Petua Kembali Menawan Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pasti ramai yang susah hati bila dah nak dekat bersalin, bukan takut sebab nak bersalin tapi takut badan akan tetap mengembang walaupun dah bersalin terutamanya di bahagian perut tu.

Mana tak nya selama 9 bulan kita kandungkan bayi kita jadi bila dah melahirkan nanti pasti perut kita akan jadi menggeleber dan yang paling stress baju dan seluar pun dah tak muat.

Jangan risau ye kalau anda mengamalkan beberapa petua yang saya nak share ni mungkin akan dapat bantu puan untuk kembali langsing selepas bersalin.

Petua-petua ini gabungan dari pada petua moden dan juga petua tradisional yang telah diamalkan dari dulu lagi yang saya kumpulkan dari pembacaan saya.

1. Ambil herba-herba tradisional

Selesai sahaja anda melahirkan anak, kita akan melalui proses berpantang. Dan biasanya proses berpantang ini akan mengambil masa 44 hari atau 100 hari.

Jadi penggunaan herba-herba tradisional ini sangat penting dalam proses berpantang, ia untuk pastikan kita dapat kembali tubuh badan kita.

Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.

Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.

Herba-herba tradisional

2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.

Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.

Nak bengkung moden anda boleh survey kat sini ye–>>bengkungmoden.com

bengkungmoden

3. Mengambil makanan yang berkhasiat.

Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.

Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

makanan berkhasiat untuk berpantang

4. Sentiasa menyusukan anak

Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

menyusukan bayi

5. Kerap bersenam

Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

bersenam selepas bersalin

Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu.

Sampai sini dulu artikel saya kali ini ye..harap berjumpa lagi.

Wasalam.

470-x-60-bengkung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed .