Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Penjagaan selepas keguguran

Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas saya menerima email dari seorang pengunjung blog ini – bernama Eva yang bertanyakan cara penjagaan selepas keguguran . Menurut Eva, dia baru saja keguguran yang mana ini merupakan kandungan pertama. Ditambah pula tinggal berjauhan dari keluarga, jadi Eva tak tahu macam mana nak jaga dan apa makanan yang perlu dielakkan.

Berikut adalah soalan dan jawapan dalam email antara saya dan Eva.

1. Macam saya keguguran..adakah saya perlu berpantang..??  kalau ade berapa pula tempoh masa berpantang..??

Walaupun keguguran, seeloknya Eva berpantang mcm orang bersalin juga sebab bahagian rahim Eva tetap luka sama macam orang bersalin. Tempoh berpantang paling kurang 20 hari – mengikut amalan masyarakat Melayu.

2. Jika keguguran adakah perlu menjaga pemakanan..??  jika ade boleh beri 1 contoh pemakanan yg berkhasiat..??

Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun.

3. Selepas keguguran dalam masa 2 ari boleh ke kalo kite berkerja..??

Bagi mereka yang bekerja swasta, biasanya cuti bagi keguguran ialah 2 minggu. Tapi utk kerja-kerja rumah, elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

4. Boleh kah akak bagi saya tip2 @ cara2 penjagaan semasa keguguran..??

Tips dan cara penjagaan keguguran – sama macam penjagaan bersalin sebenarnya. Seeloknya pakai stokin dan mandi air suam. Juga, eva boleh mengambil ubat / jamu seperti kacip fatimah bagi membantu pengecutan rahim dan agar rahim sembuh dan menjadi kuat

5. Herba mandian aura pula selepas keguguran boleh ke digunakan..?? sebab saya rasa badan saya selalu lenguh2 n rasa kurang segar..adakah ianya berpunca dr keguguran yang saya alami..

Herba mandian aura boleh juga digunakan oleh mereka yang eguguran. Eva rasa lemah n tak bertenaga kerana badan masih belum kuat – sama macam orang bersalin. Mesti Eva juga ada rasa sejuk-sejuk badan kan? Rasa sejuk-sejuk badan tu sama je dengan orang yang baru lepas bersalin. Kalau mandi dengan air suam, memang best jer..

Diharap tips diatas juga berguna untuk mereka yang juga mengalami keguguran seperti Eva.

Kak Faz

Related posts:

  1. Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin Assalamualaikum, Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya,...
  2. Koleksi terbaru tungku moden Assalamualaikum, Beberapa hari lepas ada pelanggan saya yang pernah datang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin .

RSS 2.0 | Trackback | Comment

84 Responses to “Penjagaan selepas keguguran”

  1. yus

    askum kak…seperti yg kita sedia maklum,menggugurkan haram dlm agama kita,tp itulah yg berlaku pd sy.sy ingin tanya,selepas shj selesai operasi menggugurkan,sy trus bkerja keesokan harinya sbg pembantu taska dan hanya makan ubat yg dibekalkan oleh pihak klinik.bleh sy tahu mungkinkah ada kesan andai kata sy ingin mempunyai zuriat kelak.bagaimana untuksy kekal kesihatan rahim sy.trima kasih

  2. Faz

    Salam Yus,

    Maaf lambat jawab soalan Yus :oops:

    Menggugurkan janin itu harus apabila kandungan itu mengancam nyawa ibu, contohnya bagi kes kandungan diluar rahim yang boleh menyebabkan kematian kepada ibu.

    Biasanya untuk kes operasi pengguguran doktor boleh bagi mc atau pesakit boleh minta mc…

    Untuk tahu kesuburan dan sama ada boleh hamil lagi atau tidak, seeloknya Yus buat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

    Untuk dapatkan rahim yang kekal sihat, amalkan gaya hidup dan diet yang sihat

  3. nilli

    a’kum
    saya baru jer melakukan penguguran dimana kandungan saya baru masuk minggu ke-2 adakah pantang larang sama seperti bersalin

  4. hanani

    sal makanan ikan tuh..napa ikan selar je eh?
    ikan lain tak bole ye?

  5. Faz

    salam nilli,

    seeloknya cuba la pantang sikit

    Hanani,
    ikan selar tak gatal… kalau ikan keli, ikan tongkol ker gatal plak nanti


  6. sy telah megalami keguguran… sy keguguran waktu subuh dalam jam 5.30 a.m dan sy masi mampu pergi ke tmpt kerja pada jam 8.00 adakah sy mesti berpantang selama 44 hari sedang kan sy mampu untk melaku kan seua perkerjan sy sebagai seorng isteri d rumah mahu pun d tmpt kerja tolang la beri tunjuk ajar pada saya………

  7. asma

    genab 3bln sy keguguran,anak pertama dah 6 thn,tidak merancang,tapi tiada rezeki.blhkah pantang sebullan saja, :neutral: :shock:

  8. Faz

    Hi Bibiey,

    kalau tak nak pantang 44 hari pun, at least cuba lah dalam 2 minggi. Apa-apa pun sebenarnya terpulang kepada individu…

  9. ieyz

    salam,

    untuk pengetahuan akak,saya baru saja mngalami keguguran seminggu yang lepas.baby di dalam kandungan sudah berusia 5 minggu iaitu sebulan lebih.saya nak tak adakah pantang larang sama dengan orang yang bersalin.selain itu,bolehkah saya melakukan hubungan seks dengan suami seperti biasa?

  10. Faz

    Salam Ieyz,

    Soalan no. 1 – jawapannya dah ada diatas sana

    Soalan 2 – seeloknya elakkan hubungan seks selama 2 minggu. Lepas tu, terpulanglah ye…


  11. sy baru jer melakukan penguguran saya mengugur kan dengan memakan ubat… kandungan sy mencecah hampir lima 5 bulan di sini saya ingin bertanya ada kah kesan2x bg sy kerna melakukan penguguran, kerna sy tidak ada pergi ke hospital? saya hanya memakan ubat cuci…
    dan lg 1 sy ingin bertanya selepas seminggu lebih blh ka sy memakan ubat perancang semula??? tolang beri tunjuk ajar kepada saya
    :cry:

  12. anasida

    4 hari lepas saya melakukan d&c kerana ada lebihan selepas keguguran. selepas d&c saya rasa badan saya lemah dan sejuk. tetapi bila suami saya pegang tangan saya dia kata normal. adakah keadaan ini normal? ini adalah keguguran yang ketiga saya alami dan merupakan kandungan yang ke 4. :cry:


  13. saya disah kan mengandung luar rahim dan tiup rahim kiri dipotong kerna pecah dan pendarahan berlaku.akibatnya janin dan tiup kiri saya di bedah pada hari sabtu lepas.ini kehamilan saya yg pertama kali selepas 5 tahun berkhwin.sedih tetapi saya reda.
    dr kata ovari saya ke2nya bengkah.rahim saya tak sihat.kemungkinan menggandung luar rahim mungkin berlaku lagi.
    apa perlu saya makan dan buat.perasaan saya skrg kosong.

  14. Faz

    Salam Anasida,

    Biasanya rasa seram sejuk tu memang biasa berlaku bagi mereka yang lepas bersalin. Malahan bagi sesetengah mereka yang sedang period pun ada yang badan terasa seram sejuk.

    Sebaiknya cuba bertungku dan ambil supplement / ubat untuk kesihatan dalaman

  15. Faz

    Salam Puan Laili,

    Saya bersimpati dengan apa yang berlaku pada puan. Tapi sebaiknya puan jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. saya doakan termakbul doa puan untuk menimang cahaya mata.

    Dan yang penting jug jangan lupa berikhtiar dan cuba dapatkan cara alternatif melalui kaedah rawatan moden dan traditional

  16. ina

    Salam…saya juga telah mengalami keguguran ketika usia kandungan 11 minggu.Saya telah berpantang,bertungku…orang beritahu saya perlu berpantang selama 44 hari dari segi pemakanan dan kerja2 berat. Orang juga berpesan jangan lalu dibawah pokok cermai dan munggai…saya ikut ajer yang penting saya sihat..tapi satu soalan..bolehkah kita melakukan hubungan kelamin setelah 2 minggu berpantang(setelah darah sudah kering) saya juga nak tahu berapa lama tempuh keguguran ini ye…sebab kalau bersalin darah nifaz keluar dan tempuh berpantang 44 hari..perlukah saya berbarut atau berbengkung seperti orang bersalin? :???: :roll: Harap sudi tolong saya…

  17. mien

    hai, saya nak tanye lepas mengalami proses keguguran yang berusia 5bulan, adakah saya perlu untuk membuat proses cuci rahim. saya mengalami proses kegguran sama seperti mereka yang bersalin di mana bayi gugur bersama-sama dengan uri nya.

  18. Faz

    Salam Ina,

    Kalau darah nifas dah kering (confirm dah kering lah..) boleh saja untuk hubungan kelamin. Tak ada masalah..
    bengkung nak pakai boleh, tak nak pakai pun tak apa kalau perut tak besar lagi. Tapi kalau perut bergoyang dan tak selesa, sebaiknya cuba pakai bengkung.

    Salam puan mien,
    sebaiknya puan buat pemeriksaan lanjut dan dapatkan nasihat doktor sama ada perlu atau tidak proses cuci rahim


  19. just nk tnya sy br keguguran…tp nape still sakit lg darah pn byk lg keluar..sy x mkn pe2 ubt la cuma berpantang je la

  20. Faz

    salam June,

    Itu darah nifas… tapi untuk kepastian lebih baik jumpa doktor dan buat pemeriksaan lanjut.

  21. fee

    saya telah mengugurkan kandungan saya pada usia kandungan sy 10 minggu, berapa lama darah akan terus keluar kerana darah tersebut keluar sudah hampir 2 minggu.?dan ini pengalaman pertama dan sy tidak berpantang adakah memberi kesan kepada saya untuk kandungan yang seterusnya.dan pada keesokan hari tersebut sy telah melakukan beberapa kerja berat dan menyebabkan pinggang dan perut sy sakit. dalam pada masa yg sama , saya mengalami gangguan emosi dimana sy masih teringat akan kandungan sy dan kerap menangis kerana kekesalan.Apakah langkah yg perlu saya lakukan dan tidak memberikan kesan kepada sy.

  22. su

    Salam..
    Saya baru jer lepas keguguradalm 3 hari…lepas tu suami ajak ringan2 hingga klimaks…apakah implikasinya jika benda ini berterusan..adakah ia akan merosakkan rahim saya? minta pandangan dari puan ..

  23. waniey

    kak faz,sya bruw saja kguguran.ini adalah kandungn pertama saya.rahim saya telah dicuci dan diberi mc selama 5 hari.saya sgt terkilan dengan keguguran ini.saya sbenarnya tidak mengetahui saya mengandung.kguguran saya dalam usia 3-4 minggu.saya perlu berpantang bagaimana?kerana saya tinggal jauh dari suami dan keluarga kerana saya masih belajar.

  24. Faz

    Salam Waniey,

    Akak bersimpati atas apa yang berlaku.

    Waniey boleh ikut tips diatas untuk penjagaan diri selepas keguguran ye..

  25. Faz

    Salam Fee,

    Sebaiknya cuba dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik berhampiran untuk pastikan semuanya okey

    Bagi gangguan emosi pula, banyakkan beristighafar dan berselawat. Jika menggugurkan kandungan itu adalah atas sebab kesihatan (contohnya mengandung luar rahim), ianya tidak berdosa. Fee tak perlu rasa bersalah.

    Tapi jika ianya adalah atas sebab2 peribadi, agak sukarlah untuk akak komen disini..

  26. Faz

    Salam Su,

    Susahnya nak komen untuk yang ni. Ringan2 kat luar aje tak pe lah…

    Kalau sebaliknya, cuba lah elakkan untuk sementara waktu. Rahim kita perlukan masa untuk sembuh. Badan kita pun perlukan masa untuk kuat semula.

  27. fateha

    salam… saya baru keguguran pada 28/01/2010…. doc ckp rahim da bersih so xperlu cuci… doc ckp usia kandungan sy mayb dlm 2bln or less. dlm 2mggu pas gugur mcm tu….sy telah melakukan hubungan dengan suami… itupun pas dlm 2 hari darah da tiada… tp skg sy takut coz org ckp kena berpantang n lau xberpantang t kuman msk dlm bdn n ble menyebabkan kematian… so apa perlu sy lakukan??? saya takut….

  28. Idlan

    salam,

    kami baru mendirikan rumah tangga selama setahun dan isteri saya baru keguguran anak pertama.isteri saya mendapati dia keguguran apabila pergi ke klinik untuk mnedapatkan pregnancy test.doktor mengesahkan dia baru sahaja keguguran(2-3 hari sebelum berjumpa doktor) jumpa doktor pada 9 feb 2010.

    soalan saya,

    1)adakah rawatan ”cuci” rahim dilakukan seminggu sekali dan tempoh rawatan sebanyak 5 kali??(seperti diberitahu oleh doktor)

    2)adakah fizikal isteri kembali normal seprti biasa(perut,payudara,pinggul,punggung)??

    3)isteri selalu mengadu sakit2 perot sepanjang tempoh mengandung.adakah kesan biasa?

    4)doktor mengesahkan isteri baru mengandung selama 4 minggu,adakah terdapat janin dalam perut isteri?

    p/s: diharap dapat berkongsi sedikit tips dan nasihat kerana kami masih baru lagi dalam perkahwinan dan kurangnya pengetahuan.maaf jika soalan saya melampaui batas kata.terima kasih.

  29. ana

    as salam..

    sya baru pas mglami keguguran bayi ptama, sya nak tny selepas keguguran masi terdpt ka susu dalam badan?? krn buah dada sya masi mengluarkn cecair puti tp sya x pasti adaka ianya susu atau sebaliknye. tQ.

  30. fyd

    Salam..saya baru saja mengugurkan kandungan saya yg lebih kurang 3 bulan dengan hnya memakan ubat.bagaiman hendak memastikan kandungn saya itu telah gugur dan apa yg perlu saya buat setelah keguguran?saya tidak pernah pergi berjumpa dengan mana2 doktor.

  31. Faz

    Salam Idlan,

    Jawapan kepada soalan :

    1. Rawatan cuci rahim biasanya ikut keadaan juga.. biasanya doktor decide lepas buat pemeriksaan pada rahim pesakit. Ada yang tak payah cuci rahim walaupun keguguran sebab tiada yang tertinggal lagi didalam

    2. Yang part fizikal ni bergantung kepada individu. Kalau rajjin jaga.. insya allah boleh dapat balik pre-pregnancy shape

    3. Sakit perut macam mana tu…? sebaiknya jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut (sebelum keguguran tu la…)

    4. Biasanya kalau baru minggu hamil janin tu dalam bentuk telur saja.

    kak faz

  32. Faz

    Assalam Ana,

    Nanti hilang le cecair tu.. itu adalah normal bagi wanita hamil untuk keluarkan cecair di bahagian breast masa pregnant sebagai persediaan untuk penyusuan susu ibu bila bayi lahir nanti.

    Susu hanya akan dikeluarkan oleh badan apabila dirangsang melalui hisapan bayi atau pam susu.

  33. Faz

    Hi Fyd,

    1. Cuba pergi buat pemeriksaan di klinik

    2. Alternatif lain, cuba minta bidan rasa perut

    3. Kalau tak nak gak… tengok je lah lagi 2 ke 3 bulan perut makin besar atau tak…

  34. sarah ahmad

    salam..hai kak..
    Alhamdulillah jumpe blog ni..
    saya baru pas keguguran pada 3 march haritu..
    just nak confirm perlu x minum air akar kayu? saya ada minum air halia dan air kunyit tp x pasti untuk tempoh bape lame..
    kak,ada produk sendayu tinggi untuk pengecutan rahim tu..sesuai x?takutla if ade ape2 side effect..
    hehe..mohon akak balas ye..
    meacih n have a nice day=)

  35. Faz

    wslm, hi Sarah

    Boleh je nak ambik air akar kayu sebab Sarah tak menyusukan anak..

    Tentang sendayu tinggi tu akak tak pasti sebab tak berkesempatan untuk baca produk info dan bahan kandungannya.

    Tapi kalau dah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia, insya allah selamat dan boleh diambil. :)

  36. nora

    kak saya telah keguguran sebanyak dua kali , kali pertama ketika kandungan berusia 16 minggu, kerana salah satu kembar saya tidak membesar dan satu lagi jantungnya telah berhenti. atas faktor keselamatan doktor telah menyarankan saya supaya melakukan D & C, tetapi kandungan saya telah gugur dengan sendirinya tetapi doktor tetap melakukan D & C terhadap saya. Kali kedua ketika kandungan berusia 14 minggu alasan yang diberi oleh doktor ketika itu rahim saya masih lagi tidak kuat kerana saya hamil kembar lagi dan jarak kehamilan yang dekat iaitu 4 bulan selepas keguguran pertama. Persoalannya adakah saya berisiko untuk keguguran lagi,serta adakah saya berisiko untuk hamil kembar lagi kerana saya datang dari keluarga kembar dan adakah kerana saya telah melakukan 2 kali D & C telah menyebabkan saya sukar hamil lagi.

    Terima kasih.

  37. liza

    Kak Faz,

    TQ untuk info yang akak share di sini… Saya baru sahaja mengetahui saya mengandung sebulan tetapi kandungan saya bermasalah dimana hanya sarungnya sahaja kelihatan dan doktor mengatakan saya akan mengalami keguguran…. saya berjumpa dua doktor untuk memastikan keadaan ini…. doktor yang pertama suruh buat dnc kerana takut infection pada rahim… tetapi doktor yang kedua pula tidak mencadangkan dnc sebaliknya suruh saya menunggu ianya gugur sendiri…. Macammana ye kak? Saya buntu x tau nak tanya pendapat sape… saya ni yatim piatu n mak mentua pun baru je takde..

  38. syima

    hye kak faz…
    saya baru mlahirkan ank pertama pada 28 oktober 2009…melalui cesarean….
    dan saya baru saje kegguran anak kedua pada 8 mac 2010…
    mula2 saya tak tahu yang saya pregnant..
    sampai la g check kt hspital..
    3 ari lepas saya check,saya ada bersama husband…
    petang tu,darah start kuar sikit2…
    2 hari lepas darah kuar sikit2,darah mengalir sampai ke kaki..
    bile saya g hspital, doktor ckp saya kegguran..
    tak payah cuci…
    lepas balik hspital, perut saya saya masih lagi sakit dan makin sakit…
    darah dah tak ada..rasa loya nk muntah tu masih lagi ada…

    soalan:
    1) adakah saya keguguran disebabkan saya pernah cesarean dan baru melahirkan anak atau disebabkan saya bersama husbnd?
    2) apakah sebab perut saya masih lagi sakit dan semakin sakit dan ada rasa loya?
    3) apakah perancang yang sesuai bg saya yang mana baru sahaja mengalami keguguran?
    4) adakah saya akn dijangkiti apa2 penyakit yg berkaitan kerana mengandung terlalu cepat dan keguguran?

    saya harap kak faz boleh bantu saya yang masih lagi di lema….

  39. mie

    19.03.2010 baru abortion 1st bb…tinggal pl bjauhan ngan suami tp pas 5 ari keguguran suami ajak seks time 2 mmg xkuar darah da tp pas seks kuar sedikit darah mcm 2 la seterusnya ketika wat seks…kenapa ekk???adakah membahayakan kesihatan???

  40. Faz

    Nora,

    1. Kemungkinan untuk bersalin kembar tetap ada jika dalam keluarag sudah ada sejarah kelahiran kembar tapi tak semestinya setiap kali pregnant mesti kembar. Mungkin ada antara pregnancy tu yang tak kembar. Tapi semua tu Allah yang tentukan….

    2. Tentang sama ada sukar hamil atau tidak bergantung kepada tahap kesuburan rahim Nora. Sebaiknya Nora berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Liza,
    Sebaiknya cuba jumpa doktor pakar sakit puan dan perbidanan untuk nasihat dan pemeriksaan lanjut. Atau minta pendapat dari doktor ke 3 (mesti jumpa pakar perbidanan dan sakit puan ye…)

    Syima,
    1. Ada banyak sebab terjadinya keguguran. Untuk info lanjut sila baca di link berikut >> http://www.pregnancyloss.info/causes.htm

    2. Kita tak tahu apakah masalah sebenar sehingga syima sakit perut selepaas keguguran. Sebaiknya berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan lajut.

    3. Perancang yang sesuai – saya sangat menyokong perancang semulajadi tetapi tak semua ingin atay oleh melakukannya. Alternatif lain ialah ambil pil perancang, IUI ,syuntikan dan implan. Untuk pilih yang mana satu, sebaiknya jumpa doktor untuk info dan penerangan lebih terperinci sebelum membuat keputusan ye…

    4. Insya allah tak ada jangkita kuman sebab Syima bersama uami selepas habis tempoh berpantang 44 hari.. Tapi kalau rasa sakit di mana-mana bahagian perut, jumpa lah doktor dan lakukan pemeriksaan.

    Mie – 5 hari lepas abortion rahim belum sembuh lagi. Sebaiknya elakkan seks untuk tempoh 2 minggu selepas abortion sebab dalam tempoh ni darah nifas masih ada. Bila darah nifas masih ada, dalam Islam HUKUMNYA HARAM untuk bersama suami dan membahayakan kesihatan rahim anda sebab rahim anda belum sembuh.

  41. iena

    salam kak faz
    saya baru seminggu keguguran ank kedua .usia kandungan saya waktu tu baru 7 minggu.Dr. x cuci pun sebab darah keluar semua.tapi dr. ada bg suntikan utk bg rahim kecut. kesan nya peha dan betis saya berasa lenguh2 sampai sekarang. nape jadi mcm tu . terima kase

  42. sueraya

    salam..sy sue bru kguguran 2 mgu yg lepas..sya nk yta ada kesan pape x selepas sya bjlan byk n mcuci pakaian smbil btinggung..sya tkut ada ksan pape…pas 2mgu sya gugur sya ada kuar bndar bli brng.. :sad:

  43. nanie

    salam…saya keguguran untuk kali yang ketiga.sama macam kes Liza…Dr pertama kate perlu d&c dr yang ke2 kate tak payah..sebab dia akan keluar sendiri.dua2 pun dr O&G.skrang ni dah masuk 3 minggu sesekali ade lah keluar darah.tapi dr kate tu adelah darah daripada janin yang gugur.tapi saya tiap2 minggu pergi check up wat follow up.tiap2 minggu pegi..minggu lepas makin kecik 4mm.dr just bagi antibiotik tak nak bagi infection

  44. syah

    salam…
    sy baru saja keguguran anak pertama pada 10/04/2010,sy ada berjumpa dngn doktor dan doktor menyesahkan sy keguguran,doktor tak cuci sebab doktor cakap tak ada yg tertinggal dan hanya memberi suntikan pada paha..apakah pantang lepas bersalin dan bila kan masa yg sesuai untuk melalukkan hubungan seks?

  45. zunar

    salam …
    Saya adalah ibu kepada empat org hero2,yg bongsu 4 thn lbh plan memang nak pregnant apa2 pum nak cuba jugak nak dapatkan girl seorg…Pada mulanya sy x tahu mengandung,sebelum ini ad ke klinik untuk check 2 bln x dtn periot so negatif selepas smggu sy periot dan bulan seterusnya seperti biasa tapi siket2 colour coklat muda selama 2 mggu…minggu ke 3 sy sakit kat perut teramat2 sangat memulas dgn tekaman kat ari2 terasa nak beraklh,sy rasa x boleh nak jalan dan buat kerja rumah so sy telan ubt tahan sakit dan antibiotik…pada pg esok sy kencing terdpt darah pekat ketul2 dgn urat2 dan ad mcm biji kacang keluar barulh saya sedar rupanya keguguran.masalahnya sampai sekarang sakitnya masih terasa kat peranakan dan selalu rasa nak buang air besar serta sakit bila berak .sy juga ke bidan kg utk rasa perut d kata peranakan sy timbul ….hingga ari ne darah masih lg ada kali ini warna hitam pekat kira2 kat sebln dah @ munkin kerana pemakanan sy tdk pantang sgt. :???:

  46. Mimi

    Salam,

    Saya baru kegururan 6 hari yg lepas kandungan saya sudah 11minggu..dan telah mendapatkan rawatan di hospital.sy diberi Mc 2 hari dan kembali bekerja selepas itu..bila sy banyak bergerak akan terasa sakit pada rahim sy..sy cuma mkn bubur ayam dan minum coffee sbg makanan harian..pada hari 1 keguguran sy telah bersama dgn suami pada mlm nya..adakah akan memberi apa2 kesan pada diri sy..

  47. zunar

    Salam…
    Saya baru je keguguran 2 minggu lps,masalahnya sudah 4 minggu darah kotor masih lg ada…sekarang ne warna hitam pekat.Pd miggu 1 & 2 warna koko dan minggu ke 3 barulh ketul2 beserta dgn urat2…saya jadi muskil adakah darah penyakit atau kesan keguguran akibat drpd pmakanan sy kurang berpatang…

  48. mim

    sy br keguguran 1 april 2010 yg lalu.sy tak berpantang.5 april sy ada bersama suami.skrg 17 april sy rasa xsedap badan dan muntah.adakah sy boleh hamil lg selepas gugur dan belum period lg pun.period sy yg normal selalunya dlm tarikh 21 hb lebih kurang setiap bln.adakah sy mengandung?

  49. ummi muiz

    Salam..saya baru mengalami keguguran 3minggu yg lepas..Allah permudahkan ‘cara’ penguguran saya.Saya tidak merasa sakit langsung masa gugur. Rasa sedih tu memang ade, sebab saya memang ingin menambah zuriat yg kedua. Tetapi Allah telah merancang perjalanan hidup saya. Untuk pengetahuan puan, ini adalah kali pertama saya mengalami keguguran. Soal penjagaan selepas gugur, sama seperti semasa pantang selepas bersalin. Ibu saya menjaga betul cara saya berpantang, pakai stokin..param & pilis, mandi air rempah & herba panas2 suam..saya ikut. Sebab saya fikir badan nak pakai lama..he3..Masalah saya, berapa lama tempoh berpantang bagi orang bersalin. Ibu saya kata kalau ikut orang jawa, 35hari. Tapi bila saya baca blog akak, hanya 20hari..Mana satu yang betul yer? Untuk pengetahuan puan, darah saya sudah tiada lagi. Selepas d&c darah saya kering, just keluar coklat2 sedikit demi sedikit. Bila saya tanyer kengkawan tu still darah nifas lagi. Musykil saya dibuatnyer. Adakah bila sudah bersih (takde coklat2) boleh mandi wajib? Selepas adakah darah haid akan keluar normal? Berapa lama saya boleh mengandung lagi?? TOlong jawab ye puan … :lol:


  50. salam..kak saya baru pregnant 2 bulan..tpi knp bdn saya mcm nk dtg piod jew..rasa sakit kat blkg,sakiy kat faraj,perut kejang,tmbuh jerawat n masa bulan pertama saya pregnant saya mengalami pendarahan yg ckt sje..saya cnfse samaada saya pregnant @TIDAK..SBB SYA TDK MGLAMI PNDRHN..dan yg mmbuat sy pelik lg perut sy sdh x dpt mrasai grakkan janin..sdgkn mula 2 ari 2sy rasa dnyutan nya..tlg ya kak slsaikan msalah sy

  51. N'je!

    3.5.2010 pas lik keje, i jumpa accident, ketar badan drive.4-7,5,2010 dok GH melaka 8.5.10 doct. kata keguguran-1 hari sedih sesangat walaupun kandungan ke4.Doctor O&G GH melaka dan nurse2 wad A1 banyak membantu terutama Sister Kamariah & DR Ariri.I rindukan sgt janin tersebut.9.5.10 doct buat D&C. Sampai hari ni tiap kali tido I mudah terkejut-I sedih sgt2. Bab bpantang, suami & 3 anak banyak bantu walaupun mereka masih kecil. I nak tanya apa ubat perlu I makan untuk pulih? Perlu Bengkung tak?


  52. Errmm… puan dah mengandung berapa bulan waktu keguguran tu?

    Kalau perut dah agak besar mungkin perlu berbengkung untuk support perut. Set bersalin – puan boleh ambil kacip fatimah dan rebusan akar kayu. Yang bab rebusan akar kayu tu puan boleh tanya kat bidan dang tukang urut ye.

    Tapi ramai juga yang macam rambo bila lepas keguguran. Buat macam biasa dan tak ambil apa-apa ubat.


  53. Wslm,

    Puan, jika baru 2 bulan pregnant, janin tak boleh bergerak lagi. Janin akan mula bergerak dalam rahim bermula dari 13 minggu ke atas.

    Saya tak pasti pula pergerakan yang macam mana yang puan rasa tu. Untuk kepastian, seeloknya puan buat pemeriksaan lanjut di klinik / hospital.

    Untuk info lanjut, puan boleh baca kat link ni ye >> http://www.articlesbase.com/health-articles/pregnancy-week-by-week-progress-74615.html


  54. Wslm,

    Takziaha atas keguguran yang puan alami. At the same time, tahniah sebab berjaya melakukan penjagaan yang baik selama 35 hari.

    Untuk tempoh penjagaan lepas keguguran, seeloknya 20 hari ke atas. Puan buat 35 hari – itu sebenarnya lebih baik. Kalau nak extend sampai 44 hari pun boleh juga.

    Tentang darah nifas, bila confirm dah tak ada keluar coklat lagi, boleh lah mandi wajib.

    Tentang soal bila boleh emngandung lagi, ia bergantung kepada tahap kesuburan puan dan proses ovulasi sebab setiap individu mempunyai kitaran ovulasi yang berbeza.. Jika dah datang haid, puan boleh mula merancang untuk mengandung lagi.


  55. Untuk tahu puan dah mengandung atau tidak, sila buat pemeriksaan di klinik atau beli pregnancy tester di farmasi dan test air kecing puan.

    Err… darah nifas dah tak ada ke masa puan bersama suami tu? Sebab masih baru sangat. Jika belum kering, sebaiknya elakkan dari bersama suami sebab hukumnya HARAM disisi agama islam.


  56. Wslm,

    Saya cadangkan puan buat pemeriksaan lanjut di klinik aje.


  57. Puan, bab bersama suami ni rasanya tak perlu lah saya jawab lagi sebab dah jelas sangat hukumnya disisi agama.

    Tentang penjagaan pemakanan tu, seeloknya puan ambil supplement untuk seimbangkan diet puan. Saya cadangkan puan juga ambil kacip fatimah untuk rawatan dalaman.


  58. Wslm,

    Soalan saya, kenapa bila sakit perut puan ambil antibiotik? Adakah antibiotik tu doktor yang berikan untuk sakit perut?


  59. wslm,

    Hubungan dengan suami boleh dilakukan bila darah dan betul2 tak ada. bab pantang, sila baca tips diatas ye.


  60. Wslm,

    Puan, bab cuci kain tu kalau boleh elakkan dari bertinggung. saya cadangkan puan beli kerusi kecil untuk duduk sewaktu basuh kain.

    Tak de masalah keluar beli barang tu jika puan sihat, asalakan tak angkat barang yang berat. Kandungan puan berapa bulan masa keguguran tu?


  61. Saya cadangkan puan mandi dengan air suam dan jumpa bidan untuk rawatan mengurut. Lenguh-lenguh tu biasanya angin dan urat bersimpul.

  62. ika

    salam…
    sy nk tny sy bwu lepas kggrn…darah nifas selalu berlaku bpe ari..

  63. ayu

    salam puan..
    sy ada sedikit pertanyaan..sy br keguguran selepas mengandung 14 minggu.Dr telah cuci kandungan sy..tetapi darah yg keluar tak banyak cuma 2 hari sahaja..sy ada juga berpantang..tetapi sy masih sakit perut dan sakit pingang..Dr hanya bekalkan ubat postant sj..dn bila sakit sy hanya mkn ubat itu sahaja..bolehkah??? persoalan pertama bolehkah sy makan jamu??jamu apakah yg sesuai kerana sy tidak mempunyai pergalaman kerana pertama kali mengandung dan gugur.
    persoalan ke-2..selepas itu suami ajak berhubungan seks tetapi sy tidak berani kerana takut ada effect…tetapi skg darah tidak turun mcm mana tu??

    thankz a lot..

  64. Mimie

    Salam kak faz..
    20th May 2010 sy pegi jmp dgn doctor sbb sy tidak dtg period selama sebulan setengah..
    doctor memberi tahu bahawa sy di sah kan mgndg 100%..pada 22th May 2010 sy sedang bekeja sy mengalami ketulan darah yg keluar dr kemaluan sy..sy tidak tahu apa yg perlu sy bt..
    kak faz ape yg harus saya lakukan?? sbb sy br sahaja berkahwen..dan tidak tahu apa2 tentang ni..
    kak faz tlg beri tips2 penjagaan slpas keguguran..tlg sy..terima kasih..

  65. ayu

    salam puan
    sselepas sy gugur 14 minggu then selepas 2 hari br saya sedar yg saya ada susu badan…apa perlu sy buat??buah dada sy mula membengkak dan sakit…perlukah sy perah n buang susu itu???

    terima kasih..

  66. apple

    pda 29 april 2010 lalu sya mgalami kguguran.pda wktu itu kndungan sya brusia 6 minggu 4 ari.sya mgalami pndrahan yg x henti2 shgga hari ini (24 mei 2010).soalan sya,

    1. adakah ini normal berlaku slepas kguguran?
    2. bolehkah saya mndirikan solat?
    3. bilakah period saya akan kmbali normal?

  67. nur

    kak…
    nak tanya ni…sy baru keguguran 3 minggu lepas…masa 2 kandungan baru 5 minggu..sy xberpantang sgt…cuma sy elak minum ais n makanan sejuk..yang lain sy bantai jer…tp yang merunsingkan rasa sakit kat ari2 semalam…cam sakit pas cuci rahim..sy betul2 takut da kesan sampingan kerana xpantang…leh akak bg komen sket?

  68. ainurhumairah

    salam kak faz..
    sy baru lepas keguguran dan kandungan sudah masuk 6 minggu…saya memang tak berpantang sebab tak tahu petua dan caranya…soalan saya..apakah kesan sampingan sekiranya kita xberpantang selepas keguguran??boleh ke pakai bengkung pas gugur???tolongla saya sebab sy tak tau pe2 n ni baru kali pertama saya mengandung…parents plak duk jauh

  69. hanim

    Salam kak Faz,
    Cerita saya pun lebih kurang sama dgn ainur, sy br lepas cuci peranakan time tu kandungan dah 6 minggu, sy tak tau cara berpantang sy cuma elak minum ais, elak makan makanan yg biasa diamanakn .. sy just makan nasi putih n sup sayur n ikan bilis jer.. tapi setiap kali sy makan belah ptg tu mesti perut saya sakit sgt2 , ari2 sakit sgt sampai susah nak bernafas, sy rasa bdn sy sampai nak mengejang sbb terlampau sakit … apa yg sy kena buat yer kak.. ni 1st time sy mengalami .. dan sy dah jadi takut nak makan sbb sy risau setiap kali sy makan keadaan sy akan jadi macam tu … apa nasihat akak untuk sy kak? sy benarkan perlukan nasihat dr akak dan teman2 yg berpengalaman ..

  70. din

    assalamualaikum..akak sya nk tnye skit,sye ada sowag gf yg brumur 18..dri dlu lg kmi brcnte jarak jauh,mslhnye skunk ni,die telah hamil..die hamil pn disebabkan dirogol..tp die malu n rahsiakan smuanya dri sya..sejak die mule muntah n x dtag period,sy bwk brjumpa doktor n die tlh dsahkan mngadung 3 bulan..sye ingin brtnye..boleh x klau dgugurkan kangdungannye itu??adakah brdosa?? rmai yg kte xboleh tp die tlah dirogol, so sye nk tnye pndpt dri akak la..n lgi 1 cmne nak gugurkan kngdungan brusia 3 bln?? sye ada tnye dktor tp dktor ckp bleh mnyebabkan kematian..sye da x taw nk wtpe lg..sy sggp trme die lg,tp sye xsggp trme bby dlm kandungan die tu… :cry:

  71. mama

    saya nak tanya…macam mane cara dktor cuci perut selepas seseorang keguguran..?
    sy perlukan jawapan secepat mungkin
    terima kasih

  72. joy

    salam,

    saya nak tanya….. saya sudah keguguran 2 tahun lepas. di sini saya mahu tanya kenapa sehingga kini saya tak hamil-hamil lagi, lagi 1 kenapa perut saya selalu rasa ngilu,sengal2.apakah sebabnya tu? tlg saya

  73. mummy

    assalamualaikum

    kak saya pernah keguguran pada kandungan yang ptama pada 28/09/08,usia kandungan saya masa tu 11 minggu. di sini saya mahu tanya, kenapa sehinga ini perut saya selalu rasa ngilu, rasa mcm kejang. saya sudah pun jmpa doktor, tp doc tu kata saya tiada masalah untuk hamil, tp kenapa hingga kini saya tidak hamil lg, di sini juga saya mahu tanya, tidak mengapa ka kalau saya selalu berurut? saya selalu berurut sbb perut saya selalu sakit. adaah peluang saya cerah untuk mengandung lg? :razz:

  74. faz

    salam kak
    saya nak bertanya
    saya baru sahaja lepas keguguran..selepas 5 bulan mengandung
    adakah saya perlu berpantang sama sperti org lepas bersalin..??

    apa yg boleh saya buat kerana saya x tahu apapa mengenai pantang lepas bersalin
    saya juga mengalami bengkak susu kerana payudara saya keras dan membengkak
    tetapi tiada bayi untuk disusukan.

    harap boleh membantu… :cry:

  75. syima

    salam…
    kak, sye bru lepas 2minggu keguguran pada usia kandungan 7minggu…selepas 1 hari sye keguguran sye melakukan hubungan kelamin dgn suami…tp darah time tu x byk…kemudian selang 2hari keluar lagi darah…sampai la skrg sye masih lg keluar darah berselang2 hari…

    1. adakah ia normal bg wanita yg baru lepas keguguran??

    2. 2, 3 hari lepas saya ade rasa nk muntah, agaknya kenapa saya rase mcm tu??

    3. semasa saya mengandung buah dada membengkak. selepas keguguran, adakah ia akan kembali normal??

  76. enna

    Salam

    Saya baru jer di sahkan keguguran janin berusia 2 bulan pada 12.6.2010, padahal masa tu kandungan saya sudah berusia 3 bulan, maksudnya ia berada lama dalam rahim barulah ia keluar ketika saya kencing pagi itu. masalahnye sebelum keguguran saya turun darah berwarna coklat dalam seminggu barulah di ikuti darah pekat hampir sebulan.

    Sepanjang tempoh itu saya tidak pernah mengalami kesakitan sehingga keluarnya ketulan yang mengesahkan saya gugur. Selama sebulan saya turun darah tersebut saya ada ke hospital dan selepas scan doktor memberitahu kemungkinan saya gugur kerana di dalam rahim sudah kosong, tapi tiada tindakan yang dilakukan melainkan menyuruh saya balik.

    * Kenapa doktor tak dapat melihat ketulan tersebut, sedangkan telah di scan mengikut jalan atas n bawah?

    * Dalam masa penurunan darah selama sebulan saya tidak berpantang apa2 kerana keguguran itu masih tidak sah, dan air kencing saya masih positif sehingga tarikh tersebut.
    Adakah rahim saya akan mengalami komplikasi kerana tidak berpantang?

    * Mengapa saya tidak merasa sakit langsung sepanjang dan masa keguguran tersebut?

    * Buat pengetahuan akak air kencing, darah dan ketulan itu langsung tidak berbau busuk :???:

  77. azie

    salam..

    kak, sya br keguguran pada 23 mei 2010…slepas gugur dua hr susu kuar…
    31 mei sy ada bersama suami..smp hr ni 25 jun 2010 sy blum dtg period lagi..adakah sya boleh hamil lg selepas gugur..ada kah sya mengandung…tlong selesai kan mslh sy..

    :cry:

  78. dienna

    salam ukhwah…

    kesempatan disini digunakan untuk berkongsi pengalaman. Sy ada 3 anak lelaki. Setelah berehat selama 9 thn, saya hamil 8 mgg. Cukup tempoh 7 hari turun darah, janin keluar dan melekat atas pad. Saya sedar ketika nak ke toilet. Maknanya mgkn dalam tidur sbb mlm tu saya sakit perut memulas2. Jumpa doc kerajaan, confirm janin. Jmpa doc lain lak untuk scan, untuk pastikan tiada lg yang tertinggal.Ada selaput lg dan saya kena buat ERPOC (cuci). Saya kena puasa mlm tu untuk wat operate esoknya. 27 june 2010 – Saya dibius, alhamdulillah, sume selamat djalankan. Saya cuma rasa sembelit lps operate. Doc bg obat sembelit. Dapat cuti 2 mgg. (staff kerajaan)Saya berpantang skarang dan harap2 sampai 44 hari pantang makanan sejuk2. Kita amat memerlukan sokongan suami dalam hal ini. Alhamdulillah suami amat memahami dan kami akan meneruskan niat utk dpt bby girl dalam tempoh 3 atau 6 bln. Itu nasihat doc.Saya amat bersimpati pada kawan2 yang kena cucuk peha dan doc x wat apa2 bila detect keguguran. Saya amat simpati. Cuma saya harap, beranikan diri untuk membuat pemeriksaan doc dan pap smear. Organ dalam kita x tau macamana. Saya berdoa agar saya terus kekal sihat dan dapat bekerja semula.
    Kawan ada syorkan produk DCL- Bidadari. Saya nak cuba. Wat pulihkan rahim.Semoga ibu2 di luar sana terus kekal sihat. Redha apa yang tiada. Bertawakkal selalu dan kuatkan semangat!


  79. Wslm Puan,

    Terima kasih atas perkongsian dan nasihat yang puan berikan. Saya doakan puan berjaya menimang cahaya mata lagi nanti :D

    Fazidah


  80. Wslm,

    Saya cadangkan puan buat ujian kehamilan untuk pastikan puan hamil atau tidak


  81. Wslm Puan,

    Untuk mendapatkan jawapan terbaik bagi kesemua soalan puan ni, sebaiknya puan berjumpa pakar sakit puan dan melakukan pemeriksaan lanjut termasuk scan sebab kita tak boleh nampak dari luar apa-apa masalah dibahaguian dalam badan kita


  82. Wslm,

    1. Bagi wanita keguguran memang ada keluar darah tapi lain orang lain lah tempoh dan berapa lama darah tu keluar. Doktor ada cuci tak rahim puan lepas keguguran?
    2. rasa nak muntah dan pening tu disebabkan oleh berbagai faktor – sebab tak makan dan perut kosong atau mungkin sebab puan belum sembuh sepenuhnya
    3. Insya allah buah ada akan kembali normal. Biasanya bila hamil hormon akan bertukar. Tapi sebab puan dah gugur, ia akan kembali normal. Cuma perlu kan masa juga lah dan sebaiknya puan cuba berpantang dan ambil supplement


  83. wslm,

    Puan boleh ikut tips yang akak berikan diatas ye..

    nanti keras payu dara tu akan beransur-ansur hilang

  84. farrah

    as’kum.. semlm saya buat p’meriksaan dr, kandungan saya sudah mati didalam yg berukuran 6 minggu.tetapi yg sepatutnya 12 bln. soalan saya, apa akibatnye jika lambat cuci dlm tempoh 3 hingga 4 minggu? ;-)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>