Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Hari ini saya nak sharekan tentang persediaan wanita terutamanya sebelum hamil, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Antara perkara tersebut termasuklah diet, pemeriksaan kesihatan, senaman dan kesan merokok dan juga stress.
Pengambilan diet seimbang ialah amalan yang amat baik. DIET haruslah dipelbagaikan untuk menjadikannya lebih menarik.Sayur-sayuran hijau yang tinggi asid folik amat digalakkan.
Setiap wanita dicadangkan untuk mengambil suplemen asid folik sebanyak 0.5 miligram sehari selama beberapa bulan sebelum mengandung,ini adalah untuk mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (terutamanya spina bifida) terhadap bayi.Sebelum ini saya pernah sharekan info tentang pentingnya asid folik dan kesuburan, mungkin anda boleh lihat artikel ini juga .
Selepas sejarah riwayat pesakit diambil, PEMERIKSAAN seterusnya termasuklah pemeriksaan rahim. Pemeriksaan rahim wanita adalah tidak lengkap tanpa pemeriksaan faraj atau vagina. Pemeriksaan faraj ialah suatu perkara yang agak sensitif. Mungkin ada sebilangan kecil wanita yang malu untuk menjalani pemeriksaan ini tapi ia penting mengetahui saiz dan kedudukan rahim. Pemeriksaan juga untuk memastikan sama ada terdapat ketumbuhan di rahim atau ovari.
Pada masa yang sama ujian Pap smear biasanya akan dilakukan. Ujian Pap smear harus dilakukan setiap tahun selama tiga tahun berturut dan sekiranya keputusan normal, boleh dilakukan setiap tiga tahun.
Selain pemeriksaan faraj, wanita juga perlu menjalani ujian imbasan ultrabunyi pada abdomen. Tujuan ujian ini adalah untuk mengesan sama ada rahim wanita adalah normal atau terdapat ketumbuhan seperti endometriosis, fibroid dan sebagainya. Ia juga untuk mengetahui kedudukan rahim sama ada ke depan ( ‘anteverted ‘) atau ke belakang ( ‘retroverted ‘). Ujian imbasan ultrabunyi melalui faraj perlu dilakukan untuk mengetahui dengan lebih jelas pembesaran telur, ketebalan dinding rahim dan sebagainya.
SENAMAN ringan yang berkala amat digalakkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa senaman berat tidak patut dilakukan lebih daripada empat kali seminggu semasa kehamilan. Kajian juga menunjukkan senaman berat yang kerap (contohnya latihan atlet) boleh mempengaruhi kitaran haid dan kesuburan.
Ternyata ROKOK berkaitan dengan kesuburan dalam kalangan wanita. Anda sepatutnya mengetahui bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan anda dan bayi yang akan dikandung. Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah ketika hamil dan boleh mempengaruhi pertumbuhan bayi serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan di kalangan kanak-kanak. Hal ini termasuklah penyakit asma atau lelah, jangkitan kuman di paru-paru dan sebagainya.
Tiada bukti yang jelas tentang perkaitan antara STRESS dengan kesuburan kerana ada sesetengah wanita masih mampu hamil di saat yang paling stres dalam kehidupan mereka dan ada yang tidak kerana mungkin terdapat perubahan pada aktiviti seksual dan ovulasi mereka pada waktu itu.
Anda digalakkan berkongsi masalah dengan pasangan atau teman rapat. Ketahuilah perkongsian hidup bagi pasangan suami isteri bukan hanya sekadar berkongsi tempat tidur malah lebih daripada itu.
saya akhiri artikel saya kali ini…
Wasalam
Kak Faz
Persediaan Ibu Sebelum Kehamilan by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta