BLOG BENGKUNG MODEN

  • Home
  • About Us
  • Bengkung Moden
  • Cara Order
  • FAQ
  • Hubungi kami

December 10, 2008 by fazidah

10 Tips Menyusukan Bayi Di Tempat Awam

Hi semua :)

Musim sekolah begini pasti ramai ibu-ibu yang mengambil cuti kerja untuk membawa anak-anak berjalan dan balik kampung kan.

Walaupun begitu, bagi yang mempunyai bayi kecil dan masih lagi menyusu dengan susu ibu pasti menghadapi masalah untuk menyusu ditempat awam. Perasaan segan, malu dan kasihan pada anak yang menangis kelaparan silih berganti.

menyusukan anak

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk menyusukan bayi di tempat awam :

1. Apabila sampai di destinasi yang dituju dan sebelum keluar dari kereta, susukan bayi terlebih dahulu sehingga bayi kenyang. Lepas tu bolehlah jalan-jalan dengan tenang sikit πŸ˜‰

2. Jika bayi anda sudah pun berumur 6 bulan keatas dan mula menerima makanan pejal, beri bayi anda makan sebelum keluar. Jadi bila keluar tu, bayi dah kenyang dan masa untuk menyusu juga pasti lambat lagi.

3. Jika bayi anda telah mula makan makanan pejal, anda boleh bawa bekal biskut bayi dan air masak. Jadi apabila bayi lapar, anda boleh berikan biskut kepada bayi anda sehingga anda menemui tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi. Dengan cara ini, tak adalah bayi anda menjerit ditengah-tengah orang ramai tu πŸ˜‰

3. Jika di shopping complex, cuba cari fitting room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda menyusukan bayi.

4. Kalau tak ada tempat-tempat diatas, jika anda bawa stroller / kereta sorong bayi, anda boleh jadikan stroller sebagai pelindung dengan meletakkan stroller didepan anda. Sekurang-kurangnya adalah juga cover sikit. Di sebelah kiri dan kanan pula, anda boleh minta suami dan anak anda yang dewasa (jika ada anak yang dah besar sikit) untuk berdiri bagi melindungi anda

5. Jika anda bertudung, anda boleh gunakan tudung sebagai cover dibahagian dada sewaktu menyusukan bayi. Jika sebaliknya, sebaiknya andaa bawa selendang dan letakkannya dibahu sewaktu menyusukan bayi

6. Untuk melindungi bahagian perut yang terdedah, anda boleh gunakan tube atau jika anda memakai bengkung moden , ia boleh digunakan untuk menutup perut anda sewaktu menyusukan bayi

7. Gunakan sling – selain dari untuk mengendong bayi ia juga membantu memudahkan anda menyusukan bayi ditempat awam. Tak ada orang yang akan perasan yang anda sedang meyusukan bayi

menyusu di tempat awam

8. Jika ada yang merenung kepada anda, tenung je balik. Mesti lepas tu dia alihkan muka ke tempat lain. Anda tak buat salah apa pun. Sebaliknya sedang melakukan tugas yang mulia sebagai seorang ibu – menyusukan bayi anda. Dapat pahala lagi tau…

9. Tenangkan diri anda.Kalau anda menggelabah dan rasa tak selesa.. mesti lambat nak dapat let down. So be cool dan calm, okey πŸ˜‰

10. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk anda menyusui bayi anda. Mamamodern.com menawarkan nursing bra yang selesa dan mampu anda miliki

Okey, itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel seterusnya nanti.

Yang tak ada cuti

Kak Faz

10 Tips Menyusukan Bayi Di Tempat Awam by fazidah

No related posts.

Filed Under: Breastfeeding / Menyusukan Bayi Tagged With: bra menyusu , breastfeed , breastfeeding , breastfeeding bra , coli menyusu , nursing bra

FREE CHECKLIST BARANG KE HOSPITAL

Opt In Image
Anda HAMIL...?
Dapatkan checklist lengkap barang ke Hospital untuk IBU & BAYI

Sertai Kami di Facebook

Pos Terbaru

  • 10 Perkara Yang Ibu Tak Sabar Nak Buat Lepas Bersalin
  • Elak Beri 5 Jenis Makanan Ini Kepada Bayi
  • 10 Cara Penjagaan Bayi Pramatang
  • Feedback Bengkung Moden..Saya Suka Tengok Perubahan Wife Saya
  • 8 Jenis Makanan Disarankan Semasa Hendak Bersalin

KATEGORI BLOG POSTING

  • Artikel dari Akhbar dan Majalah
  • Breastfeeding / Menyusukan Bayi
  • Pengumuman
  • Penjagaan Semasa Hamil
  • Petua Kesihatan
  • Resipi Didalam Pantang Bersalin
  • Segalanya tentang Bengkung Moden
    • Intro
  • Segalanya Yang Berkaitan Dengan Cesarean
  • Testimoni
  • Tips
  • Tips & Petua Rumah Tangga
  • Tips dan Penjagaan Bersalin
    • Penjagaan selepas keguguran
  • Tips dan Petua Anak Cemerlang
  • Tips dan Petua Kecantikan
  • Tips dan Petua Penjagaan Bayi
  • Tips Dari Media Sosial
    • Tips Percuma Untuk Ibu
  • Video

KOMEN TERBARU

  • fazidah on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • atul on Hubungan kelamin selepas bersalin cesarean – bilakah boleh dilakukan?
  • Fina Affaidi on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • Arieffa on Bengkung Moden Memang Best, Selesa Pakai Dan Support Perut
  • tini on Jawapan kepada soalan Rozza dan Ayu

ARKIB

Rujukan Berkaitan Cesarean Delivery

  • Apa itu Cesarean Delivery
  • Bersalin Pembedahan ~ Dr Hamid Arshad
  • Cara membasuh bengkung moden
  • Cara menjaga luka cesarean

Cara Basuh Bengkung Moden

Klik sini untuk saiz video yang lebih besar

Khas Untuk Para Suami

urutanbatin.com

ADAKAH BERAT ANDA IDEAL?SEMAK DISINI

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org