Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya nak kongsikan satu artikel yang menarik dengan anda semua..iaitu amalan Bertangas.
Sejak 200 tahun lalu masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Amalan ini tidak pernah disisihkan walaupun pelbagai cara rawatan kecantikan moden memonopoli pasaran tempatan.
Bertangas ni sebenarnya adalah mandi wap atau sauna. Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid.
Pssst…nak tahu tak..sebenarnya bertangas ni juga diamalkan di negara-negara lain contohnya di Amerika Selatan yang lebih dikenali dengan cara ‘bajos’ dan juga di Korea (mereka mengelarnya sebagai ‘chai yok ‘)…walaupun sebutan atau gelarannya berbeza namun caranya adalah sama dengan menggunakan gabungan beberapa jenis herba.
Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps.
Terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan basah.
i) Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari.
ii) Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus dan herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan.
Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim. Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan.
Tak kisahlah sama ada anda ingin menggunakan cara moden atau tradisional dari segi penyediaan ramuan herbanya, namun amalan ini haruslah di amalkan terutamanya untuk ibu-ibu yang telah bersalin untuk lebih segar dan sihat, si’suami’ pun tersenyum riang tatkala melihat isterinya masih cantik dan bergetah walaupun sudah bersalin
Wasalam..nantikan artikel saya yang seterusnya…
Kak Faz
Tips Amalan Bertangas Selepas Bersalin by fazidah
{ 0 comments… add one now }
Meta