Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Puan-puan yang baru pertama kali menjadi ibu mesti takut kan tengok baki tali pusat anak. Hehehe. Macam tu lah jugak saya dahulu. Kadang-kadang tu rasa nak cabut je terus sebab tak nak tengok baki tali pusat tu. Ehhh, puan-puan jangan cabut pulak. Nanti boleh berdarah pusat anak tu.
Okay lah, hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak rawat baki tali pusat bayi. Serba sedikit saya harap tips ni dapat membantu puan-puan.
4 Tips Rawat Baki Tali Pusat Bayi [Read more…]
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan khasiatnya kerana air tidak mempunyai sebarang khasiat.
Memberikan air kepada bayi diawal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan m’kernicterus’ iaitu terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk, lesu dan tidak bermaya.
Air boleh membawa kepada kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat.Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Air sangat bahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu minum banyak air boleh mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau ‘sawan tarik’. Sindrom ini dipanggil ‘oral water intoxication’.