Adakah Amalan Bertangas Masih Relevan…?

by fazidah on January 28, 2014

Assalamualakum dan Salam sejahtera

Apa khabar anda hari ni..? Saya doakan semuanya baik-baik saja ye.

Ok lah, kita kembali ke tajuk di atas. Masih relevan ke bertangas di zaman moden ni..? Apa pandangan anda tentang isu ni..? Bagi saya, jawab nya bertangas masih sangat relevan dan pratikal untuk di amalkan di zaman kini. Sebab banyak kebaikan bertangas ni sebenarnya.

Antara kebaikan bertangas :

1. Membantu mengeluarkan peluh dan membuang toksid dari badan
2. Membantu kecutkan rahim lepas bersalin
3. Membantu kecilkan saluran peranakan, otot-otot dan urat yang kembang lepas bersalin
4. Menghilangkan keputihan
5. Bagi kes mereka yang mengalami buasir, bertangas dapat membantu mengecutkan buasir juga.
6. Bertangas juga boleh membantu meningkatkan kesihatan dan kesuburan organ reproduktif wanita

tangas basah

Kenapa saya kata bertangas masih relevan..? Sebab mat saleh kat USA sana pun dah mula amalkan bertangas. Siap offer servis bertangas ni di spa lagi dan caj mahal-mahal sampai USD75 untuk sekali rawatan bertangas. Tapi mereka tak lah panggil bertangas, sebaliknya ia di panggil vaginal steam bath. Anda boleh baca di link berikut tentang bertangas di kalangan warga USA ni

>> amalan bertangas di kalangan wanita di USA <<

>> kebaikan amalan bertangas selepas bersalin <<

>> kelebihan amalan bertangas lepas bersalin <<

Ps : Di post sebelum ni saya ada share cara-cara untuk bertangas. Boleh baca di link ni ye >> cara-cara bertangas <<

Wasalam

Kak Faz

Adakah Amalan Bertangas Masih Relevan…? by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment