Bagaimana Kalau Saya Katakan ANDA BOLEH MEMAKAI BENGKUNG Walaupun Telah Bersalin Secara Pembedahan (Cesarean)?

bengkung-moden-review

Shah Alam , Selangor

RE: Pengalaman sebagai ibu kepada 3 cahaya mata dan telah 2 kali bersalin cesarean
Dari :
fazidah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Saya Puan Fazidah Abdul Latif, ibu kepada 3 cahaya mata. Anak pertama saya dilahirkan secara normal. Namun begitu bagi anak ke 2 dan ke 3, saya telah melalui pengalaman bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean) disebabkan beberapa masalah dan komplikasi yang dialami sewaktu proses kelahiran.

R amai yang memberitahu kepada saya bahawa ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (cesarean) tidak boleh memakai bengkung selepas bersalin kerana pemakaian bengkung akan menyebabkan tempat pembedahan bernanah dan membengkak, sakit, ngilu dan tidak selesa.

Namun dengan melakukan kajian di internet, mendapatkan tips dari pakar sakit puan dan beberapa petua dari bidan yang mengurutkan saya sewaktu tempoh berpantang, saya berjaya mengempiskan perut dan mendapatkan kembali bentuk badan ideal dalam masa 44 hari selepas bersalin dengan cara mengaplikasikan kombinasi kaedah moden (memakai Bengkung Moden lepas bersalin) dan tradisional Melayu (berpantang selama 44 hari lepas bersalin dan mengambil ubat-ubatan selepas bersalin).

Oh ya, sewaktu bekerja sepenuh masa dulu saya juga berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif selama 2 tahun kerana saya percaya penyusuan secara eksklusif bukan sahaja bagus untuk anak saya tapi turut membantu menurunkan berat badan saya dengan lebih cepat.

dr-hamid-arshad

.. “Amalan memakai bengkung selepas bersalin pembedahan
(cesarean) tidak dicegah”

Dr Hamid Arshad (Pakar Sakit Puan)

Apa rahsia saya? Bagaimana saya melakukannya?

Perkenalkan….

Bengkung Moden yang diimport dari luar negara dan direka khas bagi ibu-ibu yang bersalin pembedahan (cesarean)


bengkung-bersalin-pembedahan

header testimoni

Mula memakai bengkung moden sehari selepas pembedahan

“Pakar sakit puan saya pun support penggunaan

bengkung “

review bengkung moden

Hi puan, just to let you know I had emergency c-section last friday evening and the next day I dah pakai bengkung moden yang I beli dari puan! Memang tak dinafikan penggunaan bengkung moden sangat-sangat membantu ketika hendak bergerak kerana ia support perut yang sudah longgar, mengurangkan kesakitan semasa bergerak dan sangat-sangat selesa! Pakar sakit puan saya pun support penggunaan bengkung . Saya tak menyesal membeli bengkung moden dari puan dan di harap testimonial saya ini dapat membantu para ibu-ibu lain yang bakal menjalani pembedahan

Puan Sarena – Sarawak

review bengkung moden



Anda Hampir Nak BERSALIN?

PERCUMA untuk anda!



  • BONUS : Cara jaga luka pembedahan

    Masukkan nama dan email d i bawah , utk dapatkan tips yang
    ringkas dan mudah dibaca (walaupun di handphone)…



  • subscribed:
    0


  • Email Marketing by GetResponse

.
Kebaikan Bengkung Moden Untuk Anda
bullet-bengkung-moden[1]

Direka khas untuk ibu-ibu yangg bersalin melalui kaedah pembedahan (cesarean). Ia boleh mula dipakai dalam masa 24 jam selepas bersalin.

bullet-bengkung-moden[1]

Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak . Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin

bullet-bengkung-moden[1]

Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran.

bullet-bengkung-moden[1]

Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yangg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.

bullet-bengkung-moden[1]

Mudah untuk di pakai . Velcro strap boleh dilekatkan di mana-mana bahagian luar bengkung mengikut keselesaan. Ia juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan “Velcro Strap” melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.

bullet-bengkung-moden[1]

Bengkung moden lain yang terdapat dipasaran terhad kepada bahagian yang dikhaskan untuk velcro strap sahaja. Selepas beberapa lama dipakai, ia akan menjadi longgar terutama jika ditarik dan telah melebihi tempat untuk “Velcro Strap” tersebut.

bengkung moden- bersalin-pembedahan

Perlu saya tekankan disini bahawa bengkung moden ini direka khas untuk mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean) dan telah melalui peringkat R&D (Research & Development) yang berulang kali sebelum diedarkan dipasaran agar dapat memberikan keselesaan dan kesan yang optimum kepada penggunanya. Oleh itu anda tidak perlu ragu-ragu tentang ini.

Sebenarnya saya belum habis menghuraikan kebaikan-kebaikan Bengkung Moden ini kerana banyak lagi kebaikannya yang belum saya beritahu kepada anda

  1. Bengkung Moden ini dibuat dari bahan bebas dari getah. Oleh itu ia selesa dipakai, tidak menyebabkan kegatalan, menyerap peluh, tidak panas, lembut pada kulit dan tidak tebal . Ia juga merupakan yang pertama di dunia yang menggunakan latex free material. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, ciri-ciri ini sememangnya membantu anda merasa selesa sepanjang masa bengkung dipakai.
  2. Melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka
  3. Size bengkung yang lebar (bagi bengkung 4 panel) bukan sahaja membantu mengempiskan perut tetapi juga mengecilkan bahagian pinggul yang telah mengembang sewaktu mengandung
  4. Boleh dibasuh dengan tangan atau dengan mesin basuh.

Tidakkah anda rasa anda patut memiliki Bengkung Moden ini selepas mengetahui kegunaannya?

Bukan itu saja, Bengkung Moden ini juga sebenarnya boleh

digunakan oleh…

.

bullet-bengkung-moden[1] Ibu-ibu yang bersalin secara normal dan pada waktu yang sama perlu menguruskan anak-anak yang lain . Bengkung ini sangat mudah untuk dipakai dan amat praktikal untuk mereka.
bullet-bengkung-moden[1] Ibu-ibu yang berpantang seorang diri tanpa bantuan atau jagaan dari saudara terdekat. Bayangkan diri anda terpaksa berpantang seorang diri… mana nak jaga badan sendiri yang masih lemah dan sakit-sakit selepas bersalin, mana nak jaga bayi lagi… bertambah parah kalau bayi asyik meragam saja sampaikan nak lilit bengkung kat badan pun tak sempat.
bullet-bengkung-moden[1] Mereka yang sedang tercari-cari bengkung yang mudah, praktikal dan selesa untuk dipakai dan menyerap peluh . Saya percaya ada antara anda di luar sana pernah mencuba bengkung moden “strap on” yang terdapat di pasaran tapi anda berasa sangat tidak selesa kerana bahannya yang di perbuat dari getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari penggunaan bengkung tersebut.
bullet-bengkung-moden[1] Mereka yang ingin mengempiskan perut . Saya pasti ramai diantara anda yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin walaupun berjaya menurunkan berat badan tapi buncit di perut tidak hilang. Ini kerana Bengkung Moden ini boleh dijadikan korset untuk menguruskan badan dan mengembalikan bentuk tubuh idaman. Bengkung Moden ini tidak mengandungi dawai atau besi dibahagian tepi dan belakang seperti kebanyakan korset yang terdapat dipasaran bagi memberikan keselesaan kepada pemakainya. Tahukah anda besi yang dipasang pada korset boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit dibahagian belakang?

.

Cara-cara memakai Bengkung Moden

Ada 2 cara untuk memakai bengkung moden ini

.

CARA 1

~ Dipakai lepas bersalin dan sewaktu di dalam tempoh pantang ~

cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 1

  1. Letakkan Bengkung Moden di atas katil atau tempat untuk anda berbaring untuk memakai bengkung.
  2. Bahagian dalam bengkung hendaklah diletakkan ke atas. Kemudian susun tisu di atas Bengkung Moden seperti gambar disebelah.
bengkung moden murah

Langkah 2

  1. Kemudian sapukan ubat pengempis perut / campuran kapur & limau nipis di sekeliling perut, pinggang dan belakang.
  2. Selepas itu, baringkan badan anda di atas Bengkung Moden yang telah disusun tisu seperti gambar di atas.
  3. Naikkan lutut anda seperti didalam gambar. Tujuannya adalah untuk mengangkat peranakan.
  4. Diikuti dengan menyusun tisu diatas perut dan ditempat yang telah dibedah sebagai lapik bahagian atas bagi mengelakkan ubat dari melekat di bengkung dan juga agar bengkung sentiasa bersih. Tisu juga akan membantu agar tempat yang telah dibedah sentiasa kering.
cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 3

  1. Selepas itu, tarik Bengkung Moden dan kemaskan kebadan anda seperti gambar disebelah.
cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 4

  1. Sila ubah kekemasan Bengkung Moden mengikut keselesaan anda.
cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 5

  1. Setelah selesai, bolehlah anda bangun dan berdiri.

.


dr khairiah

Bagi luka cesarean, selepas mandi pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. Kalau ingin gunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering . Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

Dr Khairiah bt Seman (Pakar Perunding O&G Pusat Bersalin Barakah, Klang)

Dipetik dari Majalah Pa&Ma (keluaran Mac 2009)

.

CARA 2

~ Selepas habis tempoh berpantang ~
~ Boleh juga dipraktikkan selepas kembali bekerja ~
~ Mereka yang ingin mengempiskan perut ~

cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 1

  1. Lipatkan bahagian atas bengkung kedalam seperti gambar disebelah.
  2. Tujuannya agar bengkung ini tidak terlalu labuh dan menyukarkan anda bergerak sekiranya dipakai sewaktu hari bekerja.
cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 2

  1. Selepas itu, bolehlah anda lilitkan Bengkung Moden sepeti gambar diatas atau boleh juga mengikut langkah memakai bengkung dengan cara berbaring seperti di Cara 1
cara memakai bengkung moden bersalin pembedahan

Langkah 3

  1. Taraaa…Inilah hasilnya. Bengkung Moden yang lebarnya telah dikurangkan dengan cara melipat sedikit bahagian atas bengkung kedalam. Dan yang pasti, ia tetap kejap dibadan anda dan tidak mudah bergulung atau berlipat

.

Masih ragu-ragu?

Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan Bengkung Moden ini

Buncit diperut sudah agak berkurangan selepas 10 hari memakai Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim

Sebagai seorang yang berbangsa India , setahu saya tak ramai yang bukan berbangsa Melayu yang benar-benar nak kempiskan perut lepas bersalin (contohnya ibu saya). Saya diperkenalkan dengan Bengkung Moden oleh rakan sekerja berbangsa Melayu kerana masalah perut yang buncit selepas bersalin secara pembedahan (cesarean). Pada mulanya saya agak ragu-ragu dan tidak pasti saiz mana yang sesuai dengan saya kerana saya tidak gemuk tetapi hanya buncit diperut sahaja. Namun selepas menghubungi Puan Fazidah, saya mengambil keputusan untuk mencuba Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim.

Buat masa ini saya dapati buncit diperut sudah agak berkurangan selepas 10 hari memakai Bengkung Moden dan Gel Sireh Slim. Saya memang nak sangat kempiskan perut sebab nak pakai baju kebaya perbagai jenis seperti kebaya moden, kebaya panjang dan kebaya pendek yang dijahit sebelum mengandung. Rasa macam tak puas hati sebab tu lah sekarang ni nak sangat kurangkan buncit diperut. Suami saya juga kini menggunakan Gel Sireh Slim untuk mengempiskan perutnya yang buncit.

I’m so happy… Thank you.

Jaya – Putrajaya

Pergi opis pun boleh pakai sebab orang tak perasan yang kita pakai bengkung moden

Selamat Pagi. Nak bagi komen pasal bengkung ni. Saya baru jer terima bengkung ni hari Isnin yang lepas. So dah start pakai la. Saya pakai bengkung ni dari siang sampai petang lepas tu sambung balik ke malam sampai pagi.

Pergi opis pun boleh pakai sebab orang tak perasan yg kita pakai bengkung tu…dulu I ada ler pakai corset tapi tak sampai setengah hari jer dah bukak sebab senak la, sakit ler sebab terlipat-lipat kan, tapi pakai bengkung ni Alhamdulillah dari pagi sampai petang takde bukak-bukak pun selesa jer rasanye. Lagi satu sejak pakai bengkung ni takde la terasa ngilu kat tempat cesarean tu.

Nasib ler jumpa bengkung ni kalau tidak kenalah pakai bengkung yang ikat-ikat tu. Bukan apa kalau pakai yang ikat-ikat tu I jadik kelam kabut, tak sempat nak abis ikat anak dah panggil ler, macam-macam la. Sekarang dah ada bengkung ni just zap on jer siap dah. Terima kasih ya kak Fazidah. Saya akan terus pakai dan melihat perubahannya.

Earizad – Bukit Jelutong, Shah Alam (bersalin cesarean)

Bengkung Moden lembut dan selesa dipakai. Material dia tak buat kulit jadi gatal

Sewaktu didalam pantang selepas bersalin secara pembedahan untuk anak pertama dan kedua dulu, saya tidak memakai bengkung kerana takut sakit ditempat luka. Namun persepsi saya berubah selepas memakai Bengkung Moden.

Bengkung ini lembut dan selesa dipakai. Material dia tak buat kulit jadi gatal. Lagi satu, since kain dia separated in 4 compartment, senang nak adjust. Sangat elok pakai masa tengah buat kerja berat, sebab dapat support perut dan rahim. Sebelum ni kalau tak pakai bengkung, boleh rasa sakit kat bahagian bawah dan ditempat caeser. Bila dah pakai bengkung, dah tak rasa sakit lagi.

Intan Idayu – Bangi, Selangor (bersalin cesarean & mula memakai bengkung moden selepas 8 bulan bersalin)

Actually this is designed for c-sec mommies, but it is also suitable for everyone, including non-confined-ladies. It works like corset, very firm and comfortable

… it is soooo easy until Nek Maznah said “senang kan pakei barut ni sik payah ikat, melekaaaat aje”.

Actually this is designed for c-sec mommies, but it is also suitable for everyone, including non-confined-ladies. It works like corset, very firm and confortable.

And the most important is, it is a worth buy! and the shop owner, Sis Fazidah is very friendly and helpful. She layans every email I sent to her. It also works like tube, so during BF session with Hafiy, i can selak-selak without worry ;))

Lyna( www.mysuperkids.net )

(Lyna bersalin normal dan memakai bengkung moden sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana perlu berpantang sendirian dan tinggal jauh dari keluarga)

* Gambar diatas adalah gambar anak Lyna – Baby Fahry

.

Tidakkah anda menginginkan perut yang kempis dan pinggang yang ramping seperti mereka ini selepas bersalin? Saya yakin anda akan berkata YA! Kerana sudah menjadi lumrah bagi setiap wanita ingin mendapatkan perut yang kempis, pinggang yang ramping dan tubuh yang langsing semula selepas bersalin.

Bayangkan diri anda berjaya mengempiskan perut walaupun telah bersalin secara pembedahan (cesarean) . Pasti ramai yang akan bertanya bagaimana anda melakukannya kerana itulah soalan yang sering ditanya oleh kawan-kawan kepada saya.

Juga, anda perlu ingat bahawa Bengkung Moden ini bukan sahaja boleh digunakan sewaktu didalam pantang lepas bersalin, tetapi untuk tempoh yang lama selepas itu .

.

ADA 2 JENIS BENGKUNG MODEN

Bengkung Moden A ~ 4 Panel ~
~ Labuh 12 inci (30cm) ~
Bengkung Moden B ~ 3 Panel ~
~ Labuh 9 inci (23cm) ~
– lebih SINGKAT –
bengkung moden bersalin pembedahan bengkung moden murah
kurus selepas bersalin pembedahan Sesuai dipakai lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang
petua kurus selepas bersalin Sesuai dijadikan korset dan boleh dipakai seperti cara 2 jika ingin memakai bengkung moden ini setelah kembali bekerja
kurus dan langsing Lebih labuh dan membantu mengecilkan pinggul

** Sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam tempoh terdekat ini, Set A ini lebih sesuai untuk anda.

kurus selepas bersalin czer Sesuai untuk yang telah habis tempoh pantang bersalin dan kembali bekerja.Tidak perlu dilipat seperti cara memakai 2
petua kuruskan badan lepas bersalin Sesuai dijadikan korset untuk mengempiskan perut
produk selepas bersalin 1 Sesuai juga dipakai selepas bersalin bagi mereka yang bertubuh rendah
produk selepas bersalin 2 Lebih Murah

** Ramai yang menghubungi saya dan memberitahu mereka baru menemui laman web ini dan merasa agak terkilan kerana tidak dapat memakai bengkung moden ini sewaktu didalam pantang bersalin. Oleh itu saya mencadangkan agar mereka mencuba Set B ini.

Saiz Bengkung Moden yang mana sesuai dengan anda?

Saiz Untuk Ukuran Pinggang
S 30-45 inci / 76-114cm
M 46-62 inci / 117-157cm
L 60-75 inci / 152-191cm
XL 82-94 inci / 208-239cm

Cara menentukan saiz yang sesuai dengan anda

1. Bagi yang belum bersalin

Ukur keliling pinggang dan perut anda dan pilih mengikut saiz ukuran keliling perut & pinggang.

Kenapa saya cadangkan begini? Kerana biasanya bagi mereka yang bersalin secara pembedahan (cesarean), saiz perut tidak akan banyak berubah pada seminggu pertama selepas bersalin. Sekiranya anda memilih saiz yang lebih kecil dari ukuran pinggang anda, dikhuatiri bengkung tidak akan muat untuk dipakai. Lagipun anda tidak perlu khuatir sekiranya memilih yang agak panjang sedikit kerana ‘velcro strap’ boleh melekat dimana-mana bahagian luar bengkung.

2. Bagi yang sudah bersalin

Ukur pinggang anda dan pilih mengikut saiz terdekat dengan ukuran pinggang

.

Inginkan perut anda kempis dengan lebih cepat?

Apa kata anda cuba Gel Sireh Slim

Bengkung untuk Ibu dengan Hernia Umbilical Selepas Caesar

Hernia umbilical selepas kelahiran melalui pembedahan Caesar boleh menyebabkan benjolan di sekitar pusat, rasa tidak selesa atau sakit ketika batuk, berdiri dan mengangkat bayi. Keadaan ini berlaku apabila terdapat kelemahan pada dinding abdomen sehingga sebahagian tisu menonjol melalui kawasan pusat.

Bengkung moden mungkin membantu memberikan sokongan ringan pada abdomen dan membuatkan sesetengah ibu berasa lebih stabil ketika bergerak. Namun, ia bukan rawatan untuk menutup lubang hernia atau menggantikan pemeriksaan doktor, khususnya jika hernia muncul selepas pembedahan.

Pemilihan bengkung perlu mengambil kira luka Caesar, saiz benjolan, tahap kesakitan dan nasihat pegawai perubatan. Sokongan yang sesuai sepatutnya memberikan rasa selesa, bukan menekan pusat atau mengganggu pernafasan.

Memahami Hernia Umbilical Selepas Caesar

Hernia umbilical ialah keadaan apabila tisu dari dalam abdomen menolak keluar melalui kawasan lemah di sekitar pusat. Selepas hamil, otot abdomen boleh menjadi renggang akibat pembesaran rahim. Tekanan tambahan ketika batuk, sembelit atau mengangkat barang pula boleh menjadikan benjolan lebih ketara.

Tidak semua benjolan memerlukan pembedahan segera. Doktor biasanya akan menilai saiz hernia, simptom, keadaan luka pembedahan dan sama ada benjolan boleh ditolak masuk dengan lembut. Pemeriksaan profesional penting kerana sakit di bahagian perut selepas Caesar juga boleh berpunca daripada masalah lain.

Bengkung hanya berfungsi sebagai pakaian sokongan luaran. Ia mungkin membantu mengurangkan rasa abdomen “tertarik” ketika berjalan, tetapi tidak membaiki otot yang lemah atau menutup bukaan hernia. Ibu yang mengalami simptom berterusan perlu mengutamakan penilaian klinikal.

Adakah Bengkung Sesuai Dipakai?

Bagi sesetengah ibu, bengkung selepas bersalin yang lembut boleh memberikan rasa kemas dan sokongan ketika melakukan aktiviti ringan. Rekaan yang tidak terlalu ketat juga boleh membantu pergerakan harian terasa lebih terkawal, terutama ketika bangun dari katil atau memegang bayi.

Namun, bengkung yang menekan tepat pada pusat boleh meningkatkan ketidakselesaan. Elakkan memakainya jika benjolan terasa keras, sakit apabila disentuh, berubah warna, atau tidak boleh ditolak masuk secara lembut. Dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba jika hernia masih baharu atau luka Caesar belum pulih.

Perbandingan Sokongan Dan Rawatan

Bengkung dan rawatan perubatan mempunyai fungsi yang berbeza. Bengkung memberikan sokongan luaran untuk keselesaan, manakala doktor menentukan punca simptom serta rawatan yang diperlukan berdasarkan pemeriksaan.

Pilihan Fungsi utama Perkara yang perlu diberi perhatian
Bengkung lembut Memberikan sokongan abdomen dan membantu pergerakan Tidak merawat hernia; hentikan jika sakit atau kebas
Pemantauan doktor Menilai saiz, simptom dan risiko komplikasi Pemeriksaan susulan mungkin diperlukan
Senaman pemulihan Membina semula kekuatan teras secara beransur-ansur Hanya dilakukan selepas mendapat kebenaran profesional
Pembedahan hernia Membaiki bukaan pada dinding abdomen Keperluan bergantung pada simptom dan penilaian pakar

Bagi ibu yang hanya memerlukan sokongan ringan, pilih rekaan yang boleh dilaraskan dan tidak memaksa abdomen diratakan. Maklumat tempahan bengkung boleh dirujuk untuk memahami pilihan saiz dan cara mendapatkan produk yang sesuai.

Cara Memilih Bengkung Yang Lebih Selesa

Bahan yang lembut, bernafas dan tidak kasar pada kulit lebih sesuai untuk tempoh berpantang. Jahitan atau pengikat yang berada tepat di atas pusat boleh menyebabkan geseran, terutama apabila ibu banyak duduk dan menyusukan bayi.

Pertimbangkan bengkung yang mempunyai pelarasan berperingkat. Ciri ini membolehkan tekanan diubah mengikut bengkak abdomen, perubahan ukuran badan dan tahap keselesaan sepanjang hari.

Beberapa perkara penting sebelum membuat pilihan:

  • Ukur lilitan badan mengikut panduan saiz, bukan berdasarkan ukuran sebelum hamil.
  • Pilih sokongan sederhana yang tidak mengganggu pernafasan atau penghadaman.
  • Pastikan bahan tidak menutup luka Caesar yang masih sensitif.
  • Hentikan pemakaian jika timbul kebas, sakit berdenyut, ruam atau benjolan semakin menonjol.
  • Dapatkan pandangan doktor jika terdapat hernia yang menyakitkan atau semakin membesar.

Langkah Memakai Selepas Pembedahan

Bengkung tidak sepatutnya dipakai terus pada luka terbuka, kawasan yang masih berair atau kulit yang mengalami jangkitan. Tunggu sehingga doktor mengesahkan luka pulih dengan baik dan ibu mampu memakai pakaian sokongan tanpa menambah tekanan pada kawasan pembedahan.

Mulakan dengan tempoh singkat ketika berehat atau melakukan aktiviti ringan. Periksa kulit dan kawasan pusat selepas menanggalkannya. Jika rasa selesa, tempoh pemakaian boleh ditambah secara beransur-ansur, tetapi bengkung tidak perlu dipakai ketika tidur kecuali diarahkan oleh profesional kesihatan.

Ibu yang kembali bekerja juga boleh memilih pakaian sokongan yang nipis dan tidak mudah bergulung. Panduan memakai bengkung dengan selesa boleh membantu merancang pemakaian tanpa mengganggu pergerakan atau penampilan harian.

Tanda Yang Memerlukan Pemeriksaan Segera

Dapatkan rawatan segera jika benjolan menjadi keras, sangat sakit, merah atau berwarna gelap. Muntah, perut kembung, sukar membuang air besar atau benjolan yang tidak boleh ditolak masuk juga boleh menandakan komplikasi yang memerlukan penilaian segera.

Jangan mengetatkan bengkung untuk menyembunyikan perubahan tersebut. Tekanan tambahan mungkin menutup tanda yang penting untuk dinilai. Catat masa simptom bermula, aktiviti yang mencetuskannya dan sama ada sakit berkurang ketika berbaring.

Penjagaan selepas Caesar merangkumi rehat mencukupi, pengambilan makanan seimbang, pencegahan sembelit dan cara mengangkat bayi yang betul. Bengkung boleh menjadi pelengkap keselesaan, tetapi keselamatan dan pemeriksaan susulan perlu diutamakan.

Pilih sokongan abdomen yang lembut, gunakan mengikut toleransi badan dan dapatkan nasihat doktor sebelum pemakaian jika terdapat hernia umbilical. Langkah ini membantu ibu bergerak dengan lebih yakin sambil menjaga proses pemulihan selepas Caesar.

Harga Bengkung Moden berdasarkan 3 pakej berikut

1. PAKEJ MINI A

~ Bengkung 4 Panel sahaja~

1. PAKEJ MINI B

~ Bengkung 3 Panel sahaja ~

Saiz Harga Bengkung
S RM205
M RM225
L RM235
XL RM265
Saiz Harga Bengkung
S RM185
M RM205
L RM225
XL Tiada

2. PAKEJ SPECIAL A

Bengkung
Moden 4 Panel

+ Gel Sireh Slim

2. PAKEJ SPECIAL B

Bengkung Moden 3 Panel

+ Gel Sireh Slim

Saiz Harga Bengkung Harga Gel Total
S RM205 RM33 RM238
M RM225 RM33 RM258
L RM235 RM33 RM268
XL RM265 RM33 RM298

Saiz Harga Bengkung Harga Gel Total
S RM185 RM33 RM218
M RM205 RM33 RM238
L RM235 RM33 RM258
XL Tiada Tiada Tiada

3. PAKEJ JIMAT A

Bengkung
Moden 4 Panel

+ Gel Sireh Slim

+ 3 Pek Herba mandian Aura @ 15% DISKAUN!

Saiz Bengkung & Gel Herba Aura Total
S 238 29 267
M 256 29 287
L 268 29 297
XL 298 29 327

3. PAKEJ JIMAT B

Bengkung Moden 3 Panel

+ Gel Sireh Slim

+ 3 Pek Herba mandian Aura @ 15% DISKAUN!

Saiz Bengkung & Gel Herba Aura Total
S 218 29 247
M 238 29 267
L 258 29 287
XL Tiada Tiada –

herba mandian aura

Khasiat dan kegunaan herba mandian aura :

bullet-bengkung-moden[1] Untuk membuang angin didalam badan
bullet-bengkung-moden[1] Untuk menyegarkan urat saraf
bullet-bengkung-moden[1] Untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah dan menghilangkan stress
bullet-bengkung-moden[1] Untuk menghilangkan bau badan
bullet-bengkung-moden[1] Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
bullet-bengkung-moden[1] Membantu mengatasi masalah kebas-kebas dan sengal tulang, sendi dan otot badan sewaktu didalam pantang
bullet-bengkung-moden[1] Harga selepas diskaun 15% ialah RM29 – untuk pembelian 3 uncang herba mandian aura sahaja
bullet-bengkung-moden[1] Klik disini untuk info lanjut >> Herba Mandian Aura

. Sehingga 15 Februari  2016

Terhad kepada 25 23 pembeli pertama sahaja!

Untuk setiap pembelian dari

Pakej Mini, Pakej Special atau Pakej Jimat!

BONUS PERCUMA #1 (Bernilai RM29.90)

Ebook PANDUAN SELEPAS BERSALIN CESAREAN

ebook panduan penjagaan selepas cesarean

ebook panduan penjagaan selepas cesarean

Ebook (buku dalam bentuk digital) setebal 58 mukasurat ini menyediakan panduan asas kepada bakal ibu yang akan bersalin pembedahan (cesarean). Antara kandungan menarik ebook ini :

bullet-bengkung-moden[1] Apa itu bersalin pembedahan (cesarean), sebab mengapa perlu bersalin secara pembedahan (cesarean) dan risiko yang perlu anda tahu
bullet-bengkung-moden[1] Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih bersalin secara pembedahan (cesarean)
bullet-bengkung-moden[1] Persediaan sebelum bersalin pembedahan (cesarean) – mental & fizikal
bullet-bengkung-moden[1] Panduan sewaktu dibilik bedah
bullet-bengkung-moden[1] Panduan memakai Bengkung Moden selepas bersalin cesarean
bullet-bengkung-moden[1] Pemakanan ibu didalam pantang selepas bersalin pembedahan (cesarean).
bullet-bengkung-moden[1] Anda menghadapi masalah ibu, mertua atau ahli keluarga yang sangat kuat amalan berpantang terutama dari segi pemakanan bagi ibu selepas bersalin? Ebook ini memberikan tips bagaimana untuk menyelesaikannya
bullet-bengkung-moden[1] Panduan bagaimana untuk mengetahui sama ada anda memerlukan rawatan lanjut di hospital jika sekiranya berlaku masalah selepas keluar dari hospital dan kembali kerumah
bullet-bengkung-moden[1] Salah tanggapan tentang penjagaan selepas bersalin pembedahan (cesarean) – ebook ini mengupas beberapa isu dan salah tanggapan tentang amalan memakai bengkung, bertungku, rawatan mengurut selepas bersalin dan pengambilan ubat bersalin yang diabaikan atau tidak dipraktikkan oleh sebahagian dari mereka yang bersalin pembedahan (cesarean).
bullet-bengkung-moden[1] Panduan menjaga luka pembedahan
bullet-bengkung-moden[1] Panduan selepas bersalin pembedahan (cesarean)
bullet-bengkung-moden[1] Bonus – mengenali tanda-tanda post partum depression (meroyan)

BONUS PERCUMA #2 (Kupon Diskaun RM8) . E-Kupon Diskaun untuk pembelian Mainan Apple Islamic kupon diskaun bengkung moden

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati potongan sebanyak RM8 bagi pembelian mainan Apple Islamic. Kupon sah digunakan dari selama sebulan dari tarikh pembelian bengkung moden – tertakluk kepada terma & syarat berikut :

bullet-bengkung-moden[1] Kupon hanya sah untuk pembelian sekali sahaja
bullet-bengkung-moden[1] Diskaun RM8 hendaklah dikira berdasarkan harga asal mainan Apple Islamic – tidak termasuk harga promosi yang ditawarkan.
bullet-bengkung-moden[1] Boleh dipindah milik kepada sahabat atau rakan anda
bullet-bengkung-moden[1] Tertakluk kepada terma lain yang dinyatakan didalam T&C bagi kupon diskaun ini
bullet-bengkung-moden[1] Ciri istimewa mainan Apple Islamic – membantu memperkenalkan doa harian dan bacaan alquran
bullet-bengkung-moden[1] Boleh disangkut di leher anak anda
bullet-bengkung-moden[1] Ada lampu yang berwarna warni untuk menarik perhatian bayi
bullet-bengkung-moden[1] Untuk info lengkap sila ke www.butikbengkungmoden.com

BONUS PERCUMA #3 (Kupon Diskaun RM10) . E-Kupon Diskaun untuk Penyokong Leher Bayi Benbat Travel Friend benbat travel friend

Keistimewaan Benbat Travel Friend :

bullet-bengkung-moden[1] Menyokong leher bayi sewaktu didalam kereta
bullet-bengkung-moden[1] Bentuk yang comel dan berwarna warni
bullet-bengkung-moden[1] Menarik minat bayi untuk duduk diam
bullet-bengkung-moden[1] Memberi keselesaan kepada leher bayi
bullet-bengkung-moden[1] Untuk info lengkap dan gambar sila ke www.butikbengkungmoden.com

BONUS PERCUMA #4

(Kupon Diskaun RM15)

Kupon diskaun bernilai RM15 untuk pembelian Tungku Moden

tungku moden untuk bersalin

Untuk pembelian dari PAKEJ SPECIAL dan PAKEJ JIMAT Sahaja!

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak RM15 untuk pembelian Tungku Moden di laman web www.mamamodern.com tertakluk kepada syarat & terma berikut :

bullet-bengkung-moden[1] Kupon sah selama 30 hari sahaja dari tarikh pembelian dari bengkungmoden.com
bullet-bengkung-moden[1] Kupon ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak RM15.00 untuk 1 unit tungku moden sahaja.
bullet-bengkung-moden[1] Harga selepas diskaun RM15 bagi tungku moden ialah RM85.00
bullet-bengkung-moden[1] Boleh dipindah milik kepada keluarga atau rakan anda
bullet-bengkung-moden[1] Kupon diskaun ini tidak boleh ditebus atau ditukar dengan wang tunai
bullet-bengkung-moden[1] Tertakluk kepada terma lain yang dinyatakan didalam T&C bagi kupon diskaun ini
bullet-bengkung-moden[1] Sila klik disini untuk info dan kegunaan Tungku Moden >> klik disini <<

Jumlah Penjimatan Anda = Sehingga RM52.90 !!!

!!! Untuk pembeli dari Sabah & Sarawak !!!

Kami menawarkan harga yang sama seperti pelanggan di Semenanjung. Jadi, anda jimat lebih lagi!!

Jangan tunggu lagi!

Klik pada butang order dibawah untuk tempahan

order2-bengkung-moden[1]

betul ke selamat

testimoni bengkung moden

Sekarang Terpulang Kepada Tindakan Anda!

Jangan terlalu ambil mudah dengan masalah gagal kempiskan perut selepas bersalin pembedahan.

Masih ingatkah impian anda untuk mahu kelihatan langsing dan menarik selepas bersalin? Inilah masanya untuk anda merealisasikan semua impian. Lakukan pelaburan sekarang juga

Jika anda masih berlengah maka sampai bila-bila anda akan berlengah. Satu cara sahaja untuk atasi masalah berlengah ini iaitu BERTINDAK SEKARANG.

Hanya tindakan pantas yang mampu merubah diri serta nasib seseorang. Jangan biarkan perut anda yang besar selepas bersalin itu kekal begitu dan menghalang diri anda untuk kembali langsing seperti dahulu.

Oleh itu bertindak sekarang. Tempah Bengkung Moden anda sekarang. Klik butang tempahan.

order2-bengkung-moden[1]

p/s – Kembali langsing selepas bersalin pembedahan sememangnya menjadi idaman semua wanita, kini impian anda boleh dicapai dengan ‘Bengkung Moden’.

p/p/s – Dengan pemakaian konsisten ‘Bengkung Moden’ disepanjang tempoh berpantang perut akan lebih kempis di samping tubuh yang lebih langsing.

p/p/p/s – Tekan butang tempahan di bawah. Lakukan tindakan sekarang untuk merealisasikan impian anda selama ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempah ‘Bengkung Moden’ sekarang!

order2-bengkung-moden[1]

Copyright © reserved 2008- 2016 BengkungModen.com.