Raya dan Cabaran Berpantang
Salam
Tinggal lagi sehari sebelum kita semua menyambut hari raya.
Teringat saya diwaktu berpantang selepas bersalin sekitar bulan Oktober tahun lepas. Waktu itu, saya bersalin beberapa hari sebelum raya. Memang terasa lainnya maklumlah jika sebelum ini diwaktu itu kami sibuk bersiap nak balik kampung, tapi tahun lepas lain pulak… kami sibuk menyambut orang baru.
Memang terasa seronoknya. Almaklumlah dapat baby baru katakan. Tapi…… rupa-rupanya bukan mudah berpantang bersalin diwaktu musim perayaan. Dengan bau rendang didapur, kuih raya yang kebanyakannya adalah biskut kegemaran, dan melihat tetamu menjamu selera sudah cukup untuk buat saya telan air liur. Bagi yang pernah bersalin, anda pasti tahukan? Sewaktu didalam pantang, selera makan memang sentiasa ada. Sekejap-sekejap… rasa lapar. Biskut jagung cecah milo panas pun terasa begitu sedap sekali. Apatah lagi kalau dapat merasa biskut raya sekeping dua.
Saya pasti bagi mereka yang baru saja bersalin dan kini masih didalam pantang bersalin, anda akan menghadapi dugaan dan perasaan yang sama. Walau bagaimana pun, nasihat saya, cubalah bersabar. Memang bukan mudah untuk berpantang diwaktu musim perayaan begini. Jika teringin sangat, cubalah makan sikit. Cuma pastikan makanan yang anda makan bukan dari jenis yang gatal dan mengandungi sea food, contohnya kuah mi kari yang mengandungi kerang. Makanan seperti ini mesti anda elakkan agar luka pembedahan tidak gatal dan bernanah.
Sebelum mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua pelanggan dan pembaca blog Bengkung Moden. Order untuk Bengkung Moden dibuka seperti biasa (termasuk dihari raya
). Tapi disebabkan pos laju bercuti seminggu, semua order akan dipos laju pada 6 Oktober 2008. Juga, jika anda ada sebarang soalan dan kemushkilan, boleh hubungi saya seperti biasa. Pelanggan tetap menjadi keutamaan saya walaupun dihari raya
Kak Faz
No related posts.













