Lagi Testimoni Terbaru Pengguna Bengkung Moden
Salam Ramadhan semua
Semalam (Jumaat) saya menerima sms dari seorang pelanggan yang pernah membeli Bengkung Moden. Pelanggan saya itu ialah Puan Jamaliah dari MRSM Pendang, Kedah. Puan Jamaliah telah membeli Bengkung Moden dari saya pada akhir August 2008. Seingat saya, Puan Jamaliah pernah menghubungi saya sebelum melakukan pembelian dan bertanya beberapa tips bagaimana untuk mengempiskan perut. Tambahan pula, Bengkung Moden telah direkomen oleh rakan beliau yang telah membeli Bengkung Moden sebelum itu.
Sms dari Puan Jamaliah pendek sahaja… “salam puan, apa khabar? Saya rekomen kat kawan2, ramai yang berminat”. Hati saya tertanya-tanya dan tanpa disedari jari jemari saya mendail nombor handphone Puan Jamaliah.
Setelah berbual seketika, barulah saya tahu sebabnya. Puan Jamaliah berjaya mengempiskan perut selepas mengikut tips yang saya berikan. Baju lama yang sebelum ni tak muat sekarang dah muat dan boleh dipakai kembali :). Kata Puan Jamaliah, kawan-kawan beliau memang perasan tentang perubahannya. Memang saya gembira kerana telah berjaya membantu pelanggan saya untuk kembali ramping. Dan yang penting bagi saya, saya merasakan satu kepuasan kerana berjaya membantu ibu-ibu yang bersalin caeserean seperti saya. Satu kepuasan yang tidak dapat saya sendiri nilaikan.
Oh ya… bagaimana Puan Jamaliah berjaya melakukannya?
Mudah saja… pakai Bengkung Moden siang dan malam. Dan sapukan gel sireh emas setiap kali sebelum memakai bengkung. Dan yang penting Puan Jamaliah mempunyai DISIPLIN DAN KESUNGGUHAN untuk mengempiskan perut. Ditambah pula dengan bulan puasa, jadi bertambah mudah untuk mengempiskan perut. Almaklumlah… dah dekat nak raya katanya
Kak Faz
Related posts:
- Lagi testimoni terbaru dari pengguna bengkung moden untuk bersalin cesarean Salam Semua, Bagaimana dengan hujung minggu semalam? Bagi saya ia...
- Testimoni Terbaru Dari Pengguna Bengkung Moden Salam semua, Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru dari...
- Lagi Testimoni Tentang Bengkung Moden Salam dan Hello Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda...
- Testimoni terbaru bengkung moden - bengkung selepas bersalin cesarean Salam semua Hari ini saya ingin berkongsi testimoni terbaru yang...
- Testimoni Bengkung Moden Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi salah satu email...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.












hai…saya cuba nk masuk website bengkung moden, tp tak leh…saya nk beli bengkung moden neh….tp websitenya tak leh masuk…need help!
tq