|
Q1 : Bagaimanakah cara untuk
basuh Bengkung Moden ini ?
A : Untuk cara membasuh bengkung moden, sila ikut link ini >> klik sini <<
Q2 : Sebelum pakai bengkung moden
tu kena lapik tisu dulu kan?
Tisu tu memang disediakan sekali dengan bengkung ni ke atau pakai tisu biasa
je? Kalau tisu biasa kan
nipis je..so, kalau pakai minyak ke, atau kapur limau ke mesti tembus jugak ke
bengkung kan?
J : Tisu tidak disediakan. Mereka yang ingin melapik tisu sebelum
memakai bengkung moden ini boleh pakai sama ada toilet roll atau kitchen tissue
paper. Masa dalam pantang saya biasa sapu diperut campuran kapur, air limau
nipis dan bedak sejuk herba yg dibuat oleh makcik. Memang bertempek kat
perut.... Tisu tu pulak, saya letak dalam 2 ke 3 lapis supaya tak tembus ke
bengkung.
Cara
ini juga sangat praktikal kerana tisu boleh ditukar setiap kali selepas
mandi. Oleh itu, kita akan sentiasa rasa bersih dan selesa.
Q3 : Saya nak tanya tak merbahaya
ke kalau pakai bengkung time cesarean? Saya dulu bersalin cesarean juga, sampai
sekarang perut tak mau kempis. Agaknya sebab tak berbengkung lah kot. Macam
mana nak dapatkan perut kempis macam anak dara dulu ha?
Susah
betul.
J : Setakat ni alhamdulillah,
saya tidak pula mengalami sebarang masalah walaupun memakai bengkung selepas
bersalin secara c-section (saya dah bersalin cesarean 2 kali). Yang penting cara
penjagaan yang betul dan pemakaian bengkung yang sesuai untuk cesarean.
Macam mana nak kempiskan
perut...? masih boleh lagi. Pakai bengkung ni setiap malam. Sebelum pakai tu,
sapukan gel pengempis perut, diikuti dengan memakai bengkung. Bukannya susah
pun nak pakai bengkung ni, just zap on saja.
In fact, ada customer saya yang
pakai bengkung ni disiang hari dan sewaktu bekerja kerana perut mereka terasa
lebih kemas, dan tiada gatal-gatal sebab bengkung ni menyerap peluh.
Q4 : Bengkung ni ada infra red
ke?
J : Tidak. Bengkung ini tak ada
infra red. Ia dicipta khas untuk cesareann. Tak kiralah cesarean menegak ke,
melintang ke, semua boleh pakai.
Q5 : Bila boleh mula pakai
bengkung moden ni?
J : Bengkung moden ini boleh mula dipakai dalam masa 24 jam
lepas bersalin cesarean. Tapi biasanya 6 ke 8 jam pertama selepas cesarean doktor suruh
kita rehat dulu
kan?
So lepas dah habis time rehat tu, kalau nak pergi toilet ke, nak pergi tengok
baby ke, boleh start pakai bengkung moden ni untuk support perut.
Q6 : Kalau bersalin normal boleh
pakai ke bengkung ni?
J : Ibu yang bersalin normal juga
boleh pakai gak bengkung moden ni. Tak semestinya untuk orang cesarean saja.
Q7 : Saya bersalin normal 3 bulan
lepas. Masa dalam pantang saya pakai bengkung biasa. Habis pantang ni rasa
malas nak pakai sebab ambil masa kalau nak pakai bengkung biasa tu. Boleh ke
saya pakai bengkung nie?
J : Dah tentu boleh. Bengkung ni
bukan untuk dipakai masa dalam pantang dan untuk mereka yang bersalin cesarean saja, tapi boleh
dipakai oleh mereka yang bersalin normal dan mereka yang dah habis tempoh
berpantang.
Ok lah, biar saya bagi tips sikit
ye :)
Sebagai seorang ibu yang sudah
mempunyai 3 orang anak, kadang2 perut saya pun senang saja nak naik dan buncit.
Maklumlah, dulukan perut ni dah pernah besar sebab pregnant. Jadinya kulit
perut pun dah tak rapat seperti sebelum pregnant lagi (atau istilah lainnya
kulit perut dah "loose"). Itu antara faktor kenapa orang yang pernah
mengandung akan senang buncit.
Jadinya, untuk maintain perut,
saya akan pakai bengkung ini diwaktu-waktu tertentu :
- Time period - sebab masa nak
period biasanya perut dah start buncit sikit. Jadinya masa period tu, saya
pakailah bengkung moden ni. Ikut stail ala-ala masa dalam pantang gitu..
- Bila siang makan banyak atau
bila rasa macam perut dan pinggang dah naik. Jadi malam tu dan beberapa malam
yg seterusnya saya pakai lah bengkung moden ini
Kalau nak hasil yang lebih
efektif, sapukan gel pengempis perut kat perut tu sekali. Bukan susah pun nak
pakai bengkung ni kan?
Just zap on saja... siap.
|